亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Yili Raih Empat Anugerah Inovasi Tenusu Dunia di Kongres Tenusu Global ke-18

Yili Group
2025-06-23 23:03 47

AMSTERDAM, 23 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 18–19 Jun, Kongres Tenusu Global 2025 telahpun diadakan di Amsterdam. Di forum ini, Dr. Ignatius Szeto, Penolong Presiden Yili Group, menyampaikan ucaptama yang bertajuk "Berinovasi demi masa depan lestari" dan berkongsi amalan inovatif Yili yang terkini.

Yili Secures Four World Dairy Innovation Awards at the 18th Global Dairy Congress
Yili Secures Four World Dairy Innovation Awards at the 18th Global Dairy Congress

Pada hari pembukaan, pihak penganjur mengumumkan para pemenang bagi Anugerah Inovasi Tenusu Dunia 2025. Yili memperoleh empat Anugerah Inovasi Tenusu Dunia dan enam Anugerah terpuji. Yili terutamanya memenangi Anugerah Inovasi Tenusu Dunia selama enam tahun berturut-turut.

Dr Carolien van Loo, Ketua bagi Yili Innovation Center Europe, menghadiri forum meja bulat berhubung pemakanan ibu dan bayi serta penyelidikan susu ibu. Pelbagai produk utama daripada jenama susu rumusan bayi terkemuka Yili, Pro-Kido, diperkenalkan sebagai produk yang dikhususkan secara rasmi oleh Kongres ini.

Di Industry Leadership Forum(Forum Kepimpinan Industri), Dr. Ignatius Szeto memperkenalkan secara sistematik amalan inovasi global Yili berhubung inovasi produk, pemakanan ibu dan bayi, pemprosesan tenusu termaju dan pembangunan mampan. Beliau menekankan bahawa: "Inovasi merupakan daya penggerak di sebalik kemakmuran industri tenusu yang berterusan. Tetap berpusatkan pengguna, Yili menumpukan perhatian kepada penyelidikan pemakanan dan kesihatan merentas kitaran hayat penuh, terus mencipta kemajuan teknologi teras dan mempercepat pengkomersialan hasil penyelidikan asas—yang kesemuanya menyumbang kepada kemajuan dalam sektor tenusu global."

Semasa forum meja bulat yang bertemakan "Inovasi dalam Merintis Masa Depan Baharu demi Kesihatan Ibu dan Bayi Global", Dr. Ignatius Szeto dan Dr. Carolien van Loo terlibat dalam perbincangan yang mendalam bersama pakar-pakar termasuk Jean-Christophe Kremer, Setiausaha Agung International Special Dietary Foods Industries dan Richard Hall, Kursi bagi FoodBev Media. Perbincangan ini memfokuskan pada penyelidikan terhadap susu ibu serta pemakanan ibu dan bayi. Dr Carolien van Loo menekankan bahawa Yili Innovation Center Europe, dengan kerjasama institusi-institusi seperti Wageningen University dan Donders Institute for Brain, Cognition and Behaviour menjalankan penyelidikan perintis ke atas HMO. Penemuan rintis mereka menunjukkan manfaat kesihatan HMO dalam meningkatkan imuniti, melindungi fungsi penghalang usus, mencegah lekatan patogen dan menggalakkan perkembangan kognitif.

Anugerah Inovasi Tenusu Dunia tahunan telahpun diumumkan di acara ini. Pada tahun ini, Yili Group meraih empat anugerah untuk produknya yang berkualiti tinggi dan prestasi yang cemerlang dalam inovasi. Zhenlao Light Cream daripada Yijiahao Cheese memenangi anugerah Produk Artisan Terbaik, Joyday Crunchy Choco Lava dianugerahkan sebagai Ais Krim Terbaik, teknologi laktosa-kepada-GOS berbilang enzim berpaten daripada Yili: Boosting Gut Health in Qinghuo Adult Milk Powder memenangi anugerah Inovasi Mesra-Intolerans Terbaik, sementara Satine Carbon-Reduced Organic Milk memenangi anugerah Inisiatif CSR/Kelestarian Terbaik.

Tetap berpegang teguh pada falsafahnya iaitu "Tiada Inovasi, Tiada Masa Depan," Yili tekal meningkatkan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunannya (R&D) bagi menyediakan penyelesaian pemakanan yang komprehensif untuk pengguna merentas kitaran hayat penuh. Setakat ini, Yili telahpun menubuhkan 15 pusat inovasi di seluruh Asia, Eropah dan Oceania.

Melangkah ke hadapan, Yili akan terus menjajarkan strateginya dengan keperluan pengguna, memacu pertumbuhan melalui inovasi teknologi dan memupuk perkongsian global bagi menyampaikan nilai kesihatan yang dipertingkat untuk pengguna di seluruh dunia yang bermatlamat untuk mendayakan kemakmuran industri tenusu yang berterusan.

 

 

Source: Yili Group
Related Stocks:
Shanghai:600887 Shanghai:600887.SS
Keywords: Beverages Food/Beverages Health Care/Hospital Non-Alcoholic Beverages Awards