亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Guangxi Ganding Bahu dengan ASEAN Melangkah ke Era AI

china-asean-media.com
2025-02-25 02:41 10

VIENTIANE, Laos, 25 Februari 2025 /PRNewswire/ -- Ini laporan daripada china-asean-media.com.

On February 23, the signing ceremony for the China-Laos AI Innovation Cooperation Center was held in Vientiane.
On February 23, the signing ceremony for the China-Laos AI Innovation Cooperation Center was held in Vientiane.

Platform Kerjasama dan Inovasi AI China-ASEAN pertama—Pusat Kerjasama Inovasi AI China-Laos—ditandatangani secara rasmi di Vientiane.

Pada 23 Februari, majlis penandatanganan bagi Pusat Kerjasama Inovasi AI China-Laos telahpun diadakan di Vientiane. Ditubuhkan secara bersama oleh Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China dan Laos, pusat ini merupakan platform kerjasama AI pertama antara China dan ASEAN. Melalui pembangunan bersama pusat ini, kedua-dua pihak menyasarkan untuk meningkatkan keupayaan asas Laos secara sistematik dalam era AI, lantas memperkasakan pertumbuhan pelbagai industri. Majlis ini disaksikan oleh Chen Gang, Setiausaha Parti Jawatankuasa Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi CPC dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi dan Boviengkham Vongdara, Menteri Teknologi dan Komunikasi Laos. Chen Gang kini mengetuai delegasi dalam lawatan ke Laos.

Projek Pusat Kerjasama Inovasi AI China-Laos berkembang pantas bermula daripada rundingan kepada penandatanganan di bawah galakan kedua-dua pihak China dan Laos, mencerminkan konsensus yang kukuh dan pelaksanaan cekap kedua-dua negara dalam memajukan kerjasama AI. Pencapaian ini bukan sahaja menggariskan pendekatan pragmatik yang diambil oleh China dan Laos dalam merebut pembangunan AI tetapi turut berfungsi sebagai model komitmen kedua-dua pihak kepada Kenyataan Bersama ASEAN-China mengenai Memudahkan Kerjasama dalam Membina Ekosistem Digital Mampan dan Inklusif, seterusnya menetapkan penanda aras baharu untuk keterangkuman teknologi AI serantau dan kerjasama tadbir urus. Kerajaan Laos dan pelbagai sektor memberi pujian tinggi kepada projek ini dan mengucapkan terima kasih kepada China kerana menyokong strategi pembangunan AI Laos yang mengubah pelan tindakan industri AInya menjadi hasil yang ketara.

Di bawah rancangan inklusif AI yang dicadangkan oleh kerajaan China, Guangxi akan terus mengukuhkan kerjasama dengan negara-negara ASEAN, bermula dengan Pusat Kerjasama Inovasi AI China-Laos. Inisiatif ini bertujuan untuk memastikan AI memberi manfaat kepada umat manusia, menyumbang kepada kebajikan sosial serta membawa kesejahteraan yang lebih besar kepada semua insan.

 

Source: china-asean-media.com
Keywords: Publishing/Information Service