SHANGHAI dan LONDON, 28 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Sigenergy, penginovasi tenaga yang terkemuka dan Intertek, penyedia Jaminan Kualiti Menyeluruh yang utama untuk industri-industri di serata dunia mengeluarkan secara rasmi kertas putih yang bertajuk Comprehensive Safety Protection for C&I Energy Storage Systems (Perlindungan Keselamatan Komprehensif untuk Sistem Storan Tenaga C&I) yang menawarkan pemahaman yang mendalam tentang strategi keselamatan untuk penyelesaian storan tenaga komersial dan industri.
The white paper was previewed at Intersolar Europe by Samuel Zhang, CTO of Sigenergy, and Klaus Herrmann, Global Certifier at Intertek.
Pada mulanya, kertas putih ini telahpun ditunjukkan lebih awal dalam sebuah majlis pelancaran bersama di Intersolar Europe 2025 yang dihadiri oleh Samuel Zhang, Ketua Pegawai Teknologi di Sigenergy dan Klaus Herrmann, Pemberi Pensijilan Global di Intertek. Keluaran rasmi kertas putih ini pada hari ini menyaksikan penerbitan penuh penemuan mereka dan mengesahkan sekali lagi komitmen daripada kedua-dua syarikat untuk memajukan piawaian keselamatan dalam seluruh industri storan tenaga.
Tatkala peralihan tenaga global menjadi semakin pantas, sistem storan tenaga komersial dan industri (C&I) memainkan peranan yang amat penting dalam meningkatkan kecekapan tenaga dan mengimbangi bekalan serta permintaan kuasa. Namun begitu, penerimagunaannya yang pantas juga membuatkan kebimbangan keselamatan menjadi tumpuan utama, lantas menekankan keperluan mendesak terhadap piawaian yang lebih ketat dan penyelesaian keselamatan yang komprehensif. Sebagai respons, Intertek dan Sigenergy berkolaborasi untuk mengeluarkan Kertas Putih yang dapat membantu membentuk penanda aras dalam seluruh industri demi penggunaan yang selamat dan operasi sistem storan tenaga C&I.
Kertas Putih ini memfokuskan pada cabaran keselamatan yang utama dalam storan tenaga C&I—seperti larian terma, mitigasi kebakaran dan kerumitan sistem—dan mengemukakan perspektif teknikal berdasarkan penilaian SigenStack daripada Sigenergy. Menerusi seni bina modular dan boleh skala, SigenStack berperanan sebagai model praktikal dari segi bagaimana sistem storan tenaga masa depan dapat mengimbangi aspek keselamatan, fleksibiliti dan kecekapan operasi.
Menurut Kertas Putih ini, SigenStack menjalani rangkaian lengkap ujian keselamatan gred automotif yang diiktiraf di peringkat antarabangsa—termasuk UL 9540A, IEC 62619 dan GB/T 36276. Keputusan ujian yang dikemukakan dalam bahan penerbitan ini menunjukkan bahawa sistem berkenaan mengekalkan integriti struktur dalam keadaan melampau dan mencapai kecekapan operasi melebihi 95%. Dengan berkongsi dapatan ini, Kertas Putih ini menyasarkan untuk menggalakkan amalan terbaik serta memupuk pembangunan mampan dalam tempoh jangka panjang terhadap industri storan tenaga global.
Samuel Zhang, Ketua Pegawai Teknologi di Sigenergy, menambah: "Di Sigenergy, kami percaya aspek keselamatan dan inovasi haruslah berjalan seiring. Melalui kolaborasi kami bersama Intertek, kami berbangga dapat menyumbang kepada pembangunan piawaian keselamatan berintegriti tinggi dan membantu mendorong peralihan global ke arah sistem tenaga yang lebih pintar dan lebih mampan."
Klaus Herrmann, Pemberi Pensijilan Global di Intertek mengulas: "Keluaran Kertas Putih ini menyaksikan satu langkah yang penting dari segi komitmen bersama kami dalam memajukan aspek keselamatan sektor storan tenaga. Sebagai peneraju bertaraf global bagi jaminan kualiti, Intertek tetap berdedikasi untuk mendayakan inovasi melalui ujian dan pensijilan yang ketat, seterusnya membantu syarikat-syarikat memenuhi keperluan keselamatan yang kian berubah dan berkembang dengan yakin ke pasaran-pasaran baharu."
Muat turun Kertas Putih Keselamatan .