亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Himel Raikan Kejayaan Hebat di Persidangan Pengedar Global 2025 di Bangkok

Himel
2025-04-25 16:58 12

BANGKOK, 25 April 2025 /PRNewswire/ -- Himel, pengilang dan pembekal bagi produk elektrik yang diiktiraf di peringkat global, menjadi tuan rumah Persidangan Pengedar Global 2025 di Millennium Hilton di Bangkok, Thailand. Menerusi tema "Memperkasakan Infiniti" ("Powering Infinity"), persidangan penting ini bukan sahaja memperkukuh kepimpinan Himel dalam pasaran elektrik tetapi turut mencerminkan wawasan bercita-cita tinggi Himel untuk masa depan.

Persidangan ini mengalu-alukan pasukan kepimpinan Himel dan rakan kongsi yang dihargai dari lebih 40+ negara. Koon San ANG, Ketua Jualan Antarabangsa Himel, berkongsi pencapaian Himel baru-baru ini & menggariskan visi strategik dalam tempoh jangka panjang, dengan menyatakan, "Visi strategik jangka panjang kami merangkumi transformasi digital, peluasan ke wilayah baharu, inisiatif penyetempatan dan kolaborasi bersama rakan kongsi untuk mempelbagaikan penawaran produk. Dengan mengutamakan keperluan pelanggan dan memupuk kepercayaan serta kesetiaan, kami menyasarkan untuk membina kejayaan bersama menerusi ekosistem kami."

Danny WANG, Ketua Pegawai Pemasaran Himel, melancarkan kempen global "Memperkasakan Infiniti", suatu evolusi daripada Memperkasakan Cita-cita (Powering Ambitions) yang dahulu. "Kempen ini bertujuan untuk memperkasakan semua pihak berkepentingan untuk menyerlahkan potensi yang tidak terbatas. Dengan menyatukan rakan kongsi, pelanggan dan komuniti, kami akan memacu impak global dan mencipta peluang tanpa had."

From left: WenJie QI, Himel‘s Overseas Marketing & Service Director, Koon San ANG, Himel's International Sales Leader and Danny WANG, Himel’s Chief Marketing Officer, delivered speeches at the conference.
From left: WenJie QI, Himel‘s Overseas Marketing & Service Director, Koon San ANG, Himel's International Sales Leader and Danny WANG, Himel’s Chief Marketing Officer, delivered speeches at the conference.

Persidangan ini memudahkan perkongsian kes kejayaan dalam kalangan rakan kongsi daripada pelbagai sektor perniagaan dan wilayah yang memuji usaha pemasaran Himel untuk membina keterlihatan dan daya saing jenama ini. Acara ini turut melibatkan upacara penghargaan khas, di mana trofi dianugerahkan untuk memberi penghormatan kepada sokongan yang tidak berbelah bahagi oleh komuniti pengedar Himel.

Lebih 150 SKU produk baharu dipamerkan dan 6 siri baharu dilancarkan secara rasmi semasa persidangan ini. WenJie QI, Pengarah Pemasaran & Perkhidmatan Luar Negara Himel, menekankan strategi berpusatkan pelanggan oleh syarikat ini, menyatakan "Strategi HIMEL tertumpu kepada menjadikan pelanggan sebagai keutamaan. Kami mengkhusus dalam penyelesaian voltan rendah dan memenuhi keperluan sektor kediaman, komersial dan perindustrian. Dengan mengutamakan maklum balas pelanggan dan mencapai penyesuaian dengan permintaan tempatan, kami memastikan agar tawaran kami disesuaikan untuk memenuhi keperluan mereka dan pasaran."

2025 Himel New Product Launch Ceremony
2025 Himel New Product Launch Ceremony

Semasa makan malam Gala Cruise di tepi Sungai Chao Phraya, Koon San ANG sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua pengedar dan menekankan peranan penting rangkaian pengedar yang mantap. "Hubungan yang mendalam bersama pengedar merupakan prinsip asas untuk pertumbuhan dan kejayaan yang berterusan dalam pasaran yang kompetitif. Mari kita sasarkan untuk mencapai pertumbuhan eksponen bersama-sama."

Persidangan Pengedar Global 2025 merupakan suatu kejayaan, lalu mengesahkan sekali lagi komitmen Himel terhadap rangkaian globalnya dan masa depan inovasi serta pertumbuhan.

Source: Himel
Keywords: Computer/Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news