亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

CATL Umum Penyenaraian di HKEX Perkasakan Ekonomi Karbon Sifar Global

Contemporary Amperex Technology Co., Limited (CATL)
2025-05-21 09:40 62

HONG KONG, 21 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Hari ini, CATL mengumumkan penyenaraian di Papan Utama Bursa Saham Hong Kong (HKEX) di bawah kod saham 3750. Penawaran global ini terdiri daripada 135 juta saham sebelum opsyen greenshoe, pada harga HKD 263.00 setiap satu, menjadikan CATL sebagai syarikat saham-A pertama yang mendapat penyenaraian sekunder di Hong Kong dengan had harga untuk terbitan itu. HK IPO CATL mengambil masa hanya 128 hari daripada permulaan hingga siap, dengan diskaun sifar kepada harga penutup saham-A pada hari penetapan had harga. Pada hari pertama dagangannya, saham dibuka kukuh pada penampilan sulungnya, dengan harga buka sebanyak HKD 296 sesaham, mewakili peningkatan 12.55% daripada harga tawaran.

Penawaran ini menarik minat pelbagai pelabur dari 15 negara dan wilayah di peringkat global, termasuk dana kekayaan negara, modal industri, institusi jangka panjang, modal insurans dan dana berbilang strategi. Permintaan yang kukuh ini menunjukkan bukan sahaja keyakinan terhadap nilai jangka panjang CATL tetapi juga pengiktirafan potensi pasaran yang luas dan peluang komersial yang didorong oleh teknologi karbon sifar.

"CATL bukan sekadar pengilang komponen bateri; kami merupakan penyedia penyelesaian sistem dan komited untuk menjadi sebuah syarikat teknologi karbon sifar," kata Dr. Robin Zeng, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif CATL, di upacara penyenaraian hari ini. "Penyenaraian ini menandakan integrasi kami yang semakin mendalam ke dalam pasaran modal global dan menyaksikan pencapaian baharu dalam misi kami untuk memacu ekonomi karbon sifar global."

Sebagai usaha global untuk memerangi perubahan iklim, ekonomi karbon sifar berkembang daripada kemestian alam sekitar kepada enjin pertumbuhan ekonomi yang dinamik. Sebagai perintis dalam memajukan ekonomi karbon sifar, CATL mempercepat pembangunan masyarakat karbon sifar melalui inovasi tanpa henti dalam teknologi karbon sifar. Kemajuan ini merangkumi sektor-sektor utama yang berikut:

Pengangkutan Karbon Sifar: Bagi memenuhi sasaran emisi sifar bersih global, BloombergNEF meramalkan bahawa pelaburan tahunan dalam pengangkutan elektrik harus mencecah USD 3 trilion menjelang tahun 2030. Sistem pengangkutan global sedang menjalani penstrukturan semula yang radikal, dengan kenderaan tenaga baharu dan ekosistem silih bateri memasuki fasa pertumbuhan yang meledak. Sektor-sektor pengangkutan baru muncul, seperti ekonomi altitud rendah dan kapal elektrik, turut berkembang dengan pesat. CATL membina portfolio produk yang paling maju dan terpelbagai di dunia untuk bertindak balas terhadap revolusi pengangkutan global.

Dengan pemisahan kenderaan-ke-bateri dan pemiawaian bateri sebagai terasnya, CATL menerajui penyelesaian silih bateri yang inovatif, yang akan mencapai penumpuan e-mobiliti dan rangkaian tenaga serta mewujudkan ekosistem karbon sifar gelung tertutup dalam seluruh kitaran hayat bateri. Baru-baru ini CATL memperkenalkan blok silih bateri terpiawai dan penyelesaian silih casis senario penuh untuk trak tugas berat di Datong, Shanxi. Ini merupakan langkah yang kritikal ke arah mewujudkan rangkaian silih bateri trak tugas berat seluruh negara yang meliputi 80% daripada laluan logistik utama di China menjelang tahun 2030. Dalam sektor kenderaan penumpang, CATL menubuhkan "Choco-Swap Alliance" untuk menggunakan ekosistem silih bateri baharu.

Elektrik Karbon Sifar: BloombergNEF meramalkan bahawa menjelang tahun 2050, penggunaan elektrik tahunan global akan meningkat sebanyak 75%, dengan potensi pelaburan dalam tenaga boleh baharu melebihi USD 10 trilion dalam tempoh 25 tahun akan datang. Mewujudkan sistem kuasa karbon sifar memberikan cabaran dan juga peluang. Bagi menangani isu-isu biasa dengan grid semasa seperti kurangnya kebingkasan pembentukan grid, CATL menyalurkan sumber kepada teknologi grid karbon sifar, termasuk elektronik kuasa, sistem pengawalaturan fleksibel dan loji janakuasa maya, agar dapat merintis sistem kuasa karbon sifar baharu dan memberi manfaat kepada banyak isi rumah melalui teknologi karbon sifar.

Penyahkarbonan Industri Global: Pada masa kini, 195 negara dan wilayah telah menetapkan sasaran pengurangan emisi, lalu mendorong peralihan tenaga dan pembangunan mampan karbon sifar. International Energy Agency meramalkan bahawa bermula pada tahun 2030, pencapaian emisi sifar bersih akan memerlukan pelaburan global tahunan sebanyak USD 4.5 trilion. CATL menyasarkan agar semua kilang menjadi neutral karbon tahun ini dan membantu menyahkarbon industri-industri tradisional seperti keluli, simen dan bahan kimia. CATL sedang membangunkan penyelesaian karbon sifar bersepadu dan bekerjasama dengan rakan kongsi untuk membina pulau karbon sifar, taman perindustrian karbon sifar dan bandar demonstrasi karbon sifar.

Semasa memfokuskan pada ekonomi karbon sifar, CATL juga komited terhadap kepusingan tenaga. Pada bulan Jun, CATL akan mendedahkan butiran selanjutnya mengenai Komitmen Kepusingan Tenaga Global, menyatukan rakan kongsi rentas industri untuk bergabung tenaga dalam membina ekosistem ekonomi pusingan yang teguh.

Dalam dekad yang lalu, CATL melabur sebanyak lebih RMB 70 bilion (sekitar USD 10 bilion) dalam penyelidikan dan pembangunan manakala bilangan paten yang diberikan dan dipohon di peringkat global telah melebihi 43,000. CATL mengungguli senarai dari segi paten baharu selama lima tahun berturut-turut dalam industri ini. CATL menubuhkan enam pusat penyelidikan dan pembangunan global.

Peranan Hong Kong sebagai pusat kewangan antarabangsa menyediakan platform penting untuk menyokong kapasiti pengeluaran CATL yang semakin berkembang, rangkaian pembekal dan kumpulan bakat. Ia turut mendayakan kerjasama yang lebih pelbagai dengan rakan kongsi antarabangsa, satu langkah penting ke arah masa depan karbon sifar.

Pada masa depan, CATL akan tetap fokus dengan teguh pada inovasi sebagai kekuatan kompetitif terasnya, menumpukan perhatian untuk membangunkan teknologi karbon sifar dan menyokong pertumbuhan ekonomi karbon sifar global.

Latar Belakang CATL 

Contemporary Amperex Technology Co., Limited (CATL) ialah peneraju global bagi inovasi teknologi tenaga baharu, komited untuk menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan utama bagi aplikasi tenaga baharu di seluruh dunia.

Pada Jun 2018, syarikat ini tersenarai awam di Bursa Saham Shenzhen dengan kod saham 300750. Pada tahun 2024, volum penggunaan bateri EV CATL telah tersenarai di kedudukan No.1 di dunia selama lapan tahun berturut-turut dan ia tersenarai di kedudukan pertama dalam bahagian pasaran penghantaran bateri storan tenaga global selama empat tahun berturut-turut. CATL turut menikmati pengiktirafan yang luas oleh rakan kongsi EV dan storan tenaga global.

Komited untuk memberi sumbangan yang cemerlang kepada peralihan tenaga umat manusia, pada tahun 2023 CATL mengumumkan matlamat strategiknya untuk mencapai keneutralan karbon dalam operasi teras menjelang tahun 2025 dan dalam seluruh rantaian bekalan bateri menjelang tahun 2035.

 

Source: Contemporary Amperex Technology Co., Limited (CATL)
Related Stocks:
HongKong:3750 Shenzhen:300750 Shenzhen:300750.SZ
Keywords: Banking/Financial Service Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Utilities New products/services Offerings