亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

ITU dan Huawei Bersama-sama Keluarkan Kertas Putih mengenai Bateri Litium untuk Tapak Telekomunikasi

Huawei Digital Power
2025-03-04 18:59 86

BARCELONA, Sepanyol, 4 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak Kuasa Digital Global Huawei telahpun diadakan di MWC 2025 dengan tema "AI Memperkasakan ICT Lebih Hijau". Pengendali, perusahaan terkemuka, peneraju industri dan pakar industri dari seluruh dunia menghadiri acara ini untuk berkongsi pendapat dan pandangan termaju mereka, seterusnya meninjau peluang pembangunan baharu dalam era Kecerdasan Seluruhnya (All Intelligence).

Charles Yang, Senior Vice President of Huawei and President of Global Marketing, Sales and Services, Huawei Digital Power
Charles Yang, Senior Vice President of Huawei and President of Global Marketing, Sales and Services, Huawei Digital Power

Di acara ini, Charles Yang, Naib Presiden Kanan Huawei dan Presiden Pemasaran Global, Jualan dan Perkhidmatan, Huawei Digital Power, menegaskan bahawa dunia telah menggapai pencapaian yang ketara dalam pengurangan emisi karbon sejak beberapa tahun yang lalu, namun krisis iklim kekal menjadi cabaran utama untuk umat manusia. Jumlah emisi karbon dalam industri telekomunikasi adalah kira-kira 600 juta tan, menyumbang sebanyak 2% daripada jumlah global. Dalam perjalanan menuju keneutralan karbon, pengendali telekomunikasi menghadapi tiga cabaran utama: peningkatan emisi, penggunaan tenaga yang tinggi dan peningkatan kos tenaga. Huawei Digital Power mengintegrasikan teknologi elektronik digital dan kuasa untuk menyediakan penyelesaian rendah karbon seluruh-senario, membantu mereka mencapai transformasi daripada pengguna tenaga kepada pengeluar serta pengupaya tenaga.

Menurut Charles Yang, beberapa pengendali arus perdana di seluruh dunia bukan sahaja telah menjimatkan tenaga dan mengurangkan emisi karbon, bahkan turut mengurangkan OPEX tenaga mereka dengan bantuan Huawei. Mereka juga mengambil bahagian dalam pasaran elektrik melalui loji janakuasa maya (VPP) untuk mendapatkan faedah tambahan dan mencari "keluk kedua" dalam pertumbuhan perniagaan. Di Pakistan, Huawei menyediakan penyelesaian sistem storan tenaga (ESS) ditambah PV untuk membantu pelanggan menggantikan jana kuasa dengan sistem kuasa PV, mengurangkan penggunaan bahan api setiap tapak sebanyak 96%. Transformasi hijau terhadap 1000 tapak dijangka dapat mengurangkan OPEX tenaga sebanyak 38%. Di Republik Czech, Huawei membantu pengendali melanjutkan masa sandaran dan meningkatkan hasil dengan menyertai pasaran elektrik berdasarkan ESS tapak yang sama. Di Finland, Huawei membantu pengendali telekomunikasi mengagregatkan ESS di tapak telekomunikasi dan dalam senario kediaman, komersial dan industri untuk mengambil bahagian dalam perkhidmatan tindak balas frekuensi dalam pasaran elektrik, lalu meningkatkan hasil dengan ketara. Di Mongolia Dalam China, Huawei mencadangkan penyelesaian penyahgandingan subsistemnya untuk menaik taraf pusat data AI, lalu membantu pelanggan melancarkan perkhidmatan model bahasa besar dengan pantas.

Menurut Charles Yang, Huawei Digital Power membantu pelanggan dalam industri ICT menjana 2.28 bilion kWj kuasa hijau dan menjimatkan 81.6 bilion kWj elektrik yang bersamaan dengan pengurangan emisi karbon sebanyak 39.86 juta tan dan menanam 54.46 juta batang pokok.

ITU and Huawei jointly released White Paper on Lithium Batteries for Telecom Sites
ITU and Huawei jointly released White Paper on Lithium Batteries for Telecom Sites

Di sidang kemuncak ini, Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) dan Huawei bersama-sama mengeluarkan Kertas Putih mengenai Bateri Litium untuk Tapak Telekomunikasi*, yang pertama seumpamanya di dunia. Kertas putih ini menyokong penggunaan "bateri litium berkualiti tinggi", memerlukan bateri menawarkan parameter prestasi yang cemerlang dan menekankan kepentingan pembinaan sistem keselamatan hujung-ke-hujung. Kertas putih ini turut menganalisis isu keselamatan bateri litium di tapak telekomunikasi, berkongsi keputusan penyelidikan terkini global dan amalan terbaik dalam aspek keselamatan bateri litium dan menyediakan garis panduan untuk menggalakkan aplikasi bateri litium yang selamat, andal dan cekap dalam industri komunikasi.

Reyna úbeda, Jurutera ITU-T SG5: Alam Sekitar, EMF, Tindakan Iklim dan Ekonomi Kitaran, menyatakan bahawa, sektor penyeragaman Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa membangunkan standard untuk mengupayakan kecekapan alam sekitar dalam sektor ICT. Bateri Litium Berkualiti Tinggi dan Selamat penting untuk mendayakan storan dan penggunaan tenaga yang lebih cekap di tapak telekomunikasi, seterusnya mengurangkan jejak karbon keseluruhan daripada operasi ICT.

Kertas Putih Aplikasi Keselamatan Bateri Ion-Litium Pusat Data turut dikeluarkan untuk menggalakkan aplikasi standard dan berskala besar bateri ion litium dalam industri pusat data.

Era baharu Kecerdasan Seluruhnya tiba dengan pantas, dengan aplikasi AI dan pelbagai senario pintar membawakan peluang dan cabaran baharu dari segi penggunaan tenaga, sekali gus mewujudkan prospek pembangunan yang hebat untuk industri ICT global. Huawei Digital Power akan melabur dalam inovasi dan bekerjasama dengan rakan kongsi global yang sealiran secara berterusan untuk mencipta nilai perniagaan baharu dan membina masa depan yang lebih baik dan lebih hijau.

* Sila muat turun kertas putih di sini: 

 

Source: Huawei Digital Power
Keywords: Electrical Utilities Oil/Energy Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Utilities Trade show news