LOS ANGELES, 26 September 2025 /PRNewswire/ -- XPPen, peneraju bertaraf global bagi inovasi seni digital, memperkenalkan pada hari ini Artist Ultra 16, paparan lukisan pertama di dunia yang mengintegrasikan skrin 4K OLED, iaitu penyelesaian kawalan interaktif X-Touch yang canggih dan teknologi tahap tekanan 16K. Dilancarkan selepas sambutan ulang tahun ke-20 XPPen, siri Ultra serba baharu ini menetapkan penanda aras industri yang baharu dengan menggabungkan prestasi gred profesional dengan ciri kemudahalihan serba guna bagi memperkasakan para artis merentas aliran kerja kreatif yang pelbagai.
Mendapat tempat dalam pasaran gred profesional, Artist Ultra 16 direka untuk pencipta profesional, studio dan pengguna lanjutan yang menginginkan prestasi yang tinggi dan juga kebebasan kreatif. Dengan membawakan spesifikasi yang pertama dalam industri, termasuk interaksi sentuh ultra-responsif, skrin 4K OLED dengan ketepatan warna yang luar biasa dan kepekaan tekanan 16K, peranti ini menerobos sempadan penciptaan digital.
"Di XPPen, kami percaya masa depan kreativiti terletak pada pemerkasaan para artis dengan alatan yang menggabungkan ciri ketepatan, prestasi dan juga fleksibiliti," kata Amy Yuan, Pengarah Jenama di XPPen. "Keluaran andalan ini menyaksikan satu detik penting yang menetapkan laluan baharu untuk alatan seni digital. Dengan menggabungkan kemajuan dalam interaksi sentuh, paparan dan EMR, kami membentuk evolusi aliran kerja kreatif yang seterusnya dan dalam masa yang sama menjadikan inovasi termaju lebih mudah diakses, memastikan pencipta dalam bidang-bidang yang berbeza boleh mendapat manfaat sepenuhnya daripada alatan gred profesional pada nilai yang lebih boleh dicapai."
Kawalan Sentuh Generasi Akan Datang Bertemu Kecemerlangan 4K OLED
Artist Ultra 16 memperkenalkan X-Touch, iaitu penyelesaian kawalan sentuh revolusioner yang mentakrifkan semula aliran kerja kreatif. Sistem yang canggih ini memberikan kebebasan kreatif yang tidak pernah berlaku sebelum ini dengan keupayaan berbilang sentuh 10 jari penuh merentas Windows dan macOS. Melalui zon sentuh pintar boleh suai, para artis boleh mentakrifkan ruang kerja mereka secara mudah dengan hanya melukis pada skrin yang dapat menangani secara elegan cabaran input tidak sengaja yang wujud sejak dahulu lagi. Menu terapung dan pintasan boleh suai meningkatkan lagi pengalaman kreatif profesional, lalu memperkasakan pencipta untuk mengintegrasikan gerakan tangan semula jadi yang lancar ke dalam proses kreatif mereka yang menggabungkan kecekapan dengan penghayatan.
Menjadi nadi Artist Ultra 16 ialah paparan 4K OLED 15.6-inci yang mentakrifkan standard baharu bagi kecemerlangan visual. Dikuasakan oleh teknologi AMOLED, ia memberikan resolusi yang benar-benar jelas, butiran tampak hidup, nisbah kontras 100,000:1 dan masa tindak balas 1ms untuk coretan yang lancar dan tepat. Diperakui oleh Calman bagi ketepatan warna gred industri, paparan ini menawarkan kedalaman warna natif 10-bit, Delta E <1.1 dan liputan gamut luas dengan 99% Adobe RGB, 99% sRGB dan 98% Display P3 bagi memastikan fideliti profesional untuk pelukis ilustrasi, juruanimasi dan retoucher yang menuntut kualiti imej tertinggi.
Dari Studio ke Mana-mana: Kreativiti Mudah Alih dengan Reka Bentuk Memenangi Anugerah
Selain prestasi paparan rintis, Artist Ultra 16 dilengkapi secara standard dengan X3 Pro Smart Chip Stylus dan X3 Pro Slim Stylus yang menawarkan kepekaan tekanan 16K dan pengecaman condongan 60° demi pengalaman melukis yang sejadi. Butang pintasan boleh suai memperkemas aliran kerja, manakala sarung simpan dwipen, papan kekunci ACK05 Bluetooth dan reka bentuk senyap tanpa kipas pula memastikan persediaan profesional dan tanpa gangguan.
Artist Ultra 16 turut menerima Red Dot Award Product Design 2025 atas kualiti reka bentuk yang cemerlang. Dengan sarung aluminium yang teguh, profil nipis dan bentuk bebas bezel, ia dapat mengimbangi kestabilan dengan kemudahalihan. Kekunci pintasan yang diberi tempat secara ergonomik dan penyangga pergelangan tangan bersepadu meningkatkan keselesaan serta ketepatan, manakala badannya yang diperkemas menyusup masuk dengan mudah ke dalam beg pengulang-alik bagi memberikan prestasi gred profesional dari studio ke mana-mana sahaja.
Dengan prestasi tanpa kompromi dan ciri kemudahalihan serba guna, Artist Ultra 16 dapat memperkasakan pencipta dalam pelbagai senario. Alatan mudah alih generasi akan datang ini menggambarkan kepakaran mendalam XPPen dalam aspek inovasi dan usahanya yang tidak henti-henti untuk mencapai prestasi unggul buat golongan profesional kreatif.
Harga dan Ketersediaan
Artist Ultra 16 boleh didapati di peringkat global mulai 26 September 2025 dengan harga runcit $899.99. Harga serantau mungkin berbeza-beza. Untuk butiran lanjut, sila kunjungi