亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Sistem Pesawat Tanpa Pemandu Kelas-Tan Awam China Peroleh Pesanan Luar Negara Pertama

Ursa Aeronautical Technology Co., Ltd.
2025-09-03 09:22 2

SHIHEZI, China, 3 September 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 29 Ogos 2025, Persidangan Inovasi dan Pembangunan Industri Altitud-Rendah kali kedua telahpun diadakan dengan jayanya di Bandar Shihezi, Xinjiang, China. Semasa berlangsungnya persidangan ini, Ursa Aeronautical Technology Co., Ltd. ("Ursa") China mencapai perjanjian perolehan bersama PT Unmanned Airtransport Indonesia, Indonesia untuk 20 set Sistem Pesawat Tanpa pemandu (UAS) HY100. Di samping itu, syarikat ini menandatangani perjanjian perolehan dengan kerajaan Republik Guinea Khatulistiwa untuk 10 set sistem ini dan menjalin perkongsian perkhidmatan yang strategik bersama Kazakhstan dalam pelbagai bidang, termasuk logistik, perlindungan tumbuhan pertanian dan perhutanan serta pembangunan pelancongan. Ini menyaksikan kemasukan rasmi UAS awam besar China ke pasaran antarabangsa, lantas menyediakan penyelesaian pintar altitud-rendah yang canggih untuk negara-negara sepanjang inisiatif "Jalur dan Jalan".


HY100 Large UAVSystem Sales Contract

Ursa akan menawarkan latihan dan sokongan teknikal yang komprehensif kepada rakan kongsinya, termasuk operasi dan penyelenggaraan penerbangan bagi memudahkan pembangunan keupayaan operasi setempat. En. Agung Sasongkojati, Ketua Pegawai Eksekutif PT Unmanned Airtransport Indonesia menyatakan dalam wawancara bersama CCTV: "China mendahului dalam bidang pengangkutan kargo UAS. Saya ingin membawa teknologi ini ke Indonesia kerana ia boleh membawa sejumlah besar barang, mengangkut hampir dua tan kargo merentas lautan dan sampai ke kawasan yang pesawat konvensional tidak boleh terbang."


Mr. Agung Sasongkojati, CEO of PT Unmanned Airtransport Indonesia

Kolaborasi ini akan memberikan nilai ketara kepada China dan negara-negara sepanjang inisiatif "Jalur dan Jalan". UAS HY100 Hongyan memaparkan prestasi yang cemerlang, dengan berat berlepas maksimum 5,250 kg, muatan komersial maksimum 1,900 kg dan jarak maksimum 1,800 kilometer. Pesawat HY100 memerlukan jarak gulungan berlepas dan mendarat sejauh kurang daripada 150 meter dan boleh mengekalkan penerbangan yang stabil pada altitud amat rendah iaitu 4 meter atas bumi dan mencapai penyesuaian dengan pelbagai keadaan lapangan berlepas dan mendarat, termasuk padang terbang, jalan raya, tanah keras terbuka dan padang rumput, seterusnya menunjukkan kebolehsesuaian lapangan yang sangat baik dan fleksibiliti misi.


HY100

Sistem ini boleh menangani cabaran logistik antara pulau-pulau dan di kawasan rupa bumi yang kompleks dengan berkesan. Muatannya yang besar dan keupayaan jarak jauh mengupayakan pengangkutan yang pantas bagi bekalan ubat-ubatan, bungkusan e-dagang, makanan segar dan barangan lain antara pulau, lalu mengurangkan kos logistik dan masa dengan ketara serta menyumbang kepada pewujudan rangkaian logistik serantau yang cekap. Pada masa yang sama, ia akan memainkan peranan penting dalam aspek pemantauan pertanian dan perhutanan, perlindungan tanaman serta pemuliharaan sumber hutan.


Coordinated Flight of Two HY100

Ursa ditubuhkan pada November 2017 dan merupakan sebuah perusahaan teknologi tinggi negara yang mengintegrasikan penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran, jualan dan pemasaran, sokongan operasi dan perkhidmatan, penyelenggaraan serta latihan kakitangan bagi UAS besar. Sebagai perusahaan penerbangan am UAS besar yang pertama dan satu-satunya di China yang memperoleh semua Sijil Jenis (TC), Sijil Pengeluaran (PC), Sijil Layak Terbang (AC) dan Sijil Operasi (OC) yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC), Ursa menjadi penanda aras bagi pematuhan industri dan kekuatan teknikal. UAS besar HY100 Hongyan proprietarinya ialah satu-satunya produk UAS besar di China yang mencapai pengeluaran besar-besaran serta operasi komersial yang mewakili standard tertinggi dalam sektor UAS besar awam China.

Source: Ursa Aeronautical Technology Co., Ltd.
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Transportation Travel