亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Neusoft Medical Systems Lancar CT Hitungan Foton Pertama China dengan Kelulusan NMPA

Neusoft Medical Systems Co., Ltd.
2025-08-28 11:34 3

SHENYANG, China, 28 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Neusoft Medical Systems mengumumkan pada hari ini bahawa CT hitungan foton NeuViz P10 sudahpun menerima kelulusan pasaran daripada Pentadbiran Produk Perubatan Kebangsaan (NMPA) China. Ini merupakan CT hitungan foton pertama yang diluluskan di China dan sistem badan lebar pertama di dunia yang dilengkapi dengan pengesan 8-cm.


Neusoft Medical Systems Launches China’s First Photon-Counting CT with NMPA Approval

CT hitungan foton (PCCT) dianggap sebagai satu kemajuan penting dalam pengimejan generasi akan datang. Tidak seperti pengimbas CT konvensional yang terlebih dahulu menukar sinar-X kepada cahaya sebelum menjana imej digital, NeuViz P10 menggunakan pengesan kadmium zink telurida (CZT) untuk menangkap dan menukarkan setiap foton sinar-X terus kepada isyarat digital. Pendekatan langsung ini memberikan imej dengan kejelasan yang jauh lebih tinggi, mengurangkan pendedahan radiasi untuk pesakit dan meningkatkan keupayaan untuk membezakan antara jenis-jenis tisu yang berbeza.

Bagi pesakit, kemajuan ini bererti visualisasi pembuluh darah kecil di dalam jantung yang lebih jelas, pengesanan tumor kecil yang lebih awal, pengenalpastian keadaan neurologi yang lebih tepat dan pemeriksaan paru-paru yang lebih selamat dengan pengurangan pendedahan kepada radiasi. Resolusi ultra-tinggi daripada sistem ini turut membantu para doktor mengesan penyakit pada peringkat yang lebih awal, iaitu peringkat apabila rawatan boleh menjadi lebih efektif dan hasilnya bertambah baik dengan ketara.

Bagi memaksimumkan nilai klinikal dan penyelidikan, NeuViz P10 mengintegrasikan empat platform inovasi: NeuPhoton Counting, Photon Supersonic, Photon Intelligence dan Photon Research. Platform-platform ini bersama-sama menyampaikan imbasan yang lebih pantas, pengimejan yang lebih selamat, sokongan aliran kerja pintar dan peluang yang diperluas untuk penyelidikan klinikal.

"Kelulusan untuk NeuViz P10 merupakan satu pencapaian penting untuk industri pengimejan perubatan China dan juga untuk inovasi CT global," kata Patrick Wu, Ketua Pegawai Eksekutif Neusoft Medical Systems. "Teknologi ini dapat memperkasakan pakar radiologi dengan imej yang lebih jelas pada dos yang lebih rendah, memberikan jawapan yang lebih awal dan lebih tepat kepada pesakit sekali gus memberikan nilai klinikal yang maksimum untuk kesihatan awam."

Latar Belakang Neusoft Medical Systems 

Neusoft Medical Systems ialah peneraju bertaraf global bagi penyelesaian dan perkhidmatan pengimejan perubatan. Syarikat ini mengkhusus untuk mengintegrasikan teknologi AI dengan pengimejan perubatan bagi menyampaikan produk dan perkhidmatan yang pintar, cekap, tepat dan andal. Dengan membina sebuah ekosistem penjagaan kesihatan yang komprehensif, Neusoft Medical Systems dapat meningkatkan kebolehcapaian dan ekuiti penjagaan kesihatan global.

Menjelang akhir tahun 2024, Neusoft Medical Systems telahpun bertapak di lebih 120 negara dan wilayah, menawarkan perkhidmatan kepada lebih 14,000 pelanggan, dengan pangkalan terpasang sejarah melebihi 50,000 unit.

Ketahui lebih lanjut mengenai kami:

Source: Neusoft Medical Systems Co., Ltd.
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment New products/services