![]() |
SINGAPURA, 26 September 2025 /PRNewswire/ -- SUNMI, peneraju bertaraf global bagi peranti komersial pintar, mengumumkan dua pencapaian penting menerusi pengiktirafan daripada Google. Syarikat ini secara rasminya dinamakan sebagai Google Android Enterprise Gold Partner, seterusnya menjadi penyedia berfokuskan perusahaan yang pertama di rantau Asia Pasifik menerima penghormatan ini. Pada masa yang sama, terminal di tempat jualan (POS) mudah alih andalan SUNMI, SUNMI L3, memperoleh pensijilan Google Android Enterprise Recommended (AER). Kedua-dua pensijilan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa ini memperkukuh kepimpinan SUNMI dalam ekosistem perusahaan Android global. Kedua-dua pensijilan ini juga memperlihatkan kepakaran bertaraf dunia syarikat ini dalam inovasi teknologi, kepatuhan kawal atur dan keupayaan perkhidmatan gred perusahaan, seterusnya mewujudkan standard global yang baharu untuk peranti komersial terhubung. Pengiktirafan ini khususnya memberi tempat kepada SUNMI dalam senarai kedudukan peneraju teknologi global yang diiktiraf oleh Google.
Dwipensijilan Menyampaikan Nilai Perusahaan: Meningkatkan Standard Keselamatan, Kecekapan dan Jumlah Kos Pemilikan
Dalam senario global—termasuk e-dagang rentas sempadan dan peruncitan pintar—dwipensiijlan SUNMI mencipta kelebihan yang boleh diukur untuk pelanggan perusahaan.
Kepimpinan Teknologi: Daripada Pematuhan kepada Impak Dunia Nyata
Memperoleh pensijilan Google Gold Partner bukan sahaja mengesahkan kepimpinan teknologi SUNMI tetapi turut memperlihatkan satu pencapaian penting dalam strategi globalnya. Frank Yuan, Ketua Produk di SUNMI, menyatakan: "Dwipengiktirafan ini merupakan hasil daripada strategi 'teknologi + senario' SUNMI. Kami akan terus mempererat kolaborasi kami bersama Google bagi mempercepat transformasi digital merentas industri-industri seperti peruncitan dan perkhidmatan makanan, seterusnya mengukuhkan kedudukan SUNMI sebagai rakan kongsi pilihan untuk perniagaan di seluruh dunia." Bagi pelanggan korporat, SUNMI tetap berdedikasi untuk menyampaikan produk terbaik dalam kelasnya serta platform perusahaan Android yang komprehensif.