SHANGHAI, 8 Julai 2025 /PRNewswire/ -- TrinaTracker, penyedia sistem penjejakan solar pintar di bawah Trinasolar (SHA: 688599), mengumumkan bahawa ia telahpun menerima kajian semula teknikal pihak ketiga bagi program ujian terowong angin untuk penjejak Vanguard 1Pnya, dengan laporan yang dikeluarkan oleh pakar tenaga bebas dan penyedia jaminan, DNV. Program ujian ini, yang dikendalikan oleh Tongji University melibatkan ujian pengukuran tekanan model-tegar baharu dan penyelidikan analisis dinamik termaju untuk penjejak Vanguard 1P, dengan DNV menyediakan perkhidmatan kajian semula teknikal pihak ketiga.
Kajian ini dijalankan di terowong angin TJ-3 Tongji University yang mana skalanya menduduki tempat kedua antara terowong angin yang serupa di dunia. Ia menggunakan model tatasusunan berbilang baris berskala besar (berukuran 5m × 2.2m) bagi melaksanakan pengukuran beban angin yang komprehensif dan tepat pada struktur penjejak. Kajian ini turut menyelidik kesan pelbagai parameter untuk memastikan keandalan penjejak Vanguard 1P merentas senario aplikasi yang berbeza.
DNV menjalankan kajian semula yang teliti terhadap penemuan penyelidikan. Penilaian beban angin termaju ini meningkatkan lagi prestasi rintangan angin bagi penjejak Vanguard 1P.
Xie Tao, Pengurus Besar, Sistem Tenaga untuk Tanah Besar China, Hong Kong dan Macau di DNV, berkata, "Sebagai komponen yang kritikal dalam sistem PV, keandalan penjejak dalam tempoh jangka panjang memberi impak secara langsung ke atas pulangan pelabur. Kajian semula ini meneliti kaedah ujian terowong angin inovatif yang dicadangkan oleh Tongji University dan TrinaTracker —satu langkah yang berani ke hadapan dalam menguji teknologi di tengah-tengah peralihan tenaga."
TrinaTracker mengekalkan keupayaan penyelidikan kejuruteraan angin khusus dan berkolaborasi dengan para peneraju global seperti Tongji University, RWDI dan CPP bagi memastikan produk-produknya kekal di hadapan industri. Perkongsian bersama DNV menunjukkan contoh model baharu bagi memenuhi keperluan pelanggan global. Melangkah ke hadapan, TrinaTracker akan terus melabur dalam inovasi teknikal bagi menyampaikan teknologi dan produk penjejak yang canggih.