GUANGZHOU, China, 22 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 18 Ogos, upacara pelancaran global secara besar-besaran untuk tin antarabangsa WALOVI yang bertemakan "Wanglaoji China, WALOVI Dunia" telahpun diadakan di Shanghai. Memberikan penaiktarafan jenama yang penting, Wanglaoji bermatlamat untuk mentakrifkan semula pengambilan minuman global dengan imej global yang disatukan serta produk yang disesuaikan dengan permintaan yang pelbagai. Di acara ini, empat produk tin antarabangsa diperkenalkan: Klasik (tin Ruby Roselle), Tanpa-gula (tin Dawn Orange), Biasa (tin Golden Glaze) dan Buih (tin Misty Blue). Produk-produk ini bukan sahaja menggabungkan nilai estetik warna Timur ke dalam reka bentuk pembungkusannya tetapi turut mengadunkan kebijaksanaan herba Timur tradisional dengan arah aliran kontemporari seperti rumusan bebas gula dan berbuih. Merupakan contoh unggul nilai, asal-usul secara komprehensif dan dipersembahkan dengan jelas oleh WALOVI.
En. Ye Jizeng, Naib Pengurus Besar Guangzhou Wang Lao Ji Great Health Industry Co., Ltd., menonjolkan dua arah aliran utama dalam pasaran minuman global: peningkatan minuman sihat dan semula jadi serta permintaan yang semakin meningkat untuk pilihan rendah-gula/bebas-gula. Beliau menekankan bahawa sebagai minuman asli Cina dengan sejarah selama 197 tahun, WALOVI tetap komited kepada ramuan semula jadi dan prinsip berorientasikan kesihatan. Dalam tempoh tiga tahun akan datang, WALOVI merancang untuk membina beberapa pasaran luar negara dengan jualan melebihi RMB 100 juta setiap satu.
"Kami akan mewujudkan pasaran model bagi tujuan pengedaran yang mendalam serta pembinaan jenama. Pelancaran pada hari ini merupakan satu pencapaian yang strategik dalam rangka tindakan global kami, dengan persediaan sistematik dalam aspek pembangunan produk, peningkatan jenama, pengembangan saluran serta pengoptimuman rantaian bekalan. WALOVI akan membuatkan dunia percaya bahawa: Asli merupakan hala tuju rasa dan sihat menawarkan pilihan rasa yang sedap."
Menurut Frost & Sullivan, WALOVI menduduki tempat pertama bagi jualan minuman tumbuhan global selama lima tahun berturut-turut. Di peringkat domestik, ia memegang hampir 50% bahagian pasaran minuman tumbuhan. Sepanjang dekad yang lalu, kehadiran pasaran luar negara jenama ini berkembang sebanyak 6.5 kali ganda, dengan kadar pertumbuhan kompaun tahunan melebihi 25%.
Di acara ini, Wanglaoji turut menandatangani perjanjian dengan kumpulan rakan kongsi pertama WALOVI, termasuk Meituan Delivery, Eleme, Dianping, Ocean Engine dan Jiaye Trading Canada Corp. Produk-produk WALOVI yang baharu tidak lama lagi boleh didapati di seluruh Asia Tenggara, Amerika Utara, Eropah dan Oceania.
Melalui strategi global Produk-Saluran-Jenama-Budaya (PCBC) yang sistematik, Wanglaoji komited untuk menawarkan pilihan yang lestari dan sihat kepada dunia menerusi minuman tumbuhan Timur aslinya. Dengan WALOVI, jenama ini bermatlamat untuk membentuk semula landskap minuman global, menawarkan alternatif yang lebih sihat dan memupuk pertukaran budaya melalui pengambilan minuman.