亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

TUMI MEMPERSEMBAHKAN KEMPEN ICONS TESTED BERSAMA DUTA GLOBAL, LANDO NORRIS DAN NELLY KORDA

Tumi, Inc.
2025-09-04 21:00 5

Satu penghargaan terhadap kecemerlangan peribadi dan reka bentuk yang terus berkembang, dizahirkan melalui dua rangkaian produk paling ikonik TUMI.

NEW YORK, 4 September 2025 /PRNewswire/ -- Jenama global terkemuka dalam dunia perjalanan, gaya hidup dan aksesori, TUMI, mempersembahkan Icons Tested — sebuah kempen eksklusif yang menyelami makna sejati keunggulan ikonik.Menerusi kisah Lando Norris, pemandu Formula 1 McLaren, dan Nelly Korda, bintang golf profesional, kempen ini menyerlahkan bagaimana ketekunan, ketepatan, dan semangat untuk terus mencabar diri menjadi teras kejayaan mereka — semangat yang turut menggerakkan TUMI dalam setiap rekaan.  Sepertimana atlet-atlet ini terdorong untuk beraksi di tahap tertinggi, produk ikonik TUMI turut direka dengan ketelitian setara — melalui ujian menyeluruh sehingga ke batas kemampuan demi menjamin prestasi tanpa kompromi.

Lando Norris pictured with the Alpha Bravo Navigation Backpack in Navy Coated Canvas.
Lando Norris pictured with the Alpha Bravo Navigation Backpack in Navy Coated Canvas.

Meneruskan sambutan ulang tahun ke-50 jenama ini, kempen tersebut menampilkan dua rekaan paling ikonik TUMI: Beg Galas Navigation daripada koleksi Alpha Bravo dan Beg Galas Celina daripada koleksi Voyageur. Direka untuk prestasi dan diperhalusi dengan teliti melalui ujian ketat, setiap rekaan menggabungkan fungsi dengan sentuhan sofistikated moden, dicipta khas untuk memenuhi keperluan individu dinamik dengan penuh ketelitian dan keselesaan.

Diarah oleh Kiku Ohe dan menampilkan potret mengagumkan hasil lensa Simon Lipman, dua filem pendek ini mengikuti perjalanan Lando dan Nelly melalui detik-detik tumpuan, ulang kaji dan persiapan, memberikan gambaran tulen tentang disiplin yang mendasari rutin harian mereka. Perjalanan mereka mencerminkan proses teliti di sebalik setiap ciptaan TUMI, di mana reka bentuk, ujian dan penambahbaikan didorong oleh piawaian tinggi yang sama.

"Menjadi ikonik bukan hasil daripada satu detik semata-mata, tetapi daripada kehadiran yang konsisten dan kesediaan untuk berkembang sepanjang prosesnya," kata Victor Sanz, Pengarah Kreatif Global. "Di TUMI, perkara itu bukan sekadar matlamat tetapi standard kami. Setiap produk TUMI direka untuk diuji, dipercayai dan berkembang seiring dengan individu yang membawanya. Bukan sekadar dibina untuk prestasi atau estetika, tetapi untuk menyokong pelanggan kami di mana sahaja mereka berada dan bergerak seiring dengan perjalanan mereka ke mana sahaja destinasi dituju."

Pada asasnya, "Icons Tested" bukan sekadar tentang prestasi bertaraf elit—kempen ini mengangkat usaha berterusan untuk berkembang dan disiplin yang diperlukan untuk terus maju. Ia mencerminkan komitmen TUMI dalam meneroka batas reka bentuk melalui penambahbaikan berterusan dan ujian dunia sebenar, dengan keyakinan bahawa keunggulan harus diusahakan, bukan diberi. Lebih daripada sekadar meraikan kejayaan, kempen ini merupakan penghargaan kepada perjalanan itu sendiri dan kepada produk yang dicipta untuk menempuhnya dengan ketahanan.

"Konsistensi adalah segalanya. Usaha itu tidak pernah benar-benar berhenti, tidak kira apa bidangnya," kata Lando Norris. "Saya melihatnya dalam cara saya beraksi di litar, dan juga bagaimana barangan keperluan TUMI saya sentiasa seiring dengan rentak saya, ke mana sahaja saya pergi."

"Menjadi ikonik bukanlah tentang kesempurnaan. Ia tentang kekal komited dan mencari makna dalam setiap detik yang membentuk perjalanan dari masa ke masa," kata Nelly Korda. "Perjalanan sentiasa berubah arah, dan itulah yang mengingatkan saya betapa pentingnya mempunyai teman setia pada setiap detik tersebut."

Daripada ulang kaji kepada penambahbaikan, "Icons Tested" memberi penghormatan kepada mereka yang terus hadir, berusaha tanpa henti dan mencabar batas prestasi. TUMI terus mereka bentuk produk untuk mereka yang berjiwa kental, menghasilkan produk dinamik yang bersedia menghadapi setiap detik dan membangkitkan ikon dalam diri.

SOROTAN PRODUK

  • Beg Galas Celina (Voyageur)
    Ringan dan kalis air, Beg Galas Celina menggabungkan reka bentuk elegan dengan ciri pintar yang memudahkan peralihan dari rutin harian ke pengembaraan jarak jauh.
    Harga runcit: $350-$595
  • Beg Galas Navigation (Alpha Bravo)
    Diperbaharui dengan bahan Navy Coated Canvas yang baharu, Beg Galas Navigation tampil dengan ketahanan moden dalam reka bentuk ikonik TUMI yang dipercayai. Direka untuk kegunaan harian dan dihasilkan untuk bergerak dengan penuh tujuan.
    Harga runcit: $550-$750

Ikon tambahan yang turut diketengahkan dalam kempen ini termasuklah:

  • kapsul TUMI | McLaren dalam rona Super Grey, yang diinspirasikan oleh Supernova Silver milik McLaren
  • 19 Degree Lite, bagasi keras paling ringan TUMI setakat ini
  • Koleksi 19 Degree Aluminum yang menjadi identiti TUMI
  • Koleksi Just In Case? yang boleh dilipat dan serba boleh

Terokai koleksi Voyageur dan Alpha Bravo sekarang di TUMI.com dan di butik TUMI seluruh dunia.
Ikuti @TUMITravel untuk kandungan eksklusif di sebalik tabir daripada kempen ini.

Maklumat Tentang TUMI

Sejak tahun 1975, TUMI telah mencipta perniagaan, perjalanan dan keperluan mewah prestasi bertaraf dunia, direka bentuk untuk menaik taraf, tidak merumitkan dan mencantikkan semua aspek kehidupan semasa sedang bergerak. Menggabungkan fungsian yang sempurna dengan semangat kepintaran, kami komited untuk memperkasa perjalanan sebagai rakan kongsi seumur hidup kepada penggerak dan pembuat dalam usaha mengejar minat mereka. Untuk maklumat lanjut tentang TUMI, kunjungi TUMI.com dan ikuti kami di Instagram, TikTok, Facebook dan YouTube.

Logo TUMI dan TUMI ialah tanda dagangan berdaftar Tumi, Inc. © 2025 Tumi, Inc.

Hubungan Media TUMI

Jerad Hulse | Jerad.

Karla Otto untuk TUMI |

Nelly Korda pictured with the Voyageur Celina Backpack in Black/Gold.
Nelly Korda pictured with the Voyageur Celina Backpack in Black/Gold.

 

Gambar -  
Gambar -  
Logo - 

Source: Tumi, Inc.
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Retail Sports Travel New products/services