SYDNEY, 12 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Meizu, melalui kolaborasi bersama Geely Auto mengadakan acara pelancaran produk di Sydney, Australia bagi memperkenalkan beberapa telefon pintar yang disesuaikan untuk pasaran luar negara dan pelbagai inovasi teknologi termasuk cermin mata pintar, jam tangan pintar, cincin pintar dan sebagainya.
Di MWC 2025, ekosistem teknologi pintar global Meizu yang dibina berasaskan tiga kategori teras iaitu telefon pintar, cermin mata pintar dan kereta pintar menjadi tumpuan. Di persidangan pelancaran kali ini, Meizu mempamerkan tiga model telefon pintarnya yang disesuaikan untuk pasaran luar negara dan Lucky 08 di Sydney bagi membawa lebih banyak pilihan kepada pengguna dan membolehkan pengguna daripada lingkungan yang berbeza menikmati pengalaman mudah yang dibawa oleh AI.
Dalam masa yang sama, sistem kokpit pintar Flyme Auto membuat kemasukan rasminya ke Australia dan New Zealand menerusi pelancaran Geely EX5 – SUV generasi seterusnya. Direka untuk mencapai kesamaan pintar melalui terminal silang, integrasi berbilang sektor dan nilai tinggi, Flyme Auto memperkukuh misi Geely untuk menghasilkan kereta premium pintar untuk semua. Data terkini mendedahkan bahawa jualan kenderaan berkuasa Flyme Auto meningkat sebanyak 100,361 buah kereta pada Februari sahaja, dengan jualan kumulatif model yang disokong oleh Flyme Auto melepasi 600,000 buah kereta. Di samping itu, Flyme Auto menduduki tempat pertama dalam pertumbuhan pengguna ekosistem baharu selama lima bulan berturut-turut. Ketika ini, Flyme Auto diakses oleh 22 model kereta Geely, LYNK & CO, Galaxy dan jenama-jenama lain. Ia merupakan salah satu sistem pengendalian kokpit pintar yang menyokong bilangan model kereta terbesar dan meliputi julat harga yang paling luas.
Cermin mata pintar StarV Air 2 dan StarV View dipamerkan di persidangan pelancaran ini. StarV Air 2, produk hangat yang menjadi agak popular di China baru-baru ini, dapat membantu pengguna melakukan pengambilan nota segera berkuasa AI, terjemahan masa nyata dan fungsi-fungsi lain dengan keupayaan AInya. Dalam senario pemakaian harian, StarV Air 2 juga boleh digunakan sebagai telepandu, skrin bacaan, skrin paparan navigasi dan sebagainya. Pintu masuk interaktifnya yang baharu membolehkan pengguna menikmati pengalaman lancar dan mudah yang dibawa oleh teknologi.
StarV View memfokuskan pada hiburan skrin besar. Dengan skrin besar 188-inci yang menyokong pelarasan miopia 0-600°, ia membawakan pengalaman hiburan yang imersif kepada pengguna pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja!
Cincin pintar StarV Ring 2 juga muncul di kawasan pameran persidangan pelancaran ini sebagai produk interaktif yang baharu. Selain daripada membantu pengguna memantau tidur, gula dalam darah, status kecergasan dan lain-lain, ia juga boleh digunakan untuk mengawal telefon pintar dan cermin mata pintar.
Sebagai jam tangan pintar pertama di dunia yang mengintegrasikan DeepSeek, MEIZU Watch 22 menunjukkan kekuatan yang hebat dalam interaksi suara dan panggilan model besar AI bagi membolehkan pengguna melengkapkan satu siri operasi pintar berkuasa AI seperti mengemukakan pertanyaan tentang data dan menulis kandungan dalam jam tangan tanpa mengeluarkan telefon pintar mereka. Dalam masa yang sama, sebagai anggota dalam ekosistem Flyme AIOS, MEIZU Watch 22 boleh dipadankan dengan cepat bersama telefon pintar dan kereta dalam ekosistem ini dan bertindak sebagai "kunci kereta". Kolaborasi yang cekap antara beberapa peranti memaksimumkan sepenuhnya kelebihan ekosistem Meizu dan membawakan pengalaman yang lebih pintar dan mudah kepada pengguna.
Sejak mengumumkan strategi ekosistem penuh global Flyme, Meizu mempercepat pengembangan luar negaranya. Pada masa ini, produk Meizu dijual di lebih 30 negara dan wilayah seperti Asia Pasifik, Amerika Latin, Timur Tengah, Asia Tengah serta Eropah dan kereta yang dilengkapi dengan Flyme Auto dieksport ke Timur Tengah, Eropah Timur, Asia Pasifik dan wilayah-wilayah lain. Ekosistem luar negaranya dengan integrasi sebenar antara individu, kereta dan rumah memperoleh suatu skala yang tertentu.
Meizu ialah jenama telefon pintar DreamSmart Group yang membawa produk-eko AI dalam tiga kategori produk iaitu telefon pintar, XR dan kereta pintar. Dengan kepakaran teknologi yang mendalam menerusi pelbagai industri, DreamSmart diiktiraf sebagai peneraju dalam ekosistem pintar.
Pada masa depan, Meizu akan mempercepat pengembangannya ke pasaran luar negara, meningkatkan pelaburan dan melancarkan lebih banyak produk serta perkhidmatan yang memenuhi keperluan pengguna tempatan, lalu mencipta pengalaman hidup yang lebih pintar, lebih mudah dan lebih baik untuk pengguna di serata dunia.