亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Sinopec Lancar Projek PV Luar Pesisir Terapung Pertama China, Majukan Inovasi Tenaga Hijau

SINOPEC
2025-07-05 11:58 4

QINGDAO, China, 5 Julai 2025 /PRNewswire/ --  (HKG: 0386, "Sinopec"), berganding bahu bersama Wilayah Shandong dan Perbandaran Qingdao, memulakan operasi projek fotovolta luar pesisir (PV) terapung komersial pertama China dengan jayanya dalam persekitaran air laut penuh. Berintegrasi dengan projek PV terapung berasaskan cerucuk yang dilancarkan sebelum ini, ia merupakan stesen janakuasa PV terapung yang terbesar oleh Sinopec.

Sinopec Brings China’s First Floating Offshore Photovoltaic Project into Operation.
Sinopec Brings China’s First Floating Offshore Photovoltaic Project into Operation.

Projek ini dijangka akan menjana 16.7 juta kilowatt-jam elektrik hijau setiap tahun dan mengurangkan emisi karbon sebanyak 14,000 tan. Berfungsi sebagai inisiatif perintis, ia bertujuan untuk menggalakkan projek-projek fotovolta terapung di kawasan pantai dan laut cetek dalam persekitaran air laut penuh.

Terletak di kawasan air yang bersambung dengan laut, PV terapung menggunakan permukaan air laut untuk mengoptimumkan kecekapan ruang. Meliputi keluasan kira-kira 60,000 meter persegi dengan kapasiti terpasang 7.5 megawatt, stesen ini mempunyai reka bentuk emisi sifar, berkecekapan tinggi, berkos rendah. Struktur inovatifnya membolehkan panel fotovolta bersegerak dengan ketinggian pasang surut, mengurangkan jarak antara panel dan permukaan air kepada kira-kira satu persepuluh daripada struktur berasaskan cerucuk tradisional. Reka bentuk ini mengoptimumkan pendinginan air laut, lalu meningkatkan kecekapan penjanaan kuasa sebanyak 5-8% melalui kesan pendinginan.

Sinopec mengatasi cabaran mengaplikasikan teknologi PV dalam persekitaran air laut melalui tiga inovasi utama:

  • Reka Bentuk Tahan Lama: Pelampung dan penatang direkayasa khas tahan kakisan kabus garam dan pertumbuhan teritip.
  • Sistem Penambat Teguh: Sistem penambat bawah air yang direka untuk menahan kelajuan angin sehingga tahap 13 dan menampung variasi pasang surut 3.5 meter, mengurangkan kos pelaburan sebanyak kira-kira 10% berbanding sistem PV berasaskan cerucuk tradisional.
  • Kebolehcapaian Penyelenggaraan Dipertingkat: Laluan pemeriksaan yang diperkemas untuk panel dan kabel PV yang diletakkan berhampiran dengan permukaan air, meningkatkan tahap keselamatan dengan ketara serta mengurangkan kos kendalian dan penyelenggaraan berbanding sistem konvensional.

Sebelum ini, Sinopec menubuhkan stesen pengisian semula hidrogen "neutral-karbon" pertama negara ini dan juga projek pengeluaran hidrogen air laut berskala industri yang pertama. Kini sudahpun beroperasi, Projek ini berfungsi sebagai pautan yang paling kritikal dalam rantaian industri tenaga baharu syarikat ini bagi membentuk model pengeluaran hidrogen hijau dengan elektrik hijau janaan PV. Melangkah ke hadapan, Sinopec akan meluaskan lagi dan membina projek PV terapung 23-megawatt bagi memperkukuh kapasiti bekalan tenaga baharu.

Source: SINOPEC
Related Stocks:
HKG:0386 HongKong:0386
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities