![]() |
![]() |
Menandatangani perjanjian kerjasama untuk pembangunan pasaran pengisian bahan bakar hijau ke dalam kapal, infrastruktur terminal, dan Pembangunan Pelabuhan bagi Kluster Industri Sifar Bersih.
HYDERABAD, India dan ROTTERDAM, Belanda, 27 Mei 2025 /PRNewswire/ -- AM Green dan Pihak Berkuasa Pelabuhan Rotterdam telah menandatangani Memorandum Persefahaman untuk memberi tumpuan kepada pembinaan rantaian bekalan tenaga hijau antara India dan Eropah Barat Laut melalui Rotterdam, pelabuhan tenaga pertama di Eropah dan pintu masuk utama pengangkutan hidrogen. Ini termasuk pembekalan bahan bakar untuk diisi ke dalam kapal dan Bahan Api Penerbangan Lestari (SAF), serta menganalisis keperluan bagi pembangunan infrastruktur terminal di Rotterdam dan sepanjang rantaian bekalan ke Eropah Barat Laut.
Selain itu, kerjasama ini akan bersama-sama menyokong pembangunan infrastruktur pelabuhan strategik untuk pengedaran selamat bahan bakar dan produk berasaskan hidrogen, serta menghubungkan Kluster Industri Sidar Bersih India dengan Eropah, membolehkan eksport sehingga 1,000,000 tan setahun. Rantaian bekalan yang dirancang ini membolehkan perdagangan bahan bakar hijau bernilai sehingga USD 1 bilion dijalankan antara kedua-dua ekonomi tersebut.
AM Green sedang giat berusaha untuk mencapai matlamatnya yang mencabar untuk membangunkan kapasiti pengeluaran sebanyak 5,000,000 tan Amonia Hijau menjelang tahun 2030, bersamaan dengan kira-kira 1,000,000 tan Hidrogen Hijau, bagi memenuhi permintaan global yang semakin meningkat terhadap bahan bakar hijau, dengan pengeluaran awal bermula di Kakinada. Sementara itu, Pelabuhan Rotterdam memainkan peranan utama sebagai hab logistik dan hidrogen yang penting bagi benua Eropah, dengan kira-kira 13% daripada jumlah keseluruhan permintaan tenaga di Eropah memasuki benua tersebut melalui Rotterdam. Kedua-duanya bekerjasama untuk merealisasikan Misi Hidrogen Hijau Kebangsaan India dan matlamat nyahkarbon Eropah dan matlamat penyahkarbonan Eropah yang berwawasan jauh.
Boudewijn Siemons, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pelabuhan Rotterdam, berkata, "Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan AM Green BV untuk mengukuhkan lagi komitmen kami terhadap peralihan tenaga. Perjanjian ini menandakan langkah penting ke arah mewujudkan rantaian bekalan yang kukuh untuk bahan api dan bahan kimia rendah karbon. Dengan potensi besar India dalam pengeluaran hidrogen hijau, digabungkan dengan lokasi strategik Rotterdam serta infrastrukturnya yang canggih, kerjasama ini akan mewujudkan rantaian bekalan tenaga hijau yang kukuh dan lestari antara kedua-dua rantau tersebut"
Anil Chalamalasetty, Pengasas AM Green dan Greenko Group berkata, "Perkongsian ini adalah sebahagian daripada strategi pertumbuhan global kami yang berwawasan jauh dalam bahan api hijau termasuk 5 MTPA ammonia hijau dan 1 MTPA SAF. Kerjasama ini menandakan satu peristiwa penting dalam mewujudkan ekosistem tenaga bebas karbon global. Ia akan membolehkan pergerakan molekul dan bahan bakar hijau dari India ke Eropah dengan lancar, sekali gus mengukuhkan kedudukan AM Green sebagai platform peralihan tenaga bersih global dan mempercepatkan usaha penyahkarbonan industri di seluruh dunia.
Maklumat Tentang Pihak Berkuasa Pelabuhan Rotterdam: Pelabuhan Rotterdam memainkan peranan penting dalam ekonomi dan keselamatan bekalan untuk rantau Rotterdam-Rijnmond, Belanda, dan Eropah. Lokasinya yang strategik, infrastruktur yang kukuh, dan hubungan pedalaman yang sangat baik menjadikannya hab utama bagi perdagangan dan industri global. Pihak Berkuasa Pelabuhan Rotterdam memberi tumpuan kepada pembangunan lestari, operasi pelabuhan yang cekap, dan lalu lintas maritim yang selamat. Matlamatnya adalah untuk memperkukuhkan peranan pelabuhan sebagai hab logistik dan industri yang berdaya tahan untuk masa depan, dengan komitmen tinggi terhadap kualiti serta pembangunan pelabuhan neutral iklim yang harmoni dengan persekitarannya.
Maklumat tentang AM Green: AM Green, yang diasaskan oleh pengasas Kumpulan Greenko, ialah salah satu konglomerat tenaga boleh diperbaharui terkemuka di India dan sebuah platform peralihan tenaga baharu. Ia memanfaatkan kepakaran Greenko dalam membina, memiliki dan mengendalikan aset tenaga boleh diperbaharui, serta pembangunan berterusannya dalam projek penyimpanan tenaga pam litar tertutup berskala mega yang mendayakan bekalan kuasa tanpa henti pada kadar yang sangat kompetitif.
AM Green memberi tumpuan kepada penghasilan Bahan Api Penerbangan Lestari, Ammonia Hijau, Hidrogen Hijau, Bahan Kimia Hijau, dan biofuel melalui anak-anak syarikatnya. Dengan pelbagai projek di seluruh India, AM Green komited untuk mencapai pengeluaran amonia hijau sebanyak 5 MPTA menjelang 2030, bersamaan dengan 1 MPTA hidrogen hijau, yang mewakili 20% sasaran hidrogen hijau India dan 10% sasaran Eropah. Inisiatif ini akan memberi sumbangan besar kepada cita-cita bersih sifar India dan menyokong penyahkarbonan global.
Butiran Hubungan:
Suheil Imtiaz,
Hal Ehwal Awam & Komunikasi Strategik
suheil.
Foto: //mma.nyhomeapp.cn/media2/2695859/MoU_signing.jpg?p=medium600
Logo: //mma.nyhomeapp.cn/media2/2490224/5337235/AM_GREEN_Logo.jpg?p=medium600
Logo: //mma.nyhomeapp.cn/media2/2695858/Port_of_Rotterdam_Logo.jpg?p=medium600