亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Industri Pembinaan Terima Revolusi AI di Glodon AEC Connect Day 2025 di Malaysia

Glodon Company Limited
2025-04-29 11:08 13

KUALA LUMPUR, Malaysia, 28 April 2025 /PRNewswire/ -- Kecerdasan buatan (AI) menjadi tumpuan utama apabila lebih daripada 700 ahli profesional daripada sektor seni bina, kejuruteraan dan pembinaan (AEC) berhimpun sempena AEC Connect Day tahunan. Acara ini, dianjurkan di Malaysia pada 24 April oleh Glodon, penyedia perkhidmatan platform bangunan digital yang terkemuka, membawakan para pegawai kerajaan utama daripada Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya, CIDB Malaysia, Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) di bawah Kementerian Digital dan Pemecut Penyelidikan Malaysia untuk Teknologi dan Inovasi (MRANTI) serta wakil daripada Pertubuhan BIM Malaysia dan kumpulan-kumpulan industri terkemuka yang lain.

Ditubuhkan pada tahun 2018, AEC Connect Day berkembang menjadi forum serantau terulung yang mencakupi Asia Tenggara dan Timur Tengah, menawarkan platform penting untuk peneraju industri, penginovasi dan pakar untuk berhubung, bertukar-tukar pandangan, berkongsi kisah kejayaan pelanggan yang memberi impak dan meneroka kemajuan terkini yang membentuk masa depan pembinaan digital.

Acara tahun ini, bertemakan "Masa Depan Dikuasakan AI" ("The AI-Powered Future"), mengetengahkan integrasi AI dan alatan digital yang semakin meningkat dalam industri pembinaan. Tumpuan utama diberikan pada kemajuan Malaysia dalam melaksanakan Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) dan penyelesaian dikuasakan AI, seterusnya menunjukkan komitmen negara ini terhadap transformasi digital dalam persekitaran binaan.

YBhg. Dato' Mohd Sakeri Bin Abdul Kadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) Kementerian Kerja Raya Malaysia, menekankan komitmen kerajaan terhadap transformasi digital dalam industri AEC, menyatakan bahawa pelaksanaan bukan lagi pilihan – ia penting untuk meningkatkan daya saing, keberuntungan dan kelestarian dalam seluruh rantaian nilai pembinaan. Beliau turut menekankan kepentingan perkongsian dengan penyedia teknologi daripada sektor swasta seperti Glodon untuk menyerlahkan potensi penuh pendigitalan dalam ekosistem pembinaan Malaysia.

Dr. Yuan Zhenggang, Pengerusi dan Presiden Glodon Company Limited, membuka acara ini dengan menekankan kesegeraan terhadap evolusi digital dalam pembinaan: "Sektor pembinaan berada pada saat yang penting, gelombang pendigitalan dan AI membentuk semula seluruh kitaran hayat persekitaran binaan—bermula daripada reka bentuk dan pembinaan hinggalah operasi—membawa kepada peralihan daripada amalan dipacu pengalaman kepada amalan dipacu data."

Satu pembentangan ucaptama daripada Sr Dr. Nazirul Fariq, Pengarah Strategi Produk dan Pertumbuhan Glodon Asia International, memaparkan perkembangan terkini AI dalam persekitaran binaan. Beliau memperkenalkan model besar AI Glodon AecGPT dan produk-produk dikuasakan AI yang lain seperti Concetto dan Zplan, yang merangkumi tujuh bidang utama, termasuk perancangan, reka bentuk, transaksi, pengurusan kos, pembinaan, operasi dan pengurusan komprehensif.

Acara ini turut menyaksikan pelancaran rasmi Glodon Gsite, platform digital terpusat dan bersepadu yang membantu kontraktor pembinaan memperkemas kolaborasi pihak berkepentingan, meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos dan risiko, serta memperoleh kelebihan daya saing.

Di samping itu, Glodon memperkenalkan penaiktarafan yang besar kepada Penyelesaian Pengurusan Kos Digital BIM 5D Cubicost yang menonjolkan lonjakan ketara dalam keupayaan pengurusan kos bersepadu dikuasakan AI.

Dengan AEC Connect Day 2025 di Malaysia berakhir dengan sambutan yang sangat menggalakkan, Glodon mengesahkan sekali lagi komitmennya untuk mengembangkan penawaran penyelesaian dikuasakan AI dan memperdalam inisiatif pemerkasaan serantau di seluruh Asia Tenggara dan Timur Tengah.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi:

Source: Glodon Company Limited
Keywords: Computer/Electronics Construction/Building Trade show news Artificial Intelligence