亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Zoomlion Percepat Pengembangan Global dengan Penghantaran Berbilang-Barisan Intensif untuk Projek Pembinaan Antarabangsa Utama

Zoomlion
2025-07-15 09:31 9

CHANGSHA, China, 15 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion", 1157.HK) telahpun menyelesaikan beberapa penghantaran jentera utama yang intensif, bermula daripada kren, platform kerja udara, peralatan perlombongan, hinggalah jentera pembinaan asas bagi menyokong projek-projek pembangunan infrastruktur, tenaga dan bandar yang utama di wilayah-wilayah termasuk Afrika, Asia Tenggara, Oceania dan Timur Tengah.

Zoomlion expands global footprint with mining equipment delivery to Indonesia
Zoomlion expands global footprint with mining equipment delivery to Indonesia

Kren rangkak tugas berat Zoomlion direka untuk projek-projek infrastruktur dan tenaga berskala besar. Kren rangkak ZCC32000 Zoomlion menyokong loji janakuasa nuklear pertama Mesir, El Dabaa dengan mengangkat dan memasang peralatan utama. Dengan kapasiti 2,000-tan dan ketinggian joran 168 meter, ia memberikan prestasi yang kukuh dan tepat bagi memastikan projek berada di landasan yang betul. Di Maghribi, ZCC9800W 800-tan mengendalikan daya angkat yang utama di Prince Moulay Abdellah Stadium untuk Piala Dunia 2030, memberikan prestasi yang cekap dan stabil.

Barisan produk platform kerja udara Zoomlion, salah satu yang paling komprehensif di peringkat global yang membawakan ketinggian kerja dari 6 hingga 95 meter, kini mencapai lebih 100 negara. Di Melbourne, Australia, syarikat ini menghantar pengangkat joran teleskopik ZT72J yang mana pada ketinggian 72.3 meter merupakan ketinggian yang tertinggi seumpamanya di pasaran tempatan. Dengan struktur joran poligon, ubah bentuk sisi minimum dan jangkauan 32 meter, ia mencipta rekod baharu bagi ketinggian dan keandalan operasi.

Dalam sektor perlombongan, Zoomlion meraih pencapaian dengan menghantar trak buang perlombongan pemacu elektrik 100-tan, ZTE210 kepada pelanggan yang beroperasi dalam keadaan yang sangat sejuk. Pelanggan melaporkan bahawa peralatan Zoomlion berfungsi secara andal pada suhu serendah -45°C.

Baru-baru ini, Zoomlion juga menghantar hampir 30 unit trak buang perlombongan ZT105 dan mesin pengorek perlombongan ZE750G ke lombong arang batu yang utama di Sumatra, Indonesia. Model-model ini, dengan kefungsian termaju dan struktur yang teguh, berupaya untuk beroperasi dalam keadaan perlombongan yang teruk.

Di Turkiye, Zoomlion menghantar satu kumpulan trak pam konkrit yang akan beroperasi dalam pelbagai projek infrastruktur di seluruh negara. Trak pam ini mempunyai sistem kawalan pintar yang mengupayakan pemantauan jarak jauh serta diagnosis kerosakan, sekali gus menawarkan ciri-ciri kecekapan, kestabilan dan keselamatan demi memenuhi tuntutan pelbagai persekitaran pembinaan.

Zoomlion turut memperkenalkan rig gerudi putar siri-R ke Timur Tengah, serta menghantar unit ZR255R kepada pelanggan UAE. Direka untuk keadaan tempatan, model ini menyokong kerja infrastruktur berkecekapan tinggi.

Zoomlion mendasarkan momentum baru-baru ini untuk memperkukuh kehadiran tempatan dan kolaborasi globalnya, seterusnya menghantar penyelesaian yang lebih pintar dan lebih boleh disesuaikan ke seluruh dunia.

 

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157
Keywords: Construction/Building Machinery Mining/Metals Transportation Corporate Expansion