JAKARTA, Indonesia, 1 September 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 29 Ogos, sempena ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik antara China dan Indonesia, China National Building Material Group (CNBM) mengadakan dengan jayanya persidangan promosi dan pameran pencapaian inovasi di Jakarta, ibu negara Indonesia. Hampir 200 tetamu menghadiri acara ini, termasuk wakil-wakil daripada jabatan kerajaan Indonesia, rakan niaga global, institusi pelaburan terkemuka serta media arus perdana domestik dan antarabangsa. Para hadirin terdiri daripada Zhou Yuxian, Pengerusi CNBM; T.Y.T. Yuliot, Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Mineral Indonesia; T.Y.T. Todotua Pasaribu, Timbalan Menteri Pelaburan dan Industri Hiliran; Satya Hangga Yudha, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga dan Sumber Mineral Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral; Lilik Unggul Raharjo, Pengerusi Persatuan Simen Indonesia; Pengerusi KPN Group Martua Sitorus; dan Zhou Weiliang, Setiausaha Agung Persatuan Usahawan Cina Indonesia. Acara ini dianjurkan oleh Sinoma International Engineering Co., Ltd. (Sinoma International).
Zhou Yuxian menegaskan misi CNBM iaitu "Bahan Lebih Baik, Dunia Lebih Baik" sebagai pengilang bahan bukan logam dan syarikat pelaburan modal. Beliau menekankan komitmen kumpulan ini untuk memanfaatkan kekuatan teknologi, industri dan modalnya bagi memajukan pelaksanaan projek serta inovasi perkhidmatan, lalu menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi dan kebajikan awam Indonesia. Beliau turut menyatakan bahawa CNBM akan berkolaborasi bersama rakan kongsi Indonesia dan ASEAN melalui perikatan strategik, inovasi bersama, penggabungan pelaburan dan pelaburan dana bagi membangunkan secara bersama pasaran Indonesia dan juga pasaran negara ketiga, seterusnya menawarkan kepakaran dan penyelesaian CNBM demi merealisasikan "Visi Indonesia Emas 2045" dan "Wawasan Komuniti ASEAN 2045."
Persidangan ini meninjau semula perjalanan CNBM selama 35 tahun dalam aspek kolaborasi berasaskan kepercayaan bersama rakan kongsi ASEAN, seterusnya memaparkan penyelesaian komprehensif untuk bahan binaan asas, strategi bahan baharu "113N", sistem storan tenaga-solar-angin dan pembangunan sumber mineral. Inisiatif-inisiatif ini bermatlamat untuk menyokong matlamat pembangunan negara Indonesia, memajukan pembuatan hijau serta menggalakkan pemodenan industri.
Semasa berlangsungnya acara ini, CNBM dan subsidiari-subsidiarinya menandatangani perjanjian kolaboratif bersama lima rakan kongsi utama. Sinoma International turut memperkenalkan empat inovasi teknologi.
Sebuah pameran khusus yang menonjolkan kemajuan CNBM dalam bahan binaan asas, bahan baharu, perkhidmatan kejuruteraan serta logistik dan perdagangan. Sepuluh syarikat ahli mempamerkan produk termaju, menarik pujian yang meluas untuk teknologi canggih dan falsafah pembangunan hijau mereka. Para hadirin turut terlibat dalam perbincangan yang mendalam, seterusnya mengiktiraf kepimpinan CNBM dalam inovasi yang mampan.
Acara ini memperkukuh perkongsian strategik CNBM di Indonesia dan memantapkan lagi peranannya dalam memajukan industrialisasi serantau dan peralihan hijau.