亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

FDA Beri Kebenaran Penggunaan Kecemasan kepada PerkinElmer untuk Ujian COVID-19

PerkinElmer, Inc.
2020-03-26 16:00 714

WALTHAM, Massachusetts, 26 Mac 2020 /PRNewswire/ -- PerkinElmer, Inc. (NYSE: PKI), peneraju global yang komited untuk menginovasi demi dunia yang lebih sihat, hari ini mengumumkan bahawa Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) A.S. telah memberi Kebenaran Penggunaan Kecemasan (EUA) untuk ujian RT-PCR Coronavirus Baharu Syarikat ini. Makmal klinikal yang dijamin di bawah Pindaan Pembaikan Makmal Klinikal (CLIA) boleh mula menggunakan kit ini secara serta merta bagi mengesan SARS-CoV-2, virus yang menyebabkan COVID-19. Ujian RT-PCR PerkinElmer dipasarkan sebagai peranti diagnostik in vitro (IVD) dengan memenuhi keperluan Arahan Diagnostik In Vitro Eropah (IVDD) dan boleh didapati di lebih 30 buah negara di seluruh dunia.

Ujian RT-PCR Coronavirus Baharu daripada PerkinElmer
Ujian RT-PCR Coronavirus Baharu daripada PerkinElmer

"Biarpun berada dalam persekitaran yang mencabar, pekerja kami telah menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bahagi sepanjang dua bulan lalu untuk memerangi pandemik global ini," kata Prahlad Singh, presiden dan ketua pegawai eksekutif PerkinElmer. "Keluasan penyelesaian aliran kerja keseluruhan daripada PerkinElmer meletakkan kami di kedudukan unik untuk memenuhi keperluan pelanggan diagnostik klinikal kami dengan pantas."

Latar Belakang PerkinElmer 

PerkinElmer membolehkan saintis, penyelidik dan pakar klinikal untuk mengatasi cabaran mereka yang paling kritikal dalam sains dan penjagaan kesihatan. Dengan misi untuk memberi tumpuan bagi menginovasi demi dunia yang lebih sihat, kami membawakan penyelesaian yang unik bagi menawarkan perkhidmatan kepada pasaran diagnostik, sains hayat, makanan dan gunaan. Kami bekerjasama secara strategik dengan pelanggan untuk memberi pemahaman yang lebih awal dan lebih tepat yang disokong oleh pengetahuan pasaran dan kepakaran teknikal yang mendalam. Pasukan berdedikasi kami yang terdiri daripada kira-kira 13,000 pekerja di seluruh dunia bersemangat untuk membantu pelanggan berusaha mewujudkan keluarga yang lebih sihat, meningkatkan kualiti kehidupan dan mengekalkan kesejahteraan serta kelanjutan usia orang ramai di seluruh dunia. Syarikat ini melaporkan pendapatan kira-kira sebanyak $2.9 bilion pada tahun 2019, menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan di 190 buah negara dan merupakan komponen indeks S&P 500. Maklumat tambahan disediakan melalui 1-877-PKI-NYSE, atau di .

Maklumat lanjut boleh ditemui di laman sesawang rasmi PerkinElmer:  

Photo - //photos.nyhomeapp.cn/prnh/20200325/2760526-1?lang=0

Source: PerkinElmer, Inc.
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals FDA Approval