亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Aeson Power Pamer Teknologi Bateri Natrium Inovatif di EES Europe 2025

Aeson Power
2025-05-08 15:26 61

MUNICH, 8 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Bertempat di EES Europe 2025, salah satu acara yang terkemuka untuk industri storan tenaga, Aeson Power memperkenalkan buat julung kalinya produk natrium termasuk SIBPOM-4850 untuk telekomunikasi, SIBPOM-12100 untuk UPS, kabinet storan tenaga SIBPOM-125kWh untuk skala-C&I serta NaForce dan NaPulse untuk kereta penumpang.

Aeson Power & The Smarter E Europe
Aeson Power & The Smarter E Europe

Produk natrium Aeson Power menggunakan sel bateri teknologi polianionik NFPP. Produk ini menampilkan ciri keselamatan intrinsik (kapasiti boleh dipulihkan sepenuhnya selepas dinyahcas kepada sifar volt), rintangan suhu tinggi yang sangat baik (sel beroperasi secara normal pada 60 C), prestasi kadar terunggul, kecekapan cas-nyahcas yang tinggi (RTE mudah melebihi 95%) dan jangka hayat yang panjang (lebih 15,000 kitaran).

Bagi storan tenaga C&I, Aeson Power melancarkan kabinet storan tenaga SIBPOM-125kWh produk natrium dengan keselamatan, kecerdasan, julat suhu yang luas dan ketumpatan tenaga yang tinggi, serta telahpun lulus ujian pihak ketiga yang ketat berdasarkan piawaian bateri litium seperti IEC 62619 dan IEC 62933.

Bagi kenderaan, Aeson Power memperkenalkan dua siri bateri natrium-ion ─ NaForce mengikut piawaian Eropah (EU) dan NaPulse mengikut piawaian Jepun (JIS) ─ yang setiap satunya termasuk pilihan mula-henti dan pilihan permulaan serta menyediakan ciri permulaan segera pada suhu yang melampau, pengecasan pantas, reka bentuk ringan dan tempoh guna yang panjang, terutamanya bateri mula-henti yang mempunyai kapasiti kitaran mendalam sebanyak 180,000. Ia sesuai untuk kereta penumpang dan merupakan alternatif terbaik kepada bateri AGM dan MF.

Bersama-sama dengan produk natrium, Aeson Power juga mempamerkan produk storan tenaga bateri litium - kabinet storan tenaga C&I 261kWj dan sistem storan tenaga bekas 5MWj - yang diperakui mengikut piawaian IEC oleh TÜV SÜD dan French BV serta bateri asid plumbum dwikutub - siri TRE, TUS, TSS, THS - dengan kitaran PSoC yang sangat baik, prestasi pengengkol yang lebih baik dan output kuasa tinggi.

Pengurus besar Aeson Power Shirley Zhang menyatakan, "Bateri asid plumbum dwikutub kami bersifat unik di peringkat global dalam suhu rendah prestasi -40C, dengan penerimaan pasaran yang luas. Kini, bateri natrium-ion kami akan turut mencipta kejayaan. Keselamatan teknologi bateri natrium merupakan asas yang kritikal untuk aplikasi masa depan. Aeson Power akan terus memfokuskan sumber penyelidikan dan pembangunan (R&D) ke atas teknologi natrium."

Latar Belakang Aeson Power

Aeson Power ialah penyedia Australia yang dipercayai bagi penyelesaian tenaga andal, termasuk bateri yang terbukti dalam industri dan penyelesaian storan tenaga termaju. Aeson Power membina ekosistem inovasi yang mencakupi pemilihan bahan, reka bentuk sel dan penyepaduan sistem serta menjadi perintis bagi penyelesaian storan tenaga generasi akan datang. Kunjungi untuk maklumat lanjut.

Hubungan Media

Ivans Xu

Source: Aeson Power
Keywords: Auto Chemical Electrical Utilities Oil/Energy Utilities New products/services Trade show news