亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Satelit Bernama Korporat Zoomlion Masuk Orbit, Menandakan Era Baharu dalam Jentera Kejuruteraan menerusi Visi Digital, Pintar, Hijau dan Global

Zoomlion
2025-08-12 00:26 5

RIZHAO, China, 12 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion," 1157.HK) menggapai pencapaian baharu menerusi kejayaan kemasukan ke orbit oleh satelit bernama korporat "Zoomlion", iaitu yang pertama seumpamanya dalam sektor jentera kejuruteraan global. Jam 00:31 waktu Beijing, satelit Geely Constellation Group 04 telahpun dilancarkan dari perairan pinggir laut berhampiran Rizhao, Shandong, China dengan menggunakan roket pembawa Jielong-3, dengan satu satelit yang membawa nama Zoomlion.

Zoomlion’s Corporate-Named Satellite Enters Orbit, Marking a New Era in Engineering Machinery with Digital, Intelligent, Green, and Global Vision
Zoomlion’s Corporate-Named Satellite Enters Orbit, Marking a New Era in Engineering Machinery with Digital, Intelligent, Green, and Global Vision

Satelit "Zoomlion" menandakan pengembangan syarikat dari tapak pembinaan di Bumi kepada keluasan angkasa. Ia menggambarkan keazaman Zoomlion untuk mempercepat pendigitalan, kecerdasan, kelestarian dan jangkauan global, lalu memastikan capaian perkhidmatan sekalipun di persekitaran yang paling mencabar.

Sebagai peneraju bagi inovasi jentera kejuruteraan, Zoomlion memacu kemajuan melalui lapan platform penyelidikan peringkat kebangsaan, lebih 17,800 permohonan paten dan lebih daripada 570 piawaian industri. Produk-produk rintisnya merangkum kren perangkak 3,000-tan yang pertama di China, trak pam joran gentian karbon 101-meter yang terpanjang di dunia, kren menara 10,000-tan-meter yang pertama, kren semua-rupa-bumi 4,000-tan terbesar dan platform kerja udara lengan lurus 82-meter yang tertinggi.

Pelancaran satelit ini membuka kemungkinan yang baharu bagi ketersambungan perkhidmatan global, bermula dari kawasan kutub dan padang pasir hinggalah platform luar pesisir. Ia turut memperkukuh integrasi data raya, IoT, AI dan komunikasi satelit, seterusnya menyokong ekosistem perkhidmatan generasi akan datang yang berupaya untuk menyampaikan penyelesaian yang lebih pintar, lebih pantas dan lebih hijau di seluruh dunia.

Dengan Bandar Perindustrian Pintar sebagai teras, Zoomlion mengendalikan 23 kilang pintar bertaraf dunia, lebih 10 pangkalan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan pembuatan luar negara serta lebih daripada 30 hab logistik utama yang menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan di lebih 200 negara dan wilayah. Syarikat ini akan terus meneroka teknologi perbatasan dan aplikasi inovatif demi meningkatkan kecekapan perkhidmatan serta nilai pelanggan pada skala global.

Latar Belakang Zoomlion 
Ditubuhkan pada tahun 1992, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (1157.HK) ialah pengilang bagi peralatan canggih bertaraf global yang terkemuka, dengan perniagaan teras dalam jentera kejuruteraan, jentera perlombongan dan jentera pertanian. Portfolionya mencakupi 15 kategori utama, 75 siri produk dan 745 model produk. Beroperasi di lebih 200 negara dan wilayah, Zoomlion menggabungkan inovasi, kelestarian dan tumpuan pelanggan bagi memacu kemajuan dan mencipta masa depan yang lebih baik.

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Keywords: Aerospace/Defense Machinery Mining/Metals Telecommunications Transportation General Manufacturing