HONG KONG, 15 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 12 Jun, GAC membuat penampilan yang mantap di Ekspo Automotif & Rantaian Bekalan Antarabangsa 2025 (Hong Kong) bagi mempamerkan lapan model unggulan daripada tiga jenama produk utamanya: GAC, AION dan HYPTEC. Pada masa yang sama, GAC turut memperkenalkan "Hong Kong Action" - pelaksanaan setempat bagi strategi global "One GAC 2.0" di Hong Kong dan mengumumkan penampilan sulung global bagi kereta terbang pertamanya yang dikeluarkan secara besar-besaran – GOVY AirCab, berserta penampilan sulung Hong Kong bagi model kompak premium global, AION UT. Di sidang akhbar, Feng Xingya, Pengerusi dan Presiden GAC Group dan Wei Haigang, Presiden GAC INTERNATIONAL disertai oleh para pemimpin politik dan perniagaan yang terkemuka dari Hong Kong untuk menyaksikan detik bersejarah ini. Selepas mengunjungi reruai, mereka memberi pujian tinggi melangit kepada GAC.
Bertempat di Pameran Auto Antarabangsa Bangkok dalam bulan Mac, GAC melancarkan strategi globalisasi "One GAC 2.0", "Thailand ACTION". GAC bermatlamat untuk mengukuhkan kehadiran jenama, jualan dan kesedaran jenama di seluruh rantau Asia-Pasifik. Peristiwa ini turut menyaksikan pelancaran rasmi inisiatif penyetempatan global GAC. Dalam bulan Mei 2025, Kilang Pintar Indonesia GAC memulakan operasi. Inisiatif "Hong Kong ACTION" yang disesuaikan untuk pasaran Hong Kong, mewujudkan tapak kehadiran yang komprehensif merentas produk, saluran, perkhidmatan, sistem tenaga dan ekosistem mobiliti.
Berhubung strategi produk, AION UT—membawakan reka bentuk yang bergaya, ruang dalaman yang luas dan kecerdasan tinggi—bersedia untuk dijual di Hong Kong pada separuh kedua tahun ini. Bagi saluran, GAC merancang untuk mengembangkan rangkaian saluran runcitnya dengan menambah sebuah pusat servis dan sebuah bilik pameran di Hong Kong menjelang tahun 2025. Bagi perkhidmatan pula, GAC akan menawarkan perkhidmatan "Hong Kong-Mainland Permit" bagi memenuhi keperluan penggunaan kenderaan pengguna di kedua-dua wilayah. Di samping itu, GAC merancang untuk membina 300 stesen pengecas ultra-pantas di Hong Kong dan turut memajukan kerjasama dengan ONTIME Mobility bagi menyediakan ekosistem mobiliti yang lebih mudah di Hong Kong menjelang tahun 2028.
Sorotan utama acara ini ialah penampilan sulung global GOVY AirCab — iaitu salah satu kenderaan terbang berbilang pemutar yang pertama di dunia yang akan dikeluarkan secara besar-besaran. Operasi percubaan dijangka bermula pada tahun ini di Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macau, dengan penghantaran pelanggan dijadualkan pada penghujung tahun 2026. Melangkah ke hadapan, GAC akan memanfaatkan Hong Kong sebagai tunjang untuk memajukan strategi globalisasinya secara berterusan dengan memfokuskan pada kualiti, teknologi, perkhidmatan dan ekosistem rantaian industri yang bertujuan untuk memberikan pengalaman mobiliti yang cemerlang kepada pengguna.