SHANGHAI, 28 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Noah Holdings Limited ("Noah" atau "Syarikat") (NYSE: NOAH, HKEX: 6686), penyedia perkhidmatan pengurusan kekayaan yang terkemuka dan perintis, telahpun mengeluarkan Laporan CIO H2 2025 Noah Holdings | ARK Wealth ("Laporan") yang membincangkan bahawa anjakan geopolitik dan gangguan teknologi, terutamanya daripada AI, mewujudkan suasana untuk era baharu pasaran modal yang didominasi oleh logik deflasi yang dipacu oleh teknologi.
Laporan ini menggabungkan analisis pasaran yang komprehensif dengan pandangan yang mendalam mengenai arah aliran yang terkini dalam pengurusan kekayaan. Beberapa tema utama termasuk:
Laporan ini membincangkan bahawa, bagi pelabur bernilai bersih tinggi, membangunkan pemahaman yang mendalam tentang "deflasi dipacu teknologi" akan menjadi aspek yang penting bagi memudahkan pemindahan kekayaan merentas generasi.
"Dunia pada masa depan tidak lagi akan didominasi oleh gelembung aset yang didorong oleh hutang, tetapi oleh enjin pertumbuhan yang dikuasakan oleh deflasi yang dipacu teknologi dan dividen kecekapan," ujar Pejabat Ketua Pegawai Pelaburan Noah Holdings | ARK Wealth. "Bagi pelabur bernilai bersih tinggi, persoalan utama bukanlah tentang cara untuk mengelakkan deflasi, tetapi bagaimana untuk memanfaatkan dividen deflasi teknologi bagi menyusun semula portfolio—mengimbangi kedudukan defensif pada hari ini dengan peluang ofensif untuk hari esok."
Laporan ini turut memperkenalkan Noah Holdings | ARK Wealth dengan model peruntukan aset berbilang lapisan ideal yang memfokuskan untuk mengimbangi praktikaliti (melindung nilai risiko jangka pendek), penghematan masa depan (mencapai pertumbuhan jangka panjang) dan fleksibiliti (mengekalkan kecairan) melalui kombinasi antara aset terlindung nilai inflasi, aset terlindung nilai deflasi dan aset jambatan yang menunjukkan peralihan daripada kerangka tradisional.
Untuk memuat turun laporan CIO H2 2025 Noah Holdings | ARK Wealth, sila kunjungi:
Latar Belakang Noah Holdings Limited dan ARK Wealth Management
Noah Holdings Limited (NYSE: NOAH; HKEX: 6686) ditubuhkan pada tahun 2005 dan disenaraikan di Bursa Saham New York pada tahun 2010, serta mencapai dwipenyenaraian di Hong Kong menjelang tahun 2022. Dengan pendekatan berpusatkan pelanggan, syarikat beroperasi di lebih 30 bandar merentas 9 negara. Pada tahun 2025, Noah menubuhkan ibu pejabat globalnya di Singapura, menawarkan perkhidmatan kepada kira-kira 400,000 pelanggan Cina bernilai bersih tinggi di seluruh dunia.
Noah membangunkan model perniagaan bersepadu yang meliputi pengurusan kekayaan, pengurusan aset dan perkhidmatan kewangan. Subsidiari-subsidiari utamanya termasuk Gopher Asset, Glory Family Heritage dan Noah Zhengxing di China dan dalam masa yang sama mengendalikan di peringkat antarabangsa ARK Wealth Management, Olive Asset Management dan Glory Family Heritage, dengan peruntukan aset kumulatif melebihi RMB 1 trilion.
Terkenal dengan perkhidmatan profesional dan andal, Noah mendapat pengiktirafan daripada institusi-institusi seperti Asian Private Banker dan Euromoney. Syarikat ini komited untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan kekayaan yang komprehensif kepada pelanggan Cina di peringkat global yang menghargai kejayaan kewangan serta pengayaan kehidupan yang bermakna.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: .
ARK Wealth Management ("ARK Wealth") ialah platform pengurusan kekayaan di bawah Noah Holdings (NYSE, HKEX:6686) yang menyediakan perkhidmatan kewangan yang komprehensif kepada keluarga dan institusi Cina bernilai bersih tinggi di seluruh dunia. Menumpukan keperluan pelanggan dan mematuhi prinsip-prinsip kebebasan dan profesionalisme, ARK Wealth terus-menerus menginovasi produk dan perkhidmatannya. Kami komited untuk menyampaikan penyelesaian pengurusan kekayaan tersuai yang memenuhi keperluan pelanggan kami yang semakin berkembang dengan tepat, beraspirasi untuk menjadi platform pengurusan kekayaan pilihan untuk pelanggan Cina di peringkat global.
Setakat 31 Disember 2024, ARK Wealth Management mengumpul aset di bawah peruntukan sebanyak AS$8.7 bilion, dengan pusat perkhidmatan ditubuhkan di beberapa negara serta wilayah bagi menyediakan perkhidmatan setempat yang profesional kepada pelanggan. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web ARK Wealth di .