Judul baharu ini menampilkan metropolis yang makmur dalam estetika Zaman Victoria di mana pemain akan memulakan sebuah pengembaraan dengan pelbagai watak dan terlibat dalam pertempuran berorientasikan aksi yang dinamik.
SINGAPURA, 13 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Silver Palace, ARPG pengembaraan fantasi yang dibina dengan Unreal Engine 5, telahpun diumumkan secara rasmi hari ini seiring dengan pembukaan prapendaftaran global. Pengumuman daripada jenama hiburan interaktif Elementa ini disertakan dengan treler serba baharu dan lintas semak corak permainan selama lebih 10 minit. Prapendaftaran untuk permainan kini boleh didapati di laman web rasmi.
Silver Palace ialah ARPG serba baharu yang berlatarbelakangkan metropolis yang makmur dengan estetika zaman Victoria. Ia menampilkan kisah yang menarik, gaya seni yang halus, watak tersendiri serta sistem tempur yang dinamik dan berorientasikan aksi. Pemain akan memainkan peranan sebagai "Detektif" dan memulakan pengembaraan dengan pelbagai kumpulan rakan kongsi untuk mengalahkan musuh yang tidak dikenali dan membongkar misteri di Silvernia, sebuah metropolis perindustrian yang dibina berdasarkan kuasa Silverium.
Penemuan Silverium merupakan kunci kepada pengindustrian Silvernia. Elemen revolusioner ini mentransformasikan teknologi dan kehidupan seharian di luar imaginasi, menarik ramai penduduk dan memupuk inovasi. Bandar ini menjadi hab keajaiban, didorong oleh pengindustrian besar-besaran dan pengewangan Silverium di bawah pentadbiran bandar ini.
Dalam Silver Palace, pemain memainkan peranan sebagai "Detektif" yang ditugaskan untuk menyiasat jenayah dan membongkar kebenaran yang tersembunyi. Tatkala pelbagai puak — bermula daripada monopoli korporat dan sindiket bawah tanah hinggalah sekutu diraja dan kultus — bersaing untuk menguasai Silverium, ketegangan meningkat di seluruh bandar.
Dikuasakan oleh Unreal Engine 5, Silver Palace menampilkan watak-watak gaya anime dan sistem tempur yang lancar dan imersif. Pemain boleh bertukar-tukar antara watak pada masa nyata bagi menyerlahkan kemahiran yang hebat dan gabungan QTE rantai. Semasa mereka meneroka persekitaran bandar yang berselerak, mereka akan menyelami kejadian jenayah, mencari petunjuk dalam bayang-bayang, bertempur dengan musuh mereka dan dalam proses tersebut membongkar lebih banyak kisah Silvernia.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Silver Palace dan untuk terus mengikuti perkembangan, sila ikuti @SilverPalace(SilverPalace_EN) di X, @Silver Palace di Facebook dan @Silver Palace di YouTube.