![]() |
MADRID, 25 September 2025 /PRNewswire/ -- Vantage Foundation bekerjasama dengan Laureus Sport for Good Foundation Spain, iaitu sebuah organisasi global yang mengkhusus untuk memanfaatkan kuasa sukan bagi meningkatkan kehidupan dan memberi inspirasi kepada belia. Pertemuan ini menawarkan pandangan secara langsung dari segi bagaimana program-program Laureus mencetuskan impak yang berkekalan dengan memanfaatkan sukan sebagai pemangkin kepada perubahan yang positif dalam masyarakat yang kurang bernasib baik di serata dunia.
Vantage Foundation Partners with Laureus Sport for Good Foundation to Explore the Transformative Power of Sport for Vulnerable Youth
Laureus beroperasi berdasarkan kepercayaan bahawa sukan mempunyai kuasa untuk mengubah dunia. Menerusi lebih daripada 300 program di peringkat global, organisasi ini membantu kanak-kanak dan golongan muda membina kebingkasan, keterangkuman dan harapan melalui kuasa sukan. Selain senaman fizikal, aktiviti-aktiviti ini mengajar rasa hormat, kerja berpasukan dan ketabahan, sekali gus menawarkan ruang selamat yang melaluinya golongan muda boleh menjadi dewasa dengan yakin dan menghargai diri sendiri.
Bagi kebanyakan peserta dan organisasi, metodologi Laureus menjadi model peranan yang dipercayai yang memberikan ketekalan dan penjagaan yang tulus. Hubungan manusia ini merupakan sesuatu yang amat penting buat belia yang jika tidak mereka akan menghadapi masalah ketidakstabilan atau pengasingan. Melalui sukan, Laureus bukan sahaja memupuk kemahiran fizikal tetapi juga semangat kekitaan, seterusnya memperkasakan golongan muda untuk melihat kemungkinan baharu untuk masa depan mereka.
Kesan riak menjangkau jauh melebihi peserta individu. Dengan menyatukan komuniti melalui sukan, Laureus mempererat ikatan sosial dan menggalakkan keterangkuman, seterusnya membina laluan menuju masa depan yang lebih cerah. Nilai-nilai yang diterapkan dalam disiplin, kerjasama dan kebingkasan melengkapi golongan muda bukan sahaja untuk bersukan tetapi juga untuk kehidupan.
Sebagai sebahagian daripada komitmennya yang berterusan terhadap impak sosial, Vantage Foundation berasa bangga dapat menyokong dan juga belajar daripada Laureus. Kedua-dua organisasi berkongsi visi untuk mencipta peluang dan memperkasakan komuniti di seluruh dunia.
"Ia benar-benar sesuatu yang menginspirasikan apabila dapat melihat bagaimana Laureus mengubah kehidupan melalui sukan. Ini merupakan usaha yang dapat menguatkan individu dan membina masyarakat yang lebih bingkas," kata Steven Xie, Pengarah Eksekutif Vantage Foundation.
Melalui keterlibatan seperti ini, Vantage Foundation terus memperdalam sokongannya untuk inisiatif-inisiatif yang mengubah kehidupan bagi memastikan masyarakat yang terdedah pada bahaya mendapat akses kepada harapan, peluang dan masa depan yang lebih baik.
Vantage Foundation
Vantage Foundation ialah sebuah pertubuhan amal bebas yang dilancarkan di McLaren Technology Centre di UK pada tahun 2023. Yayasan ini bekerjasama dengan organisasi-organisasi di seluruh dunia, termasuk Grab Indonesia, iREDE Foundation di Nigeria, Teach For Malaysia dan Instituto Claret di Brazil untuk memacu inisiatif sosial yang memberi impak.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi
Foundation Laureus Sport for Good
Laureus memanfaatkan kuasa sukan untuk mengubah kehidupan kanak-kanak dan golongan muda daripada masyarakat yang paling terdedah pada bahaya dan membantu mereka menangani keganasan, diskriminasi dan kelemahan.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi dan laureus.es