亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

HTHK dan Huawei Tandatangani MoU Strategik bagi Penggunaan Infrastruktur Pintar Natif-awan

Huawei
2025-06-20 09:49 36

Memanfaatkan AI bagi mempercepat transformasi rangkaian dan meningkatkan pengalaman pengguna

SHANGHAI, 20 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 18 Jun 2025, Hutchison Telecommunications (Hong Kong) Limited (HTHK) dan Huawei International Company Limited (Huawei Hong Kong) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang strategik berkaitan penggunaan infrastruktur pintar natif-awan di Kongres Dunia Mudah Alih 2025 di Shanghai. MOU ini memfokuskan untuk meningkatkan operasi dan pengurusan rangkaian melalui kecerdasan buatan (AI) dan data raya melalui transformasi awan, meningkatkan kecekapan rangkaian keseluruhan serta menyediakan perkhidmatan telekomunikasi yang lebih lancar dan lebih andal kepada pelanggan.

Mengikut MoU ini, HTHK akan mengguna pakai platform awan hibrid Huawei sebagai persediaan untuk menggunakan seni bina rangkaian natif-AI dalam masa terdekat. Platform ini akan meningkatkan keupayaan HTHK merentas rangkaian tanpa wayar dan rangkaian teras – seterusnya memperkukuh inovasi produk, operasi rangkaian dan pemprosesan data raya – yang akhirnya dapat memacu penambahbaikan yang besar dari segi kecekapan perkhidmatan dan pengalaman pengguna.

Kenny Koo, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Hutchison Telecommunications Hong Kong Holdings Limited, berkata: "Sebagai perintis dalam transformasi digital, kami komited untuk memacu inovasi industri. Susulan kolaborasi pada tahun lalu yang berjaya bersama Huawei untuk memajukan rangkaian 5.5G hijau, inisiatif pada hari ini berkaitan transformasi awan menyaksikan satu peralihan yang ketara ke arah menjadi rangkaian dikuasakan AI. Langkah ini akan membolehkan kami menyediakan penyelesaian yang lebih pintar dan lebih cekap bagi mentakrifkan semula pengalaman pelanggan dan mendorong selanjutnya penerimagunaan 5G. Dengan membenamkan keupayaan AI dan awan dalam infrastruktur teras kami, kami meletakkan asas yang kukuh bagi menjadi sebuah syarikat telekomunikasi dalam era AI."

Taylor Wu, Pengarah Jualan Penyelesaian HCS Huawei, berkata: "Kami berbesar hati untuk mempererat kolaborasi kami bersama HTHK untuk mempromosikan operasi rangkaian dikuasakan AI yang memacu kecekapan operasi dan juga inovasi perkhidmatan. Menerusi kepakaran selama lebih 30 tahun dalam sektor ICT, Huawei akan terus menunjukkan keupayaan senario penuh kami dalam sambungan pintar, penyelesaian awan-rangkaian dan penyelesaian tenaga hijau. Seiring bersama HTHK, kami memulakan lembaran baharu dalam transformasi awan rangkaian, seterusnya meletakkan asas untuk rangkaian pintar generasi akan datang dan mendorong Hong Kong ke arah visinya menuju masa depan yang lebih pintar dan lebih terhubung."

Menyerlahkan kekuatan rangkaian pintar natif-awan

Integrasi kecerdasan buatan ke dalam transformasi rangkaian bukan sahaja dapat memacu operasi perniagaan yang dipertingkat bahkan turut meningkatkan pengalaman pelanggan dengan ketara. Melangkah ke hadapan, rangkaian dikuasakan AI akan berupaya meramalkan permintaan trafik pengguna secara serta-merta, mendemonstrasikan kekuatan semasa konsert trafik tinggi dan acara mega yang diadakan di kawasan tertutup di pusat beli-belah atau di tempat luar.

Penandatanganan MoU ini turut meletakkan asas yang kukuh bagi kolaborasi dipacu AI pada masa akan datang antara kedua-dua pihak. Susulan transformasi rangkaian, infrastruktur yang dinaik taraf ini akan menyokong serangkaian ciri termaju, termasuk pengesanan automatik lebih 30 jenis anomali dan senario yang berisiko tinggi. Ia mendayakan ujian tegasan rangkaian yang proaktif sebelum tempoh puncak seperti hari cuti, acara utama dan perlawanan sukan, demi memastikan prestasi yang mantap dalam keadaan permintaan yang tinggi. Selain itu, rangkaian ini akan menyediakan perlindungan yang sangat andal untuk senario kritikal, termasuk tindak balas kecemasan, sistem perkhidmatan awam dan penghantaran data perubatan. Dilengkapi dengan keupayaan ramalan dikuasakan AI, rangkaian yang dinaik taraf ini juga akan meningkatkan kebingkasan bandar dan kecekapan pemulihan sekiranya berlaku cuaca melampau, adanya acara mega atau kejadian tidak diduga.

Memandang ke hadapan, HTHK dan Huawei akan terus meneroka aplikasi inovatif yang mengintegrasikan AI, 5G dan teknologi awan bagi mempercepat penerimagunaan teknologi termaju di Hong Kong. Dengan memanfaatkan perkhidmatan rangkaian dikuasakan AI, kedua-dua syarikat bermatlamat untuk menyediakan perkhidmatan komunikasi mudah alih yang teguh, selamat dan berprestasi tinggi kepada pelanggan dan perusahaan dalam pelbagai industri.

 

 

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics