![]() |
BARCELONA, Sepanyol, 4 Mac 2025 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi bersepadu akan mengambil bahagian dalam MWC Barcelona 2025 mulai 3 hingga 6 Mac di bawah tema "Memangkinkan Inovasi Pintar". Melalui perkongsian bersama rakan kongsi industri, ZTE akan menggalakkan integrasi mendalam AI dan ketersambungan, mempercepat inovasi pintar dan membentuk masa depan yang amat cekap, pintar dan hijau bersama-sama.
Reruai ZTE terletak di 3F30, Dewan 3, Fira Gran Via, di mana syarikat ini akan mempamerkan penyelesaian inovatif yang mengintegrasikan ketersambungan dan AI merentas enam bidang tematik utama: Rangkaian Mudah Alih Ultra-Cekap, Dunia Seluruh-Optik, Nilai Diinspirasikan-AI, Enjin Kecerdasan, Masa Depan Tidak Terhingga dan Kehidupan Pintar.
Rangkaian Mudah Alih Ultra-Cekap & Rangkaian Seluruh-Optik: Pembinaan Semula Dwilandasan bagi Produktiviti Rangkaian
Dalam memenuhi keperluan rangkaian asas pengendali, ZTE akan mendemonstrasikan cara untuk memanfaatkan rangkaian mudah alih ultra-cekap generasi seterusnya dan rangkaian seluruh-optik untuk membina rangkaian asas yang moden dan kalis masa depan dengan kecekapan dan rendah emisi karbon.
Dalam bidang rangkaian mudah alih, ZTE terus menerajui inovasi UBR, melancarkan MIMO AAU Besar-besaran dwimod TDD+FDD dan AAU jalur ultra-lebar OBW 400M yang pertama dalam industri, mewujudkan tapak yang amat dipermudah, sangat cekap dan hijau. Dengan menyasarkan senario rangkaian dalaman dan pertanian, ZTE melancarkan beberapa penyelesaian baharu untuk mengupayakan liputan trafik yang komprehensif. Memfokuskan pada momentum baharu untuk pembangunan 5G-A, ZTE memacu inovasi dalam komunikasi satelit Udara ke Bumi (ATG) dan Rangkaian Bukan Terestrial (NTN) untuk membina Rangkaian Bersepadu Angkasa-Udara-Bumi (SAGIN) demi mencapai ketersambungan merata.
Dengan mengintegrasikan penderiaan dan komunikasi, ZTE memperkasakan ekonomi altitud rendah dan pengurusan air. Di samping itu, dengan pengenalan penyelesaian media baharu 5G-A, ZTE dapat meningkatkan pengalaman siaran langsung AR serba baharu.
Dalam bidang rangkaian seluruh-optik, ZTE komited untuk memajukan pembangunan rangkaian optik yang berkualiti tinggi. Untuk kediaman seluruh-optik, ZTE memacu pertumbuhan hasil melalui Wi-Fi 7, FTTR dan penyelesaian lain, mengurangkan kos operasi melalui alatan digital dan meningkatkan pembangunan latar dengan terminal pintar dipacu AI. Untuk bandar seluruh-optik, ZTE berkembang ke dalam senario pejabat, hotel dan kampus melalui ToB seluruh-optik, lalu meningkatkan ARPU pelanggan. Untuk infrastruktur seluruh-optik, ZTE melancarkan penyelesaian ODN pintar, OTN Jalur-Penuh dan IP AI-Dipertingkat untuk membina rangkaian asas yang amat dipermudah, sangat pantas dan sangat cekap.
Memandang ke arah evolusi masa depan, ZTE berdedikasi terhadap pembangunan bersepadu 5G-A dan 6G, mewujudkan rangkaian pintar teragih yang menggabungkan ketersambungan, penderiaan dan kecerdasan untuk menyokong dunia dipacu AI merata Internet Segala-galanya (Internet of Everything). Melalui inovasi teknologi yang utama dan pembangunan ekosistem perniagaan, ZTE menyasarkan untuk membina kedudukan tinggi yang baharu secara kolaboratif untuk perkhidmatan dipacu nilai.
Pengkomputeran Pintar Tindanan-Penuh + Inovasi Industri: Membina Kemakmuran Nilai Dipacu-AI Bersama-sama
ZTE meletakkan pengkomputeran pintar sebagai tumpuan teras jangka panjang oleh syarikat, menggalakkan integrasi antara ketersambungan dan inovasi AI dengan aktif. Ia melancarkan penyelesaian AI semua-dalam-satu, hujung-ke-hujung untuk menyokong pelanggan dalam transformasi digital mereka dan merebut peluang pasaran masa depan.
Semasa MWC Barcelona 2025, ZTE akan mempamerkan infrastruktur pengkomputeran pintar tindanan-penuhnya, termasuk pusat data yang disejukkan cecair, pelayan pengkomputeran pintar, pelayan pengkomputeran tujuan am, storan, suis berkelajuan tinggi dan unit latihan dan inferens bersepadu AiCube yang menyokong penggunaan versi penuh DeepSeek. Penyelesaian ini direka untuk memenuhi keperluan rangkaian pengkomputeran secara fleksibel bagi pusat data yang besar, pusat data pinggir dan penggunaan perusahaan bersepadu merentas pelbagai senario. Selain itu, ZTE akan memperkenalkan penyelesaian storan tenaga bersepadu pertama dalam industri, menggabungkan integrasi tenaga baharu berbilang senario dengan penjadualan tenaga pintar untuk meningkatkan kecekapan tenaga.
Di samping itu, ZTE memanfaatkan teknologi seperti penumpuan heterogen dan integrasi rangkaian-pengkomputeran untuk melancarkan satu siri penyelesaian, termasuk AIR RAN dan AIR Core bagi membina rangkaian natif-AI hujung-ke-hujung yang membantu pengendali membentuk semula model perniagaan mereka.
Memfokuskan pada inovasi industri, ZTE menawarkan penyelesaian aplikasi bersepadu AI tindanan penuh yang meliputi cip, perkakasan, perisian dan perkhidmatan integrasi. Dengan fokus untuk mencapai hasil aplikasi yang optimum, ZTE mengintegrasikan keupayaannya sendiri dengan sumber yang utama dalam industri untuk membantu pelanggan membina aplikasi AI yang paling berkesan kos. Digital Nebula 3.0 yang membawakan model besar Nebula, mengintegrasikan set alatan lengkap untuk latihan model, inferens dan pembangunan aplikasi. Ini membolehkan pelanggan industri memanfaatkan AI dengan cekap, cepat dan secara berkesan kos. Di Kilang Binjiang Nanjing, model besar industri Nebula mempercepat penjanaan dokumen proses sebanyak 10 kali ganda dan mengurangkan kos buruh pemeriksaan kualiti sebanyak 70%. Selain itu, ZTE memperkasakan aplikasi inovasi luaran dalam industri-industri seperti pembuatan, pengangkutan dan tenaga, lalu memacu pengewangan nilai AI.
Mewujudkan Ekosistem Pintar Senario-Penuh dengan Interaksi Dipacu-AI dan Rangkaian Penuh Peranti AI
Dengan mematuhi strategi produk "AI untuk Semua", ZTE terus meluaskan portfolio peranti berkuasa AInya yang lengkap dalam pelbagai bentuk. Dengan memberi kedudukan kepada telefon pintar AI sebagai pintu masuk utama, ZTE membina pengalaman interaksi berbilang mod baharu yang berpusatkan suara AI.
Dalam rangka kerja AI OS, ZTE mencapai integrasi peringkat sistem bagi keupayaan AI global peringkat tinggi. Seni bina berbilang mod menggabungkan LLM termaju dengan lancar seperti Google Gemini, ByteDance Doubao, DeepSeek, China Mobile Jiutian dan China Telecom Xingchen. ZTE bukan sahaja mempelopori penyepaduan DeepSeek-R1 berskala penuh (membawakan parameter 671B) dalam telefon pintar unggulan nubia Z70 Ultra, tetapi juga akan mengintegrasikan DeepSeek-R1 dan LLM peringkat tinggi lain secara berperingkat-peringkat dalam seluruh barisan produknya, menjadikan berbilang nilai AI boleh diakses oleh rangkaian pengguna yang lebih luas.
nubia akan memperkenalkan telefon pintar unggulan skrin penuh sebenar generasi akan datang yang pertama di dunia yang menampilkan keupayaan fotografi peneraju industri - nubia Z70 Ultra, bersama-sama dengan telefon pintar boleh lipat kompak yang bergaya - nubia Flip 2. Menerima konsep "Born to Win" ("Tercipta untuk Menang"), nubia terus memacu pembangunan telefon pintar permainannya untuk semua orang - siri nubia Neo 3. nubia akan memperkenalkan fon telinga AI pertamanya - nubia LiveFlip yang berinteraksi secara lancar dengan telefon pintar AI nubia melalui AI OS, lalu meningkatkan lagi pengalaman interaksi senario penuh berkuasa AI.
REDMAGIC, jenama gear profesional yang diiktiraf di peringkat global akan melancarkan produk utama permainan skrin penuh sebenar Wukong 1.5K yang pertama di dunia - siri REDMAGIC 10 Pro. Syarikat ini akan memperkenalkan buat julung kalinya komputer riba dan tablet permainan 3D tanpa cermin mata 4K pertamanya, serta pelbagai aksesori e-sukan, memperhalusi lagi ekosistem e-sukannya dan menawarkan sokongan profesional secara komprehensif untuk pemain.
Di samping itu, ZTE akan mempamerkan 5G+AI Cloud Pad 2-dalam-1 yang pertama di dunia bersama-sama dengan pelbagai peranti AI berbilang bentuk yang disesuaikan untuk pengguna di rumah di acara ini.
Semasa MWC Barcelona 2025, ZTE akan turut menganjurkan beberapa aktiviti utama di reruai pamerannya, termasuk Acara Pelancaran Produk Baharu Peranti ZTE "AI untuk Semua", Acara Pelancaran AIR DNA untuk Rangkaian Masa Depan dan pelbagai acara pelancaran pelanggan bersama, mempersembahkan satu siri produk inovatif kepada industri. Selain itu, ZTE akan mengambil bahagian dalam forum tematik utama yang dianjurkan oleh GSMA, di mana ia akan berkongsi pandangan terkini dan kajian kes mengenai topik-topik utama seperti evolusi rangkaian masa depan, peranan AI dalam membentuk semula rangkaian dan bagaimana rangkaian persendirian memperkasakan pelbagai industri. ZTE akan berkolaborasi dengan pengendali global, rakan kongsi industri dan pemimpin pemikiran untuk mempercepat inovasi pintar merentas industri.
Penumpuan antara teknologi AI dan ICT melenyapkan sempadan antara dunia fizikal dan digital, memulakan era baharu yang dipacu oleh inovasi pintar dan ketersambungan yang lancar. Mulai 3 hingga 6 Mac, sertai ZTE untuk menyaksikan pecutan kemajuan dan melangkah ke masa depan baharu kecerdasan digital.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi reruai ZTE (3F30, Dewan 3, Fira Gran Via) di MWC Barcelona 2025 atau terokai:
PERTANYAAN MEDIA:
ZTE Corporation
Komunikasi
Emel: ZTE.press..cn