BANGKOK, 28 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Unilever Food Solutions menganjurkan dengan jayanya ACARAFUTURE MENUS 2025 DI BANGKOK yang menghimpunkan lebih 330 jurumasak, usahawan dan pakar perkhidmatan makanan bagi meneroka masa depan santapan.
Menerusi tema "Serlahkan Citarasa Asia" ("Unleash the Taste of Asia"), acara ini menyoroti empat trend utama yang membentuk inovasi dalam industri restoran yang kian berkembang. Hadirin menumpukan perhatian terhadap idea-idea berpandangan jauh melalui pengalaman imersif, perbincangan panel dan demonstrasi masak-memasak secara langsung yang mentakrifkan semula erti santapan moden.
Trend Utama Membentuk Masa Depan Santapan
Inovasi Masak-memasak Bertembung dengan Strategi Dipacu Data
Selain daripada trend makanan, acara ini menekankan kuasa data dalam santapan moden. Usahawan Krittikul Chumkaew (After Yum) dan Rungsun Promprasith (QueQ Thailand) berkongsi pandangan berkenaan penggunaan data untuk mengoptimumkan operasi restoran dan meningkatkan pengalaman pelanggan.
Bahagian Akhir Masak-memasak Terinspirasi & Cerapan Industri
Future Menus 2025 mencapai kemuncaknya menerusi majlis makan malam empat hidangan menakjubkan yang dikurasikan oleh Cef Pam - Pichaya Soontornyanakij dan pasukan cefUnilever Food Solutions yang menyajikan hidangan yang diilhamkan oleh trend acara ini.
Mengimbau tentang impak acara ini, Kulnipa Lertpimonchai, Pengarah Urusan Unilever Food Solutions SEA Mainland, menyifatkan Future Menus 2025 sebagai lebih daripada sekadar sebuah wadah trend. Beliau menekankan kepentingannya sebagai platform yang melaluinya individu berwawasan boleh bertukar-tukar idea dan memacu kemajuan dalam industri perkhidmatan makanan.
Sementara itu, Angela Klute, Ketua Pegawai Pemasaran Global Unilever Food Solutions, menekankan tentang landskap industri ini yang semakin berkembang, tatkala Gen Z menerima personalisasi, citarasa Asia mendapat populariti global dan pengguna pula menginginkan kemewahan yang boleh dicapai. Beliau memperkukuh kedudukan Future Menus 2025 sebagai pemacu utama yang membantu jurumasak dan pengurus restoran mencapai penyesuaian dengan anjakan transformatif ini.
Menerusi kejayaannya yang hebat, Future Menus 2025 memantapkan kedudukannya sebagai acara penting yang memacu inovasi masak-memasak di Asia Tenggara, seterusnya mengukuhkan komitmen Unilever Food Solutions bagi membentuk industri ini melalui daya kreativiti dan idea yang berpandangan jauh.
Lihat Galeri: