亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Seegene Lancar STAgora?, Platform Baharu untuk Analitis Penyakit Berjangkit

Seegene Inc.
2025-07-07 09:00 39
  • Analitis masa nyata yang memperkasakan pembuatan keputusan klinikal dan kesiapsiagaan pandemik
  • Pelancaran global di ADLM 2025 Chicago bagi memulakan perkongsian perniagaan
  • Dikuasakan oleh AI dan PCR sindromik bagi mengupayakan pengesanan awal dan cerapan prediktif

SEOUL, Korea Selatan, 7 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Seegene Inc., peneraju global bagi penyelesaian diagnostik molekul (MDx), mengumumkan pada hari ini pelancaran STAgora?, iaitu platform generasi akan datang untuk analitis penyakit berjangkit. Direka sebagai sistem kecerdasan penyakit berjangkit masa nyata, platform ini menggabungkan data diagnostik dengan pemodelan statistik termaju dan bertujuan untuk mentakrifkan semula cara dunia mengesan, menjejaki dan bertindak balas kepada wabak.

STAgora? visualizes real-time outbreak data across regions, enabling rapid situational awareness
STAgora? visualizes real-time outbreak data across regions, enabling rapid situational awareness

STAgora? menyediakan visualisasi global masa nyata tentang trend penyakit berjangkit di peringkat perbandaran, kebangsaan dan benua, berdasarkan keputusan ujian diagnostik sebenar. Platform ini memberikan kepada golongan profesional penjagaan kesihatan dengan laporan diagnostik berstruktur secara serta-merta dan analisis statistik dalam format yang jelas dan boleh diambil tindakan. Kesemua ini disokong oleh papan pemuka yang boleh disesuaikan dan fungsi amaran masa nyata.

Selain daripada menjejaki kes individu, STAgora? membolehkan pengguna memantau wabak merentas wilayah-wilayah terpilih, baik di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Keupayaan ini memberikan kebolehlihatan masa nyata terhadap penularan penyakit, meningkatkan kesedaran situasi dan menyokong tindak balas kesihatan awam dipacu data yang tepat pada masanya. Dengan melengkapi pihak berkuasa kesihatan negara dan global dengan cerapan epidemiologi masa nyata, platform ini dijangka dapat mengukuhkan pembuatan keputusan dan menyokong pembangunan strategi tindak balas yang berkesan bagi mengurangkan wabak penyakit berjangkit berskala besar.

STAgora? visualizes real-time outbreak data across regions, enabling rapid situational awareness
STAgora? visualizes real-time outbreak data across regions, enabling rapid situational awareness

Dengan lebih daripada 40 alat statistik terbina dalam, STAgora? mengupayakan pengesanan awal berkaitan corak patogen yang tidak normal dan menyokong pemodelan prediktif untuk trend bermusim dan juga wabak baru muncul. Alat-alat ini termasuk modul-modul untuk mengesan jangkitan individu, menganalisis jangkitan bersama berasaskan gejala dan menghitung trend kadar jangkitan pada masa nyata. Alat-alat ini bersama-sama membantu mengubah data statik menjadi kecerdasan berpandangan jauh yang dapat membimbing intervensi yang proaktif.

Tidak seperti sistem pemantauan wabak lazim yang bergantung pada data retrospektif, STAgora? menjalankan analisis masa nyata terhadap diagnostik janaan PCR. Ini membolehkan kebolehlihatan segera terhadap penyebaran patogen dan, melalui algoritma berasaskan AI, dapat meramalkan wabak yang mungkin terjadi pada masa depan.

"Pembeza utama STAgora? ialah seni binanya yang unik, yang mengagregatkan data diagnostik masa nyata dari seluruh dunia ke dalam platform analisis disatukan," kata Young-Seag Baeg, ketua perancangan strategik di Seegene.

Apabila digandingkan dengan teknologi PCR kuantitatif sindromik proprietari daripada Seegene, STAgora? menawarkan kebolehlihatan yang diperluas terhadap jangkitan patogen tunggal dan juga jangkitan bersama berbilang patogen secara serentak. Cerapan diagnostik yang komprehensif ini memperkasakan para doktor untuk membuat keputusan yang lebih cepat dan lebih termaklum di tempat penjagaan.

"Semasa berlakunya pandemik COVID-19, kami melihat sendiri betapa pentingnya interpretasi data diagnostik yang jitu dan tepat pada masanya dalam membentuk dasar kesihatan awam serta hasil klinikal," kata Daniel Shin, naib presiden eksekutif dan ketua pegawai jualan dan pemasaran global di Seegene. "Kini, tatkala kami menghadapi ancaman yang semakin rumit seperti rintangan antimikrob, mutasi virus dan jangkitan bersama, keupayaan untuk memberikan pandangan yang boleh diambil tindakan daripada data diagnostik menjadi asas inovasi klinikal serta tonggak penting dalam aspek keselamatan kesihatan global."

Seegene memperkenalkan buat julung kalinya STAgora? secara rasmi di mesyuarat tahunan Association for Diagnostics & Laboratory Medicine (ADLM) 2025 yang berlangsung pada 27 hingga 31 Julai di Chicago, Amerika Syarikat. Acara berkenaan akan mengetengahkan keupayaan utama platform ini, termasuk integrasinya dengan CURECA?, iaitu sistem PCR Seegene tanpa manusia yang automatik sepenuhnya. ADLM 2025 juga akan berperanan sebagai landas pelancaran untuk Seegene meneroka peluang kolaborasi dan perkongsian global bersama peneraju penjagaan kesihatan dan juga pelanggan.

Menerusi pelancaran STAgora?, Seegene menyasarkan untuk meletakkan asas demi sistem pertahanan kesihatan global yang lebih pintar, lebih pantas dan lebih berhubung. Dengan menggabungkan diagnostik molekul masa nyata, analitis dipacu AI dan integrasi data global, STAgora? menunjukkan langkah yang strategik ke arah membina sebuah infrastruktur kesihatan awam pintar yang berupaya untuk bertindak balas secara proaktif terhadap ancaman baru muncul. Syarikat ini membayangkan platform ini menjadi tonggak teras bagi kerangka tindak balas penyakit berjangkit global yang menyaksikan langkah yang baharu menuju cerapan diagnostik dan kesiapsiagaan yang dipertingkat.

Latar Belakang Seegene

Seegene mempunyai pengalaman yang berdedikasi selama lebih daripada 20 tahun dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan dan perniagaan yang berkaitan dengan teknologi PCR masa nyata sindromik. Kepakaran ini diketengahkan terutamanya semasa pandemik COVID-19 apabila Seegene menyediakan lebih 340 juta ujian COVID-19 kepada lebih 100 negara di seluruh dunia. Ciri teras teknologi PCR masa nyata sindromik Seegene ini ialah keupayaan untuk menguji 14 patogen secara serentak yang mengakibatkan tanda dan gejala yang serupa dalam satu tiub dengan maklumat kuantitatif.

Latar Belakang CURECA?

CURECA? (Continuous, Unlimited, Random-access, Expandable and Customizable Automation) ialah sistem PCR modular dan automatik sepenuhnya yang menghapuskan proses manual dan mengupayakan ujian pada masa nyata yang berterusan. Ia merupakan platform disatukan yang direka untuk beroperasi secara terus-menerus, 24 jam sehari, tanpa campur tangan manusia. Ciri teras utamanya ialah CPS yang merupakan bahagian pertama CURECA?, sistem prarawatan automatik pertama di dunia yang berupaya mengendalikan spektrum penuh jenis spesimen, termasuk darah, tinja, kahak dan air kencing. Direka untuk menyokong makmal terpusat dan ternyahpusat, CURECA menawarkan automasi boleh skala dan penerimagunaan yang fleksibel—lalu menjadikannya berharga terutamanya dalam persekitaran dengan ruang atau kakitangan yang terhad.

Kunjungi: dan ikuti

Source: Seegene Inc.
Related Stocks:
Korea:096530 Korea:096530.KQ
Keywords: Biotechnology Computer/Electronics Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals New products/services Data Analytics