亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

CCTV+: Ladang berteknologi tinggi automasikan penanaman sayur-sayuran, penuaian di Zhejiang China

CCTV+
2025-08-19 20:33 18

BEIJING, 19 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Sayur-sayuran yang pelbagai warnanya pada pinggan salad anda mungkin telah ditanam di sini iaitu di taman demonstrasi pertanian pintar yang terletak di Daerah Deqing, Wilayah Zhejiang, timur China tanpa ada tangan manusia yang pernah menyentuhnya.

 

Dengan menggunakan teknologi canggih, taman ini mengintegrasikan AI dengan Internet Pelbagai Benda untuk mengurus setiap langkah dalam pengeluaran tanaman, bermula daripada salad hingga arugula, menerusi kawalan pintar proses penuh.

"Ini merupakan mesin pindah tanam automatik yang kami bangunkan sendiri. Ia direka untuk menggantikan buruh kasar dalam proses pindah tanam. Hanya dalam masa 40 saat, ia boleh memindahkan 30 anak benih sayuran, lalu meningkatkan kecekapan sebanyak lebih 70 peratus. Di samping laluan pengangkutan automatik, mesin pencuci dan sistem kawalan persekitaran rumah hijau kami, kami turut mencipta operasi tanpa pemandu sepenuhnya," kata Hu Yaofeng, pengurus teknikal Zhejiang Houji Intelligent Technology.

Para penyelidik mengatakan tanaman ini bebas daripada racun perosak dan logam berat serta menghasilkan lima hingga tujuh kali lebih banyak daripada perladangan lapangan terbuka tradisional.

"Ini ialah anak benih Arugula. Ia boleh dipindahkan dalam masa kira-kira 15 hari penanaman. Seperti yang anda lihat, kami sudahpun mempunyai pokok bijan matang di luar yang telah dipindahkan. Tumbuhan ini biasanya sedia untuk dituai dalam tempoh 25 hingga 30 hari. Selepas menuai, kami menjualnya kepada syarikat-syarikat seperti Freshippo and Yum! Brands," kata Hu.

Dari ladang ke rak jualan dalam masa yang singkat, tuaian berteknologi tinggi ini menyediakan bekalan hasil pertanian kepada beberapa peruncit terbesar di China dan seterusnya menunjukkan masa depan bidang pertanian.

Ia merupakan salah satu inovasi yang paling penting dari segi sejauh mana teknologi China memacu pemodenan pertanian. Matlamatnya adalah untuk menghantar sayur-sayuran yang lebih selamat dan lebih sihat terus ke meja hidangan anda.

Source: CCTV+
Keywords: Agriculture Broadcast Technology Computer/Electronics Publishing/Information Service Broadcast feed announcements New products/services Artificial Intelligence