MADRID, 26 September 2025 /PRNewswire/ -- UnionPay International ("UPI") mengumumkan pada hari ini kemajuan yang penting dalam membina persekitaran pembayaran yang lancar di seluruh Eropah yang kini menjadikan perkhidmatannya boleh didapati di lebih 90% negara dan wilayah Eropah dengan menyediakan pilihan pembayaran yang selamat dan mudah kepada penduduk tempatan dan juga pelancong antarabangsa.
Jejak Eropah UnionPay meliputi senario pembayaran teras: lebih 80% peniaga menerima kadnya di terminal POS, sementara lebih daripada enam juta peniaga menyokong pembayaran tanpa sentuh UnionPay QuickPass yang merangkum pengangkutan awam gelung terbuka, tempat menjamu selera, hotel, pasar raya dan tempat jual tiket tarikan pelancong. Sejak tahun 2025, transaksi QuickPass meningkat lebih daripada dua kali ganda di beberapa pasaran Eropah, lantas menggambarkan penerimagunaan yang semakin meningkat dalam kalangan pengguna dan juga peniaga.
Penggiat runcit dan hospitaliti yang utama turut mengintegrasikan UnionPay ke dalam perkhidmatan mereka. Kedai bebas cukai lapangan terbang Eropah, Galeries Lafayette Perancis, Harrods UK, El Corte Inglés Sepanyol dan sembilan outlet premium Value Retail kesemuanya menerima kad UnionPay dan kebanyakannya turut menerima pembayaran mudah alih UnionPay. Pilihan tempat menjamu selera—bermula daripada restoran hidangan pesona hinggalah rangkaian makanan segera dan kedai kopi—turut menyokong jenama ini, manakala kumpulan hotel global termasuk Four Seasons, Shangri-La dan Park Hyatt menawarkan pembayaran UnionPay di hartanah Eropah yang utama. Melalui perkongsian bersama Dojo, pemegang kad UnionPay boleh membuat pembayaran kepada lebih 110,000 peniaga UK, terutamanya dalam sektor hospitaliti.
Dalam sektor pengembaraan dan pelancongan, UnionPay menjadi satu keperluan: ia diintegrasikan ke dalam sistem pengangkutan bandar dan antara bandar serta perkhidmatan sewa kereta di Jerman, Sepanyol dan juga Itali. Tempat tarikan popular seperti London Eye, Disneyland Paris dan Sagrada Família di Barcelona juga membolehkan pelawat membeli tiket secara dalam talian dengan kad UnionPay. Kira-kira 40,000 mesin layan diri Selecta di seluruh Eropah mendayakan penerimaan UnionPay.
Pengeluaran tempatan bagi UnionPay di Eropah mengukuhkan lagi kehadirannya: lebih satu juta kad dikeluarkan di 13 negara termasuk Serbia, Itali dan Sepanyol. Penduduk di Sepanyol, Perancis, Jerman dan pasaran EEA yang lain boleh memohon kad PecunPay UnionPay melalui aplikasi "Yi An"—yang boleh digunakan dalam seluruh rangkaian Eropah UnionPay dan 183 negara serta wilayah di serata dunia dan juga serasi dengan Weixin Pay (turut dikenali sebagai WeChat Pay di peringkat antarabangsa) dan Alipay untuk transaksi kod QR yang mempermudah pembayaran yang senang dibuat untuk pelancong Eropah ke China.
Dengan China yang kian muncul sebagai destinasi utama untuk pelancong Eropah (didorong oleh lebih banyak perjanjian tanpa visa dan penerbangan terus), "Project Excellence" UPI meningkatkan kemudahan pembayaran masuk. Penerimaan UnionPay yang meluas di China, berserta perkhidmatan bayaran balik cukai terus ke kad UnionPay di bandar-bandar pintu masuk seperti Beijing, Guangzhou, Chengdu dan Nanjing dapat memastikan pengalaman pembayaran yang lancar untuk pelawat Eropah.
Infrastruktur yang kukuh ini memberi manfaat kepada kedua-dua pihak: ia memenuhi keperluan harian serta perjalanan penduduk Eropah dan dalam masa yang sama menarik minat pemegang kad UnionPay global—termasuk bilangan pelancong Cina yang bertambah dengan pesat—kepada peniaga Eropah. UnionPay terus memperkenalkan tawaran eksklusif bersama peniaga tempatan dan juga pengeluar Cina bagi meningkatkan perbelanjaan.
Selain Eropah, beratus-ratus juta kad UnionPay dikeluarkan di 83 negara dan wilayah, lantas memantapkan pengembaraan dan perniagaan rentas sempadan di seluruh dunia.