亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

ANGEL Anjur Pelancaran Strategik Indonesia, Umum Pelbagai Perkongsian Penulenan Air Komersial

Angel Drinking Water Industrial Group
2025-06-18 12:39 6

JAKARTA, Indonesia, 18 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Peneraju bagi teknologi penulenan air global ANGEL menganjurkan acara Pelancaran Strategik Indonesia secara besar-besaran di Jakarta yang menandakan kemasukannya secara rasmi ke pasaran Indonesia. Acara yang penting ini menarik hampir 260 tetamu yang sangat dihormati daripada kerajaan, perniagaan, rakan kongsi industri dan juga media. Pelancaran ini menyaksikan satu lembaran baharu dalam pengembangan ANGEL ke negara kepulauan ini yang didorong oleh visinya untuk membina sebuah industri berfokuskan kesihatan yang diterajui oleh inovasi.

Kong Na, Pengerusi dan Presiden ANGEL Group, menekankan komitmen syarikat ini terhadap misinya untuk "mewujudkan kehidupan yang sihat dan indah." Sebagai penginovasi Cina yang terkemuka bagi penulenan air, ANGEL membawakan teknologi canggih—termasuk membran Osmosis Songsang yang tahan lama, teknologi pensterilan APCM dan Pam Diafragma Ultra-Senyap—bagi menawarkan penyelesaian penulenan air yang lebih selamat, lebih pintar dan lebih cekap kepada agensi kerajaan Indonesia, pejabat komersial, kemudahan pendidikan dan penjagaan kesihatan, serta sektor makanan & minuman, melalui produk berprestasi tinggi dan juga perkhidmatan setempat.

Annie Guo, Naib Pengurus Besar bagi Perniagaan Luar Negara ANGEL memperkenalkan satu siri penyelesaian penulenan air berbilang senario yang disesuaikan untuk pelbagai keperluan komersial. Beliau berkata, "Kami bekerjasama dengan rakan kongsi tempatan bagi memperkasakan pelanggan komersial di Indonesia secara komprehensif dan mencipta secara bersama masa depan air yang lebih bersih."

ANGEL sudahpun mewujudkan rangkaian perkhidmatan yang mencakupi lebih 40 bandar di Indonesia bagi menawarkan perkhidmatan pemasangan, ujian air dan sokongan selepas jualan. En. Sudjadi Sudjianto, Ketua Pegawai Eksekutif SEGAIR—rakan kongsi komersial utama ANGEL di Indonesia—mengulas bahawa ANGEL menunjukkan keupayaan sistemisasi yang kukuh dalam bidang-bidang seperti kecekapan tenaga dan reka bentuk modular yang dapat memenuhi dengan sempurna kehendak Indonesia yang semakin meningkat terhadap penyelesaian penulenan air dalam berbilang senario.

ANGEL turut mengumumkan satu perkongsian strategik bersama rangkaian kopi Asia Tenggara yang terkemuka iaitu TOMORO COFFEE. Kesemua kedai TOMORO COFFEE di Indonesia akan mempunyai sistem penulenan air ANGEL dan kedua-dua syarikat berkolaborasi berhubung penyelesaian pengoptimuman air tersuai. Ketua Pegawai Eksekutif TOMORO COFFEE Lulu Yang menyatakan bahawa, "Bersama-sama ANGEL, setiap cawan kopi dibancuh dengan air yang bersih, selamat dan stabil."

ANGEL memperkenalkan selanjutnya mengenai rancangannya untuk menjalin perkongsian dalam tempoh jangka panjang bersama pelbagai pengedar dan universiti tempatan di Indonesia.

Memandang ke hadapan, ANGEL akan terus memanfaatkan kekuatan produknya dan strategi dipacu pasaran bagi membangunkan penyelesaian yang kompetitif dan mampan, seterusnya menyumbang kepada penaiktarafan sistem air Indonesia. Dengan ini, ANGEL bermatlamat untuk membawakan teknologi penulenan air gred aeroangkasa kepada lebih ramai pengguna Indonesia.

Source: Angel Drinking Water Industrial Group
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Utilities Water Utilities New products/services