![]() |
HOI AN, Vietnam, 18 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Buat julung kalinya di Vietnam, Pulse Active dan Hoiana Resort & Golf dengan bangganya mempersembahkan The Vibe Run, iaitu konsep maraton yang baharu dan menarik yang sudahpun melanda Malaysia, Thailand dan Singapura. Lebih daripada sekadar perlumbaan, The Vibe merupakan pengalaman larian sosial — menggabungkan komuniti, kesejahteraan, muzik, aktiviti yang menyeronokkan dan perayaan menjadi sebuah acara yang tidak dapat dilupakan.
Tidak seperti maraton tradisional, The Vibe menekankan hubungan berbanding persaingan. Para peserta boleh memilih antara larian sejauh 21km atau 7km yang berlatarbelakangkan taman rimbun Hoiana yang menakjubkan, pemandangan samudera yang hebat dan padang golf pantai yang indah. Laluan ini menelusuri jejak berliku-liku landskap semula jadi yang indah di Hoi An dan berakhir dengan penamat pantai matahari terbenam yang mempesonakan, yang membawa kepada perayaan selepas perlumbaan yang meriah.
Sorotan Acara:
Jumaat, 8 Ogos
Sabtu, 9 Ogos
Pakej Vibe Run Istimewa daripada Hoiana
Bagi menandakan penampilan sulung yang menarik ini, Hoiana Resort & Golf menawarkan PakejVibe Run Stay yang eksklusif untuk para peserta, dengan kadar istimewa bermula daripada VND 2,600,000 bersih/malam untuk dua orang tetamu di New World Hoiana Beach Resort atau New World Hoiana Hotel.
Rangkuman Pakej:
Sertai The Vibe Run di Hoiana Resort & Golf – tempat yang melaluinya pelari, pemimpi dan pengembara bersatu dalam maraton yang tiada tandingannya. Jadilah sebahagian daripada fenomena larian terbaru Vietnam dan alami lakuran sempurna antara kecergasan, alam semula jadi dan perayaan.
Daftar sekarang dan rasai suasananya!
Latar Belakang
Terletak betul-betul di pantai tengah Vietnam yang menakjubkan, hanya beberapa minit dari Tapak Warisan Dunia UNESCO Hoi An, Hoiana Resort & Golf ialah destinasi pusat peranginan bersepadu hadap pantai yang unggul. Menjangkau keluasan lebih 1,000 hektar sepanjang empat kilometer garis pesisir yang bersih, ia membawakan empat hotel bertaraf dunia, padang golf kejohanan yang memenangi anugerah, pantai persendirian yang bersih, lebih 20 restoran dan bar yang luar biasa, Kelab Kanak-kanak yang luas serta kompleks permainan dan hiburan yang paling dinamik di wilayah ini. Hoiana merupakan sebuah tempat yang melaluinya kemewahan, budaya dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan tertumpu.