亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Venturi Partners Umum Penutupan Pertama Dana II bernilai $150 Juta, perkukuh strategi melabur dalam jenama pengguna berkembang pesat di India dan Asia Tenggara

Venturi Partners
2025-09-03 09:00 7

Dana menyasarkan penutupan akhir sebanyak $225 juta menjelang Jun 2026

SINGAPURA, 3 September 2025 /PRNewswire/ -- Venturi Partners, dana pertumbuhan pengguna yang terkemuka mengumumkan penutupan pertama bagi dana keduanya pada nilai $150 juta. Pencapaian ini yang turut disokong oleh pelabur-pelabur sedia ada dan baharu, memperlihatkan momentum yang kukuh ke arah sasaran keseluruhan Venturi iaitu sebanyak $225 juta.

Berdasarkan kejayaan Dana I, Dana II akan menyokong jenama-jenama disruptif dan didorong oleh tujuan di seluruh India serta Asia Tenggara yang mencapai kedudukan untuk mendapat manfaat daripada daya dorongan kemajuan (tailwind) struktur termasuk kenaikan kadar perbelanjaan pengguna dan demografi yang menggalakkan. Dana II akan membuat pelaburan awal sebanyak $15-40 juta dalam 10 syarikat dalam sektor-sektor pengguna yang berkembang pesat. Di samping dana utama, pelabur-pelabur juga akan dapat melabur bersama pada nisbah 1-1.

Strategi pelaburan ini diperkukuh oleh pendekatan penciptaan nilai yang tersendiri oleh Venturi yang terletak pada kolaborasinya yang erat bersama pengasas dan penyertaan peringkat lembaga yang aktif dengan memanfaatkan kepakaran pengendalian sektor yang mendalam oleh pasukan. 

Nicholas Cator, Pengasas & Rakan Pengurusan Venturi Partners, mengulas: "Kami bersyukur atas kepercayaan dan keyakinan yang berterusan daripada pelabur sedia ada kami dan mengalu-alukan rakan kongsi baharu kami. Sambutan kukuh ini mengesahkan tesis pelaburan kami dan kekuatan pasukan unik kami yang telah kami bina sejak lima tahun yang lalu."

Rishika Chandan, Rakan Pengurusan Venturi Partners, mengulas: "Di tengah-tengah ketaktentuan global, India terus muncul sebagai pasaran yang mengalami pertumbuhan yang kukuh, lantas mewujudkan peluang pelaburan jangka panjang yang menarik dan benar-benar sejajar dengan strategi kami. Menerusi kepakaran pengendalian praktikal, kami yakin bahawa kami akan dapat memberikan pulangan yang kukuh."

Rekod Prestasi daripada Dana I

Pada Jun 2022, Venturi Partners menutup dana sulungnya pada nilai $180 juta, disokong oleh keluarga-keluarga ternama di Eropah dan Asia termasuk Frédéric de Mévius (keluarga AB InBev) dan Ackermans & van Haaren, sebuah syarikat pelaburan Belgium tersenarai. Portfolio Dana I melibatkan Livspace, Country Delight, Believe, Pickup Coffee, Dali, K-12 Techno Services dan JQR, dengan lapan pelaburan akan datang sebagai penutup.

Latar Belakang Venturi Partners: 

Venturi Partners ialah platform ekuiti pertumbuhan berfokuskan pengguna yang melabur dalam syarikat-syarikat peringkat Siri B-D di seluruh India dan Asia Tenggara. Ditubuhkan pada tahun 2020, Venturi menyokong jenama-jenama yang berpusatkan pengguna dan didorong oleh tujuan dengan menggabungkan modal strategik berserta kecemerlangan operasi bagi membantu syarikat-syarikat berkembang secara mampan dan menguntungkan.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi 

Left to Right: Lauren Burns (Partner & Chief Operating Officer), Nicholas Cator (Founder & Managing Partner), Sarvesh Nevatia (Managing Director) and Rishika Chandan (Managing Partner)
Left to Right: Lauren Burns (Partner & Chief Operating Officer), Nicholas Cator (Founder & Managing Partner), Sarvesh Nevatia (Managing Director) and Rishika Chandan (Managing Partner)

Source: Venturi Partners
Keywords: Banking/Financial Service Venture Capital