亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Institusi Kebudayaan dan Muzium China-ASEAN Terokai Bersama "Muzium dan Masa Depan Bandar"

china-asean-media.com
2025-08-18 19:50 7

LIUZHOU, China, 18 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Ini merupakan laporan daripada china-asean-media.com. Bertajuk "Muzium dan Masa Depan Bandar," Forum Pertukaran Budaya dan Kerjasama Berorientasikan-ASEAN 2025 telahpun diadakan di Liuzhou, Guangxi, China pada 18 Ogos. Dianjurkan secara bersama oleh Biro Pertukaran Antarabangsa dan Kerjasama, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan, Republik Rakyat China dan Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, forum ini membincangkan secara dekat mengenai topik pertukaran sesama rakyat dan budaya yang tepat pada masanya antara China dan ASEAN.

Venue of the 2025 ASEAN-Oriented Cultural Exchange and Cooperation Forum
Venue of the 2025 ASEAN-Oriented Cultural Exchange and Cooperation Forum

Memfokuskan pada "Muzium dan Masa Depan Bandar," ia memberi tumpuan pada dua topik bagi mengadakan perbincangan tematik: "Pemuliharaan Warisan Industri dan Pengalaman Pelancongan Bandar Inovatif" serta "Integrasi Teknologi Digital dan Muzium demi Pembangunan Mendalam." Melalui ucaptama dan pembentangan khas, para peserta terlibat dalam perkongsian dan perbincangan yang ekstensif serta mendalam daripada pelbagai dimensi dalam aspek penyelidikan berasaskan teori dan amalan gunaan. Sejumlah 18 pakar dan cendekiawan ternama dari negara-negara ASEAN dan tuan rumah China — mewakili bidang-bidang warisan budaya dan muzium — menyumbangkan pandangan mereka daripada sudut termasuk dasar kebudayaan, pengurusan warisan, arah aliran penyelidikan dan pengalaman praktikal, lalu mencapai banyak konsensus.

Di forum ini, Perikatan Asia-Pasifik Majlis Muzium Antarabangsa (ICOM) dan Muzium Industri Liuzhou China menandatangani "Memorandum Persefahaman bagi Penyelidikan Koperatif mengenai Pemuliharaan Warisan Industri dan Pembangunan Mampan." Bertujuan untuk membina sebuah platform antarabangsa untuk bersama-sama mengkaji laluan bagi mencapai pemuliharaan, pengaktifan dan pembangunan mampan berhubung warisan industri dan bandar, perjanjian ini menyaksikan satu langkah yang kukuh menuju ke hadapan berkaitan kerjasama dalam bidang ini.

Semasa berlangsungnya forum ini, para tetamu utama turut menghadiri Persidangan Promosi Pelancongan Di Dalam Guangxi (Liuzhou) 2025 "Malam Guangxi ". Mereka seterusnya melawat tempat-tempat kebudayaan dan pelancongan seperti Kawasan Pemandangan Sungai Baili Liujiang (Pelayaran Malam di Sungai Liujiang), Muzium Industri Liuzhou, Koridor Budaya dan Kreatif Liuzhou Bauhinia, Taman Industri Luosifen dan Pangkalan Automobil SAIC-GM-Wuling bagi tujuan pemeriksaan dan penyelidikan. Melalui lawatan di tapak dan pengalaman secara langsung, mereka dapat memperdalam pemahaman mereka tentang amalan yang jelas dan pelbagai laluan bagi "Muzium dan Masa Depan Bandar," seterusnya meningkatkan pertukaran budaya serta kerjasama pelancongan antara China dan juga ASEAN.

Source: china-asean-media.com
Keywords: Entertainment Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Travel