TOKYO, 29 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Penstriman langsung "a-nation 2025," iaitu salah satu festival musim panas yang terbesar di Jepun, sudahpun disahkan! Festival ini akan berlangsung pada 30 (Sabtu) dan 31 Ogos (Ahad) 2025 bertempat di Stadium Ajinomoto, Tokyo.
"a-nation" ialah salah satu acara muzik luar tahunan yang terbesar di Jepun yang dilancarkan pada tahun 2002 dan dianjurkan oleh Avex, sebuah syarikat hiburan Jepun yang terkemuka. Terkenal dengan barisan artis uniknya yang merentas sempadan genre, festival ini menawan hati lebih 6 juta peminat setakat ini. Selain persembahan secara langsung, para hadirin boleh menikmati beraneka jenis makanan eksklusif festival ini, barangan serta tarikan lain di kawasan luar.
"a-nation 2025" Bersiaran Langsung di YouTube: Gambaran Keseluruhan
Dijadualkan bermula jam 12:25 tengah hari (JST) pada 30 Ogos (Sabtu) dan juga 31 Ogos (Ahad) 2025
【URL Tontonan & Barisan Artis Strim Langsung】
【Hari 1】
XG, Ana Mena, YEJI, ZICO, TREASURE, NiziU, Novelbright, HIRAIDAI, MAX, MAZZEL, Daichi Miura
Shooting Act Artists:I Don't Like Mondays., Girls², Bi-ray
Opening Act Artists:kikio, PG
【Hari 2】
hamasaki ayumi, NCT WISH, THE RAMPAGE, GENIC, GENERATIONS, Da-iCE, Cho Tokimeki?Sendenbu, TRF, NEXZ, Hey! Say! JUMP, ONE OR EIGHT
Shooting Act Artists:SHOW-WA & MATSURI, HIKKA
Opening Act Artists:cosmosy, PG
*Semua orang boleh menonton secara percuma.
*Sesetengah persembahan mungkin disiarkan hanya sebahagian daripadanya atas sebab-sebab produksi.
*Barisan artis dan jadual penstriman tertakluk kepada perubahan.
*Ulang tayang atau penstriman arkib tidak disediakan.
*Tidak menyokong fungsi putar semula dan tunda.
*Sila berhati-hati dengan akaun penyamaran, hantaran spam hasad atau pautan mencurigakan yang mendakwa menstrim atau menyiarkan acara ini.
Laman Web Rasmi "a-nation2025":