BANGKOK, 2 September 2025 /PRNewswire/ -- SteriLance Medical mengumumkan bahawa portfolio lanset keselamatannya — PRESS PLUS, IMPRESS dan LITE3 — telahpun diterima pakai dalam saluran hospital awam Thailand susulan tender yang diberikan oleh pertubuhan kemanusiaan yang diiktiraf di peringkat kebangsaan. Bekalan dan sokongan pascapasaran dihantar melalui pengedar tempatan berdaftar yang memegang pendaftaran FDA Thai.
PRESS PLUS, IMPRESS and LITE3 selected via a national humanitarian-organization tender; supplied through an authorized local license holder; CE-MDR, ISO 13485; Thai FDA registered
Direkayasa untuk mengurangkan pendedahan jarum yang tidak disengajakan dan meningkatkan keselesaan pengguna dalam persekitaran keupayaan celusan tinggi, lanset keselamatan SteriLance membawakan ciri penarikbalikan automatik guna sekali dan pemasukan kulit kurang sakit, seterusnya menyokong amalan pencegahan kecederaan jarum tajam yang disyorkan secara meluas dalam pensampelan kapilari klinikal.
"Menerusi penerimagunaan yang berterusan di institusi-institusi awam yang dipercayai, kami membantu golongan profesional barisan hadapan meningkatkan keselamatan dan kecekapan untuk pensampelan darah kapilari rutin," kata seorang jurucakap SteriLance. "Kami berharap dapat menyokong lebih banyak rangkaian hospital dan kumpulan swasta di seluruh Thailand dan juga Asia Tenggara."
Penerimagunaan ini menambah momentum menjelang berlangsungnya Pameran Perubatan Thailand 2025 (10–12 September 2025; Reruai H28; Bangna–Trad Road (Km 1), Bangna, Bangkok 10260, Thailand) yang melaluinya SteriLance akan menarik rangkaian hospital tambahan dan penyedia penjagaan kesihatan swasta. Pada masa yang sama, syarikat ini merancang untuk memperkenalkan peranti lanset OneStep? kepada farmasi-farmasi rangkaian Thailand di bawah jenamanya sendiri dalam beberapa bulan akan datang bagi menawarkan perkhidmatan kepada pengguna swapantau yang kerap di rumah.
Temui SteriLance di Pameran Perubatan Thailand 2025
Tarikh: 10–12 September 2025
Reruai: H28
Tempat: Bangna–Trad Road (Km 1), Bangna, Bangkok 10260, Thailand
Ketersediaan
Lanset keselamatan SteriLance boleh didapati melalui saluran hospital awam dan jaringan pengedaran perubatan yang lebih luas di Thailand, dengan usaha pengembangan ke kumpulan hospital tambahan serta rangkaian swasta sedang dilaksanakan.
Pematuhan & Pendaftaran
Portfolio lanset keselamatan SteriLance mematuhi CE-MDR dan beroperasi di bawah sistem kualiti ISO 13485; Pendaftaran FDA Thai diselesaikan melalui pemegang lesen tempatan berdaftar. Dokumentasi FSC tersedia mengikut permintaan.
Latar Belakang SteriLance Medical
SteriLance Medical menyediakan penyelesaian pensampelan darah peribadi dan profesional — termasuk lanset keselamatan, peranti lanset dan barang guna habis yang berkaitan — direka untuk menggabungkan keselesaan pengguna dengan keselamatan klinikal.
Maklumat lanjut:
Pertanyaan media & pengedaran:
Nota untuk editor