TAIPEI, 8 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- MiTAC Computing Technology Corporation, pereka platform pelayan, pengilang dan subsidiari MiTAC Holdings Corporation (TSE:3706) yang terkemuka, mempamerkan komput dan pelayan GPU dioptimumkan AI yang terkini di Sidang Kemuncak OCP APAC 2025 (reruai G04), menerajui pembangunan pusat data masa depan yang cekap dan mampan.
Platform-platform yang diketengahkan termasuk sejuk cecair kami, yang cekap kos, yang fleksibel dan berpusatkan AI – kesemuanya dibina bagi tujuan penggunaan pusat data modular dan boleh skala melalui kolaborasi bersama AMD, Intel, Micron, Murata, Samsung dan juga Solidigm.
Pelayan OCP MiTAC Sejuk Cecair dan Udara untuk Setiap Keperluan Pusat Data, Digandingkan dengan Inovasi Solidigm dan Samsung
Pelayan merupakan bukti konsep yang menarik untuk pengkomputeran berketumpatan tinggi dan sejuk cecair langsung dalam persekitaran OCP. Amat sesuai untuk beban kerja AI intensif dari segi haba, platform ini dipamerkan dengan SSD PM9D3 Samsung () yang memberikan prestasi PCIe Gen5 keupayaan celusan tinggi dan modul ingatan Samsung RDIMM DDR5 (), dioptimumkan untuk aplikasi pusat data yang berkeperluan lebar jalur yang tinggi. Kesemua platform ini mendemonstrasikan secara beriringan seni bina yang berkuasa dan cekap yang dibina untuk penggunaan yang mendepani masa depan.
Mengimbangi prestasi dan kecekapan kos, ialah pelayan OCP sejuk udara yang dibina untuk beban kerja boleh skala. Ia digandingkan dengan , direka untuk QoS yang konsisten dan kecekapan tenaga serta yang membawakan daya ketahanan yang tinggi serta keupayaan celusan PCIe Gen4 pada pinggiran inferens AI arus perdana dan komput dipacu storan. Kombinasi ini menawarkan penyelesaian yang praktikal dan sedia digunakan untuk pengendali yang mengutamakan TCO dan ketumpatan.
Pelayan MiTAC Dikuasakan GPU Mengupayakan Kilang AI Perusahaan
dibina khusus demi keperluan AI, pembelajaran mendalam dan pengkomputeran lebar jalur tinggi, selain turut menunjukkan satu lagi bukti konsep yang berjaya. G4527G6 berfungsi sebagai blok binaan asas dalam model "Enterprise AI Factory" ("Kilang AI Perusahaan") baru muncul, digandingkan dengan , memberikan prestasi PCIe Gen4 yang luar biasa untuk beban kerja intensif-data dan yang mengupayakan latihan serta inferens model AI berkependaman rendah.
Pelayan OCP Sedia Pengeluaran dengan Integrasi Peringkat Rak untuk Pusat Data Moden: Membawakan MiTAC Capri 3 Series dan Murata Power Shelves
Pelayan OCP sedia-pengeluaran yang terkini daripada MiTAC Computing, dan memberikan penyelesaian boleh skala untuk beraneka jenis beban kerja pusat data. Model Standard dioptimumkan untuk komput tujuan am yang amat sesuai untuk persekitaran maya dan aplikasi perusahaan yang menuntut prestasi tanpa overhed storan yang tinggi. Sebaliknya, Capri 3 Ultra menyokong sehingga 10 SSD NVMe, lalu mengupayakan prestasi storan berketumpatan tinggi, hangat-ke-panas untuk storan perisian tertakrif dan penggunaan tasik data. Di Sidang Kemuncak OCP APAC 2025, MiTAC Computing mempamerkan keupayaan integrasi peringkat raknya dengan memaparkan CP3S11-U di samping rak kuasa dalam konfigurasi rak mini yang kompak, lantas menonjolkan pendekatan modular dan siap guna terhadap infrastruktur terbuka.
Dengan bekerjasama erat bersama rakan kongsi ekosistem mencakupi ingatan, storan, kuasa dan komput, MiTAC Computing mempamerkan kuasa kolaborasi dalam memajukan infrastruktur modular yang terbuka—yang mengupayakan kebolehskalaan AI dan pusat data generasi akan datang.
Sistem OCP MiTAC:
Sistem Pelayan Intel:
Sistem Pelayan AMD:
Latar Belakang MiTAC Computing Technology Corporation
MiTAC Computing Technology Corp., subsidiari MiTAC Holdings menyampaikan penyelesaian pelayan komprehensif dan cekap tenaga yang disokong oleh kepakaran industri yang bermula sejak tahun 1990-an. Mengkhusus dalam AI, HPC, awan dan pengkomputeran pinggir, MiTAC Computing menggunakan metodologi yang ketat untuk memastikan kualiti tanpa kompromi—mencakupi peringkat barebone, sistem, rak dan kluster—lalu mencapai prestasi dan integrasi. Komitmen terhadap kualiti di setiap peringkat ini membuatkan MiTAC Computing berbeza.
Menerusi kehadiran di seluruh dunia dan keupayaan hujung-ke-hujung—bermula daripada penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembuatan hinggalah sokongan global— MiTAC Computing menyediakan platform yang tangkas dan tersuai untuk pusat data hiperskala, aplikasi HPC dan AI, lantas memastikan prestasi yang optimum serta kebolehskalaan bagi memenuhi keperluan perniagaan yang unik. Dengan memanfaatkan kemajuan terkini dalam AI dan pendinginan cecair, serta menyatukan jenama MiTAC dengan produk pelayan Intel DSG dan TYAN, MiTAC Computing menonjol lantaran teknologi pelayannya yang inovatif, cekap dan andal serta penyelesaian bersepadu perkakasan dan perisiannya—bagi memperkasakan perniagaan untuk mendepani cabaran pada masa akan datang.
Kunjungi