亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Pengguna 5G-A Cecah 10 Juta di China: Huawei Pamer Pembangunan 5G-A dan Nilai AI berasaskan Senario

Huawei Technologies Co., Ltd
2025-06-28 01:40 45

SHANGHAI, 28 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Semasa berlangsungnya MWC Shanghai 2025, Huawei mempamerkan perkembangan yang baharu dalam pengewangan pengalaman 5G Advanced (5G-A) dan perkhidmatan berasaskan senario yang dikuasakan oleh ejen AI. Pameran syarikat ini di acara pada tahun ini diberi tajuk "Mempercepat Dunia Pintar" memandangkan mereka berhasrat untuk bertemu dengan pembawa global, rakan kongsi industri dan pemimpin pendapat untuk membincangkan mengenai laluan baharu untuk pembangunan pembawa yang memfokuskan pada penciptaan nilai menggunakan AI.

Pameran Huawei memfokuskan pada inovasi terkini mereka dalam tiga bidang:

  • Perkhidmatan: Huawei dijangka akan mengumumkan kejayaan beberapa projek pengewangan pengalaman 5G-A dan projek aplikasi AI (AItoX) berasaskan senario yang mereka jalankan melalui kolaborasi bersama tiga pembawa utama China.
  • Infrastruktur: Huawei menganjurkan pembentangan oleh rakan kongsi pembawa mereka berhubung pengalaman mereka baru-baru ini dalam membina rangkaian berpusatkan AI. Syarikat ini turut melancarkan penyelesaian Ultra-Jalur Lebar AI (AI UBB) baharu dan komprehensif yang meliputi kesemua lapisan rangkaian bermula daripada jalur lebar rumah hinggalah rangkaian pengangkutan. Penyelesaian ini disertakan dengan kuasa pengkomputeran terbina dalam hujung-ke-hujung dan peningkatan prestasi komprehensif yang menyasarkan untuk mempercepat evolusi rangkaian ke arah autonomi peringkat lebih tinggi yang seterusnya akan meningkatkan pengalaman aplikasi AI dan mengupayakan pertumbuhan perniagaan.
  • Operasi: Huawei dan tiga pembawa utama China bersama-sama berkongsi pencapaian terbaik mereka yang terkini dalam operasi rangkaian tanpa wayar pintar dan operasi jalur lebar rumah pintar.

Penerimagunaan 5G-A komersial dijangka akan memecut di beberapa wilayah pada tahun 2025, termasuk China, Timur Tengah dan Asia-Pasifik. Pembawa di wilayah-wilayah ini giat meneroka model-model pengewangan pengalaman.

Eric Xu, Timbalan Pengerusi dan Pengerusi Bergilir Huawei, menyampaikan ucaptama mengenai laluan untuk memacu pertumbuhan dalam industri telekomunikasi. Xu memulakan ucapannya dengan berkongsi pemerhatian tentang status semasa dalam industri telekomunikasi: "Selepas hampir empat dekad mengalami pertumbuhan pesat, industri ini memasuki tempoh pembangunan yang teguh dan dalam masa yang sama berdepan dengan beberapa cabaran kepada pertumbuhan baharu."

Beliau menyambung untuk menjelaskan tentang empat laluan berpotensi terhadap pertumbuhan:

  • Menggiatkan perubahan dalam keperluan pengguna dan memenuhi permintaan baharu dengan potensi pertumbuhan yang tinggi
  • Meningkatkan bekalan dan penggunaan video HD melalui usaha terselaras dalam seluruh ekosistem
  • Membawakan 5G ke setiap kereta untuk mencapai pertumbuhan baharu dalam kenderaan bersambung pintar
  • Membawakan FTTR kepada perniagaan mikro dan kecil-kecilan untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang dalam AI

"Semestinya bahawa setiap pembawa berbeza," simpul Xu. "Pasaran mereka berbeza, persekitaran perniagaan mereka juga berbeza – dan begitu juga landskap kompetitif mereka. Justeru itu, laluan untuk mencapai pertumbuhan juga berbeza. Kami bersedia dan rela untuk saling bekerjasama, membantu pembawa meninjau peluang yang unik untuk mereka dan merangka laluan yang betul demi pertumbuhan jangka panjang yang mampan."

Huawei's booths in Hall N1 at MWC Shanghai 2025
Huawei's booths in Hall N1 at MWC Shanghai 2025

China muncul sebagai perintis global bagi 5G-A, dengan 5G-A sudahpun tersedia di lebih 300 bandarnya. Pembawa kini menawarkan pelan mudah alih 5G-A di lebih daripada 30 wilayah China dan ketika ini, negara ini mempunyai lebih 10 juta pengguna 5G-A. Pembawa di China, Timur Tengah dan wilayah-wilayah lain turut meneroka kerangka nilai yang baharu untuk pengewangan pengalaman dengan memperkenalkan inisiatif naik taraf premium. 5G-A menawarkan rangkaian ultra-pantas kepada pengguna dan mendorong transformasi pintar dalam pelbagai sektor, termasuk kehidupan pintar, pengangkutan dan pembuatan.

Industri komunikasi menghadapi perubahan yang ketara hasil daripada inovasi dipacu AI. Kejayaan model-model pengewangan pengalaman baharu juga menunjukkan bahawa industri ini akan memasuki era pertumbuhan baharu dalam masa terdekat.

Pembawa diberi tempat yang unik untuk berdepan dengan lonjakan dalam AI ini dan meneroka aplikasi AI baharu lantaran kekuatan yang ada dalam awan, rangkaian, kecerdasan dan pengkomputeran. Mereka menggunakan AI untuk mentransformasikan perkhidmatan, infrastruktur dan operasi mereka yang membawakan pemacu baharu untuk pertumbuhan perniagaan.

Banyak pembawa melaksanakan penjenamaan semula sebagai penyedia ejen AI diperibadikan dan bersepadu yang boleh dicapai oleh pengguna. Dalam pasaran rumah pintar, mereka menaik taraf perkhidmatan sedia ada dengan mengupayakan koordinasi antara pelbagai peranti pintar untuk meningkatkan kerakanan rumah pintar. Pembawa turut beralih ke pasaran perkhidmatan dalam-kenderaan dengan mengintegrasikan ejen AI menerusi teknologi kenderaan-kepada-segala-galanya (V2X) bagi mencipta ruang ketiga mudah alih yang pintar. Bagi perniagaan, mereka menaik taraf keupayaan dengan meningkatkan perkhidmatan rangkaian-pengkomputeran dan perkhidmatan berasaskan model bagi memperkasakan operasi.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi:

Source: Huawei Technologies Co., Ltd
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Trade show news Artificial Intelligence