亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

SmartLabs dan IWG Mengumumkan Perkongsian Selama 10 Tahun untuk Menyampaikan Infrastruktur Makmal Terurus Sepenuhnya di Seluruh Dunia

SmartLabs
2025-06-17 19:00 48

Kerjasama pertama seumpamanya akan mengintegrasikan penyelesaian makmal siap guna SmartLabs merentasi portfolio global jenama ruang kerja fleksibel IWG

BOSTON dan ZUG, Switzerland, 17 Jun 2025 /PRNewswire / -- , penyedia penyelesaian infrastruktur dan penyumberan makmal fleksibel yang terkemuka dan International Workplace Group (), platform ruang kerja fleksibel dan hibrid terbesar di dunia bersama jenama termasuk Regus, Spaces, Signature dan HQ, pada hari ini mengumumkan perkongsian global selama 10 tahun bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk persekitaran makmal terurus sepenuhnya di hab sains hayat yang baharu muncul dan sudah bertapak.

Diumumkan semasa Konvensyen Antarabangsa BIO 2025 di Boston, kerjasama pertama seumpamanya ini akan mengintegrasikan penyelesaian makmal berprestasi tinggi SmartLabs ke dalam portfolio global jenama ruang kerja fleksibel IWG—menjadikan lebih mudah bagi inovator, institusi dan pelabur sains hayat untuk mewujudkan keupayaan R&D dalam pasaran baharu dan pasaran yang kurang mendapat perkhidmatan di seluruh dunia.

Melalui perkongsian ini, SmartLabs akan menyampaikan model makmal sebagai perkhidmatan yang menyeluruh—termasuk pemilihan tapak lokasi, reka bentuk makmal, pengurusan pembinaan, operasi harian dan sokongan saintifik yang berterusan kepada pengguna akhir—merentasi pelbagai geografi. Disesuaikan mengikut keperluan setiap ekosistem saintifik tempatan dan dijajarkan dengan keutamaan strategik rakan kongsi SmartLabs dan IWG, keupayaan ini akan memperkasa syarikat sains hayat dan teknologi baharu untuk mengakses persekitaran R&D bertaraf dunia yang fleksibel dan meningkatkan penyelidikan masing-masing dengan lancar di seluruh kitaran hayat inovasi.

"Banyak rantau di seluruh dunia kaya dengan bakat dan cita-cita saintifik tetapi kekurangan infrastruktur makmal canggih dan perkhidmatan sokongan yang diperlukan bagi memajukan penyelidikan," kata Brian Taylor, Ketua Pegawai Eksekutif SmartLabs. "Dengan menggabungkan kepakaran saintifik dan operasi kami bersama jangkauan antarabangsa IWG, kami kini boleh menyampaikan persekitaran R&D berprestasi tinggi terurus sepenuhnya terus ke pasaran yang kurang mendapat perkhidmatan di seluruh Eropah, Asia dan seterusnya. Sama ada syarikat bioteknologi peringkat awal, farmasi global, atau sains hayat dan teknologi lain, kami berada di sini untuk membantu syarikat berkenaan menumpukan masa dan sumber masing-masing kepada perkara yang paling penting—memacu sains ke hadapan, dengan lebih cepat."

Untuk SmartLabs, perjanjian ini mempercepat pengembangan global, menyampaikan penyelesaian makmal berinovatif syarikat dengan lebih pantas kepada saintis dan pasukan penyelidikan di tempat yang mereka paling diperlukan. Untuk IWG, ini menandakan kemasukan ke dalam hartanah boleh guna makmal—menawarkan peluang baharu bagi tuan tanah, pemaju dan rakan kongsi modal untuk mengakses sektor sains hayat dan teknologi yang berkembang pesat dengan penyelesaian siap guna yang terbukti, berisiko rendah.

"Kami telah melihat sejauh mana portfolio jenama ruang kerja fleksibel IWG membuka nilai yang besar untuk tuan tanah, pemaju dan ekosistem tempatan di seluruh dunia, menyediakan akses kepada platform terbesar di dunia untuk kerja yang beroperasi di lebih daripada 120 negara. Melalui perkongsian kami dengan SmartLabs, kami membawa model yang sama kepada dunia sains dan inovasi," kata Mark Dixon, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif IWG. "Tawaran baharu ini memberikan peluang yang hebat kepada rakan kongsi kami untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi persekitaran makmal khusus—tanpa kerumitan membina atau mengendalikannya sendiri. Bersama-sama, kami membolehkan penyampaian ruang sedia untuk penyelidikan yang lebih cepat dan lebih bijak dalam pasaran inovasi utama di seluruh dunia."

Pengumuman tersebut dibuat di tengah-tengah peningkatan permintaan global bagi ruang R&D dan tekanan yang semakin meningkat ke atas syarikat sains hayat dan teknologi untuk bergerak dengan pantas sambil menguruskan modal dengan lebih cekap. Platform SmartLabs terurus sepenuhnya membantu syarikat mengurangkan masa untuk kesediaan operasi, memperkemas operasi harian dan terus berikan tumpuan untuk memacu inovasi saintifik ke hadapan.

Maklumat Tentang SmartLabs
SmartLabs ditubuhkan pada tahun 2015 berdasarkan kepercayaan bahawa sains moden memerlukan infrastruktur penyumberan baharu yang boleh disesuaikan sebagai standard untuk industri kental masa depan dan mempercepat rentak kejayaan saintifik untuk semua orang, di mana-mana sahaja. Syarikat berkenaan menawarkan platform bersepadu pertama yang menggabungkan infrastruktur makmal fleksibel, operasi, penyelesaian digital dan kepakaran saintifik.

Pusat Penyelidikan Terurus syarikat membolehkan pelanggan mengakses infrastruktur R&D persendirian dengan gred perusahaan dan penyelesaian pembuatan "sebagai perkhidmatan" tanpa pelaburan modal pendahuluan, menyediakan penyelesaian menyeluruh yang holistik untuk syarikat teknologi dan sains hayat baharu merentasi semua peringkat kitaran hayat inovasi. Dengan ibu pejabat di Boston, SmartLabs memberikan perkhidmatan kepada pelbagai organisasi bioteknologi, farmasi dan teknologi baharu bersama model unik yang direka bentuk untuk membantu mendayakan masa depan industri.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi .

Maklumat Tentang International Workplace Group plc
International Workplace Group ialah peneraju global dalam penyelesaian kerja hibrid dan jenama ruang kerja. Kami mencipta nilai peribadi, kewangan dan strategik untuk perniagaan dalam setiap saiz. Daripada beberapa syarikat paling menarik dan organisasi terkenal di planet ini, kepada individu dan peneraju industri generasi akan datang. Kesemuanya memanfaatkan kuasa platform kerja hibrid International Workplace Group untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan, ketangkasan dan kehampiran pasaran masing-masing.

Liputan rangkaian International Workplace Group yang tiada tandingannya ini merangkumi lebih daripada 4,000 lokasi di lebih 120 negara dan 83% daripada syarikat Fortune 500 ialah antara pangkalan pelanggan kami yang semakin pesat berkembang.

Melalui jenama kami termasuk Regus, Spaces, HQ dan Signature, kami membantu jutaan orang ramai dan perniagaan mereka berusaha dengan lebih produktif. Kami berbuat demikian dengan menyediakan platform kerja hibrid terkemuka di dunia bersama ruang kerja profesional, memberikan inspirasi dan kerjasama, serta perkhidmatan digital yang kesemuanya tersedia melalui aplikasi International Workplace Group.

Kunjungi  dan untuk maklumat lanjut mengenai perkongsian dengan International Workplace Group, lihat: .

Logo -

Logo -

Source: SmartLabs
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Workforce Management/Human Resources Corporate Expansion Joint ventures Licensing/marketing agreements New products/services