![]() |
NEW YORK, 19 Februari 2025 /PRNewswire/ -- Tribesigns, pengilang dan peruncit perabot terkenal di peringkat global yang menawarkan penyelesaian rumah dan pejabat yang selesa dan cekap untuk setiap rumah, dengan gembiranya mengumumkan penampilan sulung logonya yang baru direka bentuk semula, dilancarkan pada 24 Februari 2025.
Logo baharu ini merupakan gabungan inovatif antara elemen khemah puak primitif dan huruf "T". Ia dihasilkan dalam reka bentuk geometri menggunakan struktur rata dan menyatah yang terdiri daripada garisan. Strukturnya yang rata dan linear melambangkan gabungan kreatif antara sebuah meja dan sebuah rumah yang mencerminkan tema utama jenama ini iaitu "rumah".
Portfolio produk Tribesigns yang pelbagai merangkumi berbilang kategori perabot, termasuk perabot kanak-kanak, haiwan peliharaan dan pejabat. Logo yang dikemas kini ini akan berfungsi sebagai elemen yang dikongsi dan simbolik merentas semua subjenama Tribesigns, lantas memperkukuh identiti jenama ini yang padu.
"Logo baharu ini akan digunakan secara meluas dalam semua jenis aktiviti jenama Tribesigns melalui pelbagai saluran seperti media sosial, laman web rasmi dan platform e-dagang seperti Amazon, Walmart dan Wayfair," kata Sophia Zhao, Ketua Pegawai Produk Tribesigns.
Menerusi "Designed For Life" ("Direka Untuk Kehidupan") sebagai slogannya, Tribesigns akan mengekalkan komitmennya untuk menyampaikan penyelesaian rumah dan pejabat terunggul, unik dan inovatif di seluruh dunia.
Tribesigns menawarkan penyelesaian perabot yang komprehensif untuk isi rumah dan perniagaan, termasuk ruang tamu, bilik tidur, pejabat rumah, ruang laluan, dapur dan ruang makan. Selain itu, ia menyediakan pelbagai produk perabot dalaman dan luaran kepada lebih 30 juta isi rumah di A.S., Kanada, Eropah dan Australia sejak 14 tahun yang lalu.
Latar Belakang Tribesigns
Tribesigns ialah pereka dan pengilang perabot global yang terkemuka. Dengan slogan 'Designed For Life' ('Direka Untuk Kehidupan'), falsafahnya berkisarkan kepelbagaian gaya hidup peribadi dan kepentingan menerima pilihan mesra alam.
Tribesigns juga dikenali ramai dengan reka bentuk perabot yang istimewa dan elegan, kebanyakan model terbarunya adalah unik di pasaran dan tidak boleh ditemui di tempat lain dan anda tidak akan kecewa apabila anda memilih Tribesigns. Dengan lebih daripada 35 gudang luar negara, kapasiti penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembuatan yang kukuh, Tribesigns turut menawarkan perkhidmatan pesan hantar, OEM dan ODM untuk rakan niaga.
Untuk maklumat lanjut mengenai Tribesigns, sila kunjungi , , , , , , dan .