Mulakan perjalanan imersif yang mempersembahkan pengalaman Time Capsule baharu
SINGAPURA, 7 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Bermula pada 8 Ogos 2025, para tetamu boleh menantikan perjalanan Singapore Flyer yang dihasilkan semula yang menjejaki liputan penuh kisah Singapura, bermula daripada asal-usul purba hinggalah ketakjuban moden. Sempena menyambut kemerdekaan tahun ke-60 Singapura, Time Capsule – tempat tarikan berbilang deria dua tingkat yang mula dibuka pada tahun 2020 – ditransformasikan menjadi pengalaman praterbang imersif sepenuhnya yang menggabungkan multimedia canggih, pameran interaktif dan penceritaan sinematik yang kesemuanya ditingkatkan melalui aplikasi web diperibadikan. Pramula ini mewujudkan suasana untuk menikmati perjalanan Singapore Flyer yang mencapai kemuncaknya dengan pemandangan latar langit 360-darjah bandar yang menakjubkan.
Mulai 8 Ogos 2025, para tetamu boleh memulakan perjalanan Singapore Flyer mereka di Time Capsule serba baharu.
Perjalanan Imersif Menempuhi Kisah Singapura
Kisah Singapura yang luar biasa dihidupkan melalui perjalanan interaktif di Time Capsule yang dipimpin oleh R65, sebuah robot kembara masa. Dicipta melalui kolaborasi bersama studio kreatif Untitled Project, para tetamu dibawa kembali ke tahun 1200-an bagi membongkar legenda mitos Singapura dan asal-usulnya yang menarik sebagai pelabuhan perdagangan, dengan animasi video skrin penuh, pemetaan penayangan serta teknologi pengesanan dan julat cahaya (LiDAR) yang menghidupkan setiap detik sejarah dengan amat jelas. Para tetamu berpeluang untuk menyusuri Sungai Singapura yang interaktif mengikut liku-liku sejarah serta mengenang nostalgia dengan set meja konkrit jubin catur di hadapan dinding tayangan 300-darjah yang membabadkan transformasi Singapura.
Mulakan pengembaraan panoramik di samping Putera Sang Nila Utama ketika baginda menemui pulau Singapura.
Di Tingkat 2, pemasangan bertemakan Peranakan yang cukup meriah, permainan interaktif didayakan LiDAR dan pameran multimedia meneroka identiti serta peranan Singapura di persada dunia. Bagi pengalaman yang diperibadikan, para tetamu boleh menggunakan aplikasi web Time Capsule dan WiFi percuma untuk mengimbas kod QR serta menyelami secara lebih mendalam menerusi watak-watak sebesar saiz sebenar, bermula daripada pedagang hinggalah Orang Laut asli.
Gunakan aplikasi web Time Capsule untuk menyelami secara lebih mendalam bersama pedagang sepanjang Laluan Sutera Maritim.
Pengalaman peringkat daratan yang imersif ini beralih dengan lancar ke langit apabila tetamu menaiki Singapore Flyer, menjulang setinggi 165 meter melebihi paras bandar dan menonjolkan cerapan yang lebih mendalam tentang mercu tanda yang berhampiran dengan aplikasi mudah alih FLYER360 yang dikuasakan oleh realiti terimbuh. Peluang masuk ke Time Capsule disertakan dalam setiap tiket kemasukan yang mentransformasikan perjalanan Singapore Flyer daripada perjalanan selama 30 minit menjadi pengembaraan selama 75 minit bersepadu melalui evolusi Singapura yang menginspirasikan – bermula daripada sebuah penempatan yang sederhana menjadi bandar bertaraf dunia.
Ringo Leung, Pengurus Besar Singapore Flyer, berkata, "Perjalanan Singapore Flyer yang dihasilkan semula ini mengundang semua orang untuk mengalami kisah Singapura dengan cara yang benar-benar baharu dan menghiburkan, bermula daripada kawasan daratan hinggalah ke langit. Dengan mengintegrasikan pengembaraan di kawasan daratan yang imersif dengan pengalaman dalam-kapsul yang interaktif, kami bermatlamat untuk mempersembahkan sebuah perspektif Singapura yang menyeronokkan dan merangkum pelbagai aspek yang melangkaui pengalaman roda pemerhatian lazim."
Untuk maklumat lanjut, sila layari