亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Mara dengan SANY, Tidak Perlu Lagi Menanti: SANY Perkenal Falsafah Perkhidmatan Baharu Tingkatkan Sokongan Global

SANY Group
2025-07-18 00:46 37

SHANGHAI, 18 Julai 2025 /PRNewswire/ -- SANY Group, peneraju bertaraf global bagi jentera pembinaan memperkenalkan etos perkhidmatan globalnya, "No More Waiting" ("Tidak Perlu Lagi Menanti") yang menandakan komitmen SANY terhadap sokongan yang lebih pantas dan lebih profesional untuk pelanggan di seluruh dunia.

 
Go with SANY, No More Waiting

Etos "No More Waiting" berpunca daripada pemahaman mendalam SANY tentang cabaran yang dihadapi oleh pelanggannya di seluruh dunia – masa henti bererti kelewatan dan kerugian besar. Dengan mengutamakan prinsip "Pelanggan Diutamakan", SANY bermatlamat untuk membina sebuah ekosistem perkhidmatan yang pintar dan berkuasa demi meningkatkan kegerakbalasan dan keupayaan.

Tang Xiuguo, Pengerusi Bergilir SANY Group menyatakan, "SANY telahpun menekankan dedikasi yang tidak berbelah bagi terhadap kecemerlangan perkhidmatan. Perkhidmatan bukanlah aksesori, tetapi janji teras kami. Di mana-mana sahaja anda berada, kami memberikan respons pantas dan penyelesaian yang berkesan untuk mengoptimumkan nilai anda."

Perkhidmatan Dalam Jangkauan: Membina Rangkaian Global, Digital, Respons-Pantas

Konsep "No More Waiting" bererti perkhidmatan yang boleh dicapai. Di mana-mana sahaja anda berada, rangkaian perkhidmatan SANY kekal dalam talian dan boleh diharapkan. Dengan lebih 900 tapak perkhidmatan luar negara dan lebih 3,500 jurutera servis membentuk "Rapid Response Corps" global, SANY menawarkan sokongan 24/7. Platform digital MySANY memperkemas permintaan perkhidmatan dengan satu klik, memadankan pelanggan dengan jurutera yang optimum dan mengupayakan penjejakan masa nyata. SANY menunjukkan komitmennya melalui Jelajah Perkhidmatan Global 16-tahun, seterusnya berhubung dengan pelanggan di lebih 180 negara dan wilayah.

Kunci kepada "No More Waiting" terletak pada penghantaran alat ganti yang tepat pada masanya. SANY menggunakan sistem penggudangan dan pengedaran yang cekap dan pintar untuk merapatkan jurang "perbatuan akhir" bagi bekalan alat ganti. Dengan rangkaian melibatkan lebih 900 gudang di seluruh dunia, SANY memastikan ketersediaan alat ganti yang pantas dan disetempatkan. Melalui MySANY, pelanggan boleh melihat harga alat ganti, status pesanan dan penjejakan penghantaran secara serta-merta, lalu memupuk ketelusan dan mempercepat penghantaran bagi meminimumkan masa henti peralatan.

Keyakinan SANY terhadap "No More Waiting" berakar umbi daripada kepakaran teknikal dan kumpulan bakatnya yang maju. Menyedari peranan penting golongan profesional dalam mengatasi cabaran pelanggan, SANY membuat pelaburan yang besar untuk membina pasukan perkhidmatan teknikal yang bertaraf dunia. SANY Industrial College di China berperanan sebagai hab global untuk memupuk ahli profesional perkhidmatan, manakala pusat latihan di Indonesia dan Perancis memfokuskan untuk membangunkan kepakaran setempat. Pusat-pusat ini menawarkan lebih 300 kursus khas yang meliputi kesemuanya bermula daripada kemahiran asas hinggalah kemahiran teknikal lanjutan.

SANY tetap komited terhadap pelaburan yang besar dalam meningkatkan keupayaan perkhidmatan globalnya, dengan misi yang jelas untuk memastikan prestasi yang optimum bagi setiap mesin SANY di seluruh dunia, melangkaui jangkaan pelanggan dan standard industri secara konsisten bagi menyampaikan nilai yang dipertingkat kepada pelanggan global.

Source: SANY Group
Keywords: Broadcast Technology Computer/Electronics Construction/Building Machinery Mining/Metals New products/services