TAIPEI, 3 September 2025 /PRNewswire/ -- Pertunjukan Makanan Kaohsiung 2025 akan kembali ke Pusat Pameran Kaohsiung mulai 23–26 Oktober 2025. Berlangsung serentak dengan Pertunjukan Hotel, Restoran, Rerotian dan Katering Antarabangsa Kaohsiung (Kaohsiung HORECA), acara ini akan mentransformasikan Taiwan Selatan menjadi sebuah hab yang dinamik untuk industri-industri makanan dan hospitaliti di rantau Asia-Pasifik.
The Kaohsiung Food Show will spotlight exhibitors presenting a feast which combines delicacies, innovation, and sustainability.
Pameran pada tahun ini menghimpunkan 330 peserta pameran di 580 reruai dan menarik minat 20,000 pelawat jangkaan. Meliputi rantaian bekalan makanan keseluruhan, pertunjukan ini mempamerkan segala-galanya bermula daripada keluaran pertanian, perikanan dan ternakan hinggalah makanan sedia makan sejuk beku, makanan fungsian, penyelesaian pembungkusan dan peralatan dapur yang terkini. Peserta-peserta pameran yang utama termasuk Cheng Ji Agricultural Products, Hao Di Yi (jenama sos sate terkemuka Taiwan), Yi E Shi by Fu Yi Foods dan Jiu Zhen Nan Food Co., Ltd., jenama Taiwan yang sudah lama dikenali membuat kemunculan sulung di Kaohsiung.
Kaohsiung HORECA akan mengetengahkan mesin canggih daripada peserta pameran seperti Hundred Machinery (mesin salut automatik), Sun-Mate Machinery (peralatan rerotian) dan Jaw Feng Machinery (pembungkusan vakum). Teknologi-teknologi ini menonjolkan kekuatan Taiwan dalam automasi pintar, penyelesaian pembungkusan dan pemprosesan makanan, lantas membantu perniagaan mencapai kecekapan, konsistensi dan kawalan kualiti yang lebih tinggi.
Bagi menggambarkan arah aliran pengguna global, Fresh Living Area akan membuat kemunculan sulung bagi mempamerkan inovasi organik, berasaskan tumbuhan, rendah gula dan fungsian lain. Ini menjadikannya sebagai lawatan yang wajib dikunjungi oleh peruncit, pengimport dan pembeli yang ingin memenuhi permintaan yang semakin melonjak terhadap produk label bersih dan berpandukan kesihatan. Satu lagi sorotan menarik ialah Omiyage Corner yang menyajikan kudapan terkurasi, teh dan gula-gula yang meraikan budaya pemberian hadiah yang kaya di Asia. Peserta pameran antarabangsa dari Korea Selatan, Vietnam, Amerika Syarikat, Belgium dan Jerman akan turut membawa cita rasa asli mereka sendiri ke lantai pertunjukan, lalu menjadikan Kaohsiung sebagai persimpangan global bagi kecemerlangan masak-memasak.
Selain pameran, program penuh dengan acara sampingan akan memastikan para hadirin tertarik. Sorotan termasuk Hari Perolehan Makanan Taiwan 2025 (Kaohsiung) yang menghubungkan pembekal tempatan dengan pembeli luar negara, serta seminar SDG, rancangan memasak cef selebriti, pelancaran produk secara langsung, sesi merasa, lelongan produk makanan dan cabutan bertuah. Aktiviti-aktiviti ini memberikan pemahaman perniagaan dan juga pengalaman yang interaktif untuk para peserta.
Pertunjukan Makanan Kaohsiung ialah platform penyumberan sehenti yang terbaik bagi menemui produk dan pembekal yang paling inovatif di Asia-Pasifik. Sama ada anda mencari makanan yang sihat, kudapan premium atau penyelesaian pengeluaran termaju, acara ini menawarkan pintu masuk yang sempurna untuk mengembangkan rangkaian dan mendapatkan peluang pertumbuhan yang baharu.
Jangan lepaskan perjalanan yang lazat ini! Daftar sekarang untuk masuk percuma di . Untuk butiran lanjut, kunjungi: | . Iklan oleh TITA.