SURABAYA, Indonesia, 14 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Pameran Antarabangsa EastFood (IIFEX) dan EastPack Surabaya 2025 dimulakan secara rasmi pada 12 Jun 2025, di Dewan Konvensyen Grand City di Surabaya dan akan berlangsung sehingga 15 Jun 2025. Pameran ini membawakan lebih 180 peserta pameran, termasuk 30 Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS). Sepanjang acara yang berlangsung selama empat hari ini, lebih daripada 20,000 pengunjung dijangka hadir dan meninjau peluang bagi jalinan kolaborasi, pembangunan perniagaan, inovasi dan pelaburan dalam sektor-sektor makanan dan pembungkusan.
Dalam ucapan pembukaannya, Daud D. Salim, Ketua Pegawai Eksekutif Krista Exhibitions, menyatakan bahawa "EastFood (IIFEX) dan EastPack Surabaya berfungsi bukan sahaja sebagai pameran untuk produk dan teknologi, tetapi juga sebagai platform yang strategik untuk menghubungkan pengusaha industri merentas sektor dan juga sempadan. Kami mereka bentuk pameran ini bagi tujuan memupuk kolaborasi yang bermakna, pertumbuhan perniagaan dan inovasi yang berterusan. Krista Exhibitions komited untuk menyokong pengusaha industri tempatan, termasuk PMKS Jawa Timur dalam meluaskan jangkauan pasaran mereka dan meningkatkan daya saing global mereka," kata Daud.
Pameran ini dipelbagaikan lagi dengan beberapa siri program yang menarik, termasuk demonstrasi memasak secara langsung oleh jurumasak-jurumasak ternama seperti Chef Bashiruddin & Chef Feina, Chef Rudy, Chef Heru, Chef Merry, Chef Risna & Chef Niken, Chef Dafi & Chef Tian, Chef Maolana, Chef Achen, Chef Andik, Chef Long, Chef Muto, Chef Forest dan Chef Lusia. Chef Secret Culinary Studio Workshop pula menyediakan platform pendidikan yang menggabungkan inovasi global dengan warisan masak-memasak tempatan. Dalam sesi "How to Win at Pastry – Culinary Competitions" ("Cara untuk Menang di Pertandingan Pastri – Masak-memasak"), para peserta mendapat pandangan langsung daripada jurumasak-jurumasak yang disanjung di peringkat antarabangsa mengenai strategi untuk mencapai kejayaan dalam pertandingan pastri.
Antara kemuncak masak-memasak ialah "Gelato Sushi" yang unik oleh Chef Caesar dan Chef Andy iaitu para pemenang Pingat Emas di Gelato Dessert Asia 2024, berserta "Kek Gulung Jepun" lembut yang dibuat tanpa pengemulsi dan "Kek Mousse Bika Ambon" elegan yang menggabungkan citarasa tradisional Indonesia dengan teknik-teknik kek mousse Perancis berseni. Salah satu ciri utama pameran ini ialah sesi Pemadanan Perniagaan yang direka untuk menghubungkan secara langsung pengusaha industri makanan, minuman dan pembungkusan dengan bakal pengedar, rakan kongsi strategik dan juga pelabur.
Pameran ini dibuka kepada golongan profesional industri dan juga orang awam, serta boleh dikunjungi setiap hari mulai 10:00 PAGI hingga 7:00 MALAM (WIB). Tiket masuk sedia dibeli di tapak pameran pada harga Rp 100,000 untuk akses empat hari penuh.