亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

ZTE tandatangani perkongsian strategik dengan XLSMART tingkatkan ketersambungan digital dan bina infrastruktur rangkaian sedia mendepani masa depan

ZTE Corporation
2025-05-30 22:02 46
  • Komited menyediakan penyelesaian teknologi termaju, dengan tumpuan khusus diberikan terhadap infrastruktur tanpa wayar dan tenaga
  • Pengukuhan integrasi rangkaian XLSMART pascapenggabungan bagi meningkatkan ketersambungan, kelestarian dan pengalaman pelanggan

JAKARTA, Indonesia, 30 Mei 2025 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi bersepadu, mengumumkan pada hari ini berkenaan penandatanganan perjanjian perkongsian strategik bersama XLSMART, entiti yang baru ditubuhkan susulan penggabungan antara PT XL Axiata Tbk dan PT Smartfren Telecom Tbk.

ZTE and XLSMART sign a strategic partnership agreement
ZTE and XLSMART sign a strategic partnership agreement

Perjanjian ini yang bertujuan untuk memperkukuh infrastruktur digital Indonesia ditandatangani oleh Richard Liang, Presiden Pengarah ZTE Indonesia dan Shurish Subbramaniam, Pengarah & Ketua Pegawai Teknologi XLSMART.

Majlis penandatanganan perjanjian disaksikan oleh para eksekutif kanan daripada kedua-dua syarikat yang melibatkan Fang Rong, Pengerusi ZTE; Xiao Ming, Presiden ZTE Overseas; Mei Zhonghua, Presiden Rantau Asia Pasifik & CIS ZTE; Bai Yang, Ketua Pegawai Teknologi Rantau Asia & CIS ZTE; Musa Gan, Pengarah Jualan PT ZTE Indonesia; dan daripada XLSMART: Franky Oesman Widjaja, Pengerusi Sinar Mas Telecommunications and Technology; I Gede Darmayusa, Ketua Pegawai Integrasi Rangkaian; dan Sanjay Sachdeva, Ketua Pegawai Perolehan.

Melalui perkongsian ini, ZTE komited untuk menyediakan penyelesaian teknologi termaju yang menumpukan khususnya pada infrastruktur tanpa wayar dan tenaga bagi menyokong integrasi rangkaian yang dipercepat susulan penggabungan. Hal ini termasuk untuk membangunkan rangkaian 5G yang andal, melaksanakan penyelesaian cekap tenaga menggunakan teknologi hijau dan mengukuhkan ekosistem digital negara. Kolaborasi ini bukan sahaja akan meningkatkan kualiti perkhidmatan dan pengalaman pelanggan bahkan turut menyumbang kepada pecutan transformasi digital Indonesia, sejajar dengan visi kerajaan untuk mendorong pertumbuhan ekonomi digital dan memastikan ketersambungan yang saksama di seluruh negara.

ZTE komited untuk menyediakan sokongan penuh kepada XLSMART dalam usaha integrasi dan transformasi rangkaian tergabung yang bermatlamat untuk mencipta sebuah infrastruktur yang sedia mendepani masa depan dengan tahap kecekapan yang tinggi dan prestasi optimum. Sokongan ini melibatkan penyediaan rantaian bekalan andal dan penghantaran peralatan rangkaian yang pantas, pembangunan penyelesaian produk inovatif yang disesuaikan mengikut keperluan teknologi terkini selain kejuruteraan dan pelaksanaan yang dapat memastikan proses integrasi yang lancar dan stabil berserta pengalaman pengguna yang konsisten. Di samping itu, ZTE akan melaksanakan perancangan dan pengoptimuman rangkaian yang komprehensif demi memaksimumkan prestasi dan nilai pelaburan di setiap tapak.

PERTANYAAN MEDIA:
ZTE Corporation
Komunikasi
Emel: ZTE.press..cn 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 Shenzhen:000063 Shenzhen:000063.SZ
Keywords: Banking/Financial Service Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Contracts