亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Radisson Hotel Group buka Radisson Hotel Don Mueang Bangkok, perkukuh jejaknya di ibu negara Thailand.

Radisson Hotel Group
2025-07-09 16:45 8

BRUSSELS dan BANGKOK, 8 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Radisson Hotel Group dengan bangganya mengumumkan pembukaan Radisson Hotel Don Mueang Bangkok, tambahan baharu kepada portfolionya yang kian berkembang di Thailand. Terletak betul-betul hanya beberapa minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang, hotel 89-kunci ini menawarkan tempat mencari ketenangan kontemporari untuk pengembara yang menginginkan keselesaan, kemudahan serta hubungan budaya.

Radisson Hotel Don Mueang Bangkok_exterior
Radisson Hotel Don Mueang Bangkok_exterior

Apabila keselesaan bertemu karakter
  menggabungkan keanggunan moden dengan penghargaan yang mendalam terhadap reka bentuk tempatan dan penceritaan. Hartanah ini menggambarkan kontras bandar yang meriah melalui seni bina minimalis dan butiran artistik yang mewujudkan tempat berlindung yang damai di tengah-tengah daerah Don Mueang, Bangkok yang dinamik. Dengan bilik tamu yang tenang, ruang mesyuarat yang disesuaikan dan kemudahan senggang yang tinggi, hotel ini amat sesuai untuk pengembara perniagaan dan juga pengembara senggang.

"Kami dengan bangganya memperkenalkan Radisson Hotel Don Mueang Bangkok sebagai langkah strategik dalam meluaskan kehadiran kami di salah satu hab pelancongan yang paling dinamik di Asia," kata Sukanyapach Homchuen, Pengurus Besar, Radisson Hotel Don Mueang Bangkok. "Kami bermatlamat untuk menjadi pilihan utama pengembara moden yang menginginkan kemudahan, perhubungan dan perasaan setempat."

Reka bentuk berseni dalam hab terhubung
Bahagian dalaman hotel ini diilhamkan oleh irama dan kebingkasan Bangkok, bentuk yang kemas, ruang berangin dan sentuhan tempatan yang halus. Bilik tamu menyediakan tempat tidur mewah dan karya seni Thai oleh Kwanchai Lichaikul, daripada siri Under Contraction menawarkan tetamu dengan perjalanan visual kontemplatif yang berasal daripada penceritaan tradisional dan transformasi moden. Ruang ini menggalakkan istirahat, refleksi dan penyambungan semula.

Hab perhubungan
Terletak hanya beberapa minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang, hotel ini menyediakan akses mudah ke penerbangan domestik dan juga penerbangan serantau. Para tetamu boleh berehat di The Cabin, tempat menjamu selera sepanjang hari yang diilhamkan oleh kemewahan perjalanan kelas pertama yang mana citarasa Thai yang ketara dan kegemaran antarabangsa dihidangkan menggunakan ramuan daripada sumber tempatan.

Sama ada perancangan persidangan atau acara peribadi, ruang mesyuarat di tingkat dua boleh memuatkan sehingga 129 tetamu. Ia mempunyai siling tinggi, tingkap besar dan ruang legar khusus untuk perhimpunan sebelum majlis. Dengan teknologi canggih dan perkhidmatan diperibadikan, hotel ini menawarkan suasana yang lancar untuk mesyuarat dan acara yang berjaya.

Tempat perlindungan bandar dengan pemandangan bumbungan
Para tetamu boleh tetap aktif di pusat kecergasan serba lengkap atau berehat di kolam infiniti bumbungan yang menawarkan pemandangan panoramik seluruh bandar. Lokasi ini juga menggalakkan penerokaan, menerusi tempat tarikan yang berdekatan seperti Muzium Tentera Udara Diraja Thai, Pasar Hujung Minggu Chatuchak dan hab acara IMPACT Muang Thong Thani. Untuk pengalaman yang lebih berciri tempatan, para tetamu boleh mengunjungi permata tersembunyi seperti Padang Golf Kantarat atau kuil Wat Don Mueang yang damai.

Tim Cordon, Ketua Pegawai Operasi, Timur Tengah, Afrika dan Asia Tenggara Pasifik, Radisson Hotel Group, menambah: "Thailand terus menjadi tumpuan utama untuk strategi pengembangan kami di seluruh Asia Pasifik dan pembukaan Radisson Hotel Don Mueang Bangkok menggambarkan komitmen kami untuk berkembang di hab bandar yang berpotensi tinggi. Menerusi lokasinya yang strategik berhampiran lapangan terbang dan reka bentuk tersendiri yang diilhamkan oleh budaya tempatan, hotel ini ditempatkan betul-betul untuk memenuhi keperluan pengembara terhubung pada hari ini."

Untuk maklumat lanjut atau untuk menempah penginapan anda .

RADISSON HOTEL GROUP 

Radisson Hotel Group ialah kumpulan hotel antarabangsa yang kian berkembang pesat, beroperasi di EMEA dan APAC dengan lebih 1,565 hotel sedang beroperasi dan sedang dibangunkan di lebih 100 negara. Janji jenama yang menyeluruh oleh Kumpulan ini ialah Setiap Detik Penting (Every Moment Matters) dengan etos perkhidmatan Ya, Saya Boleh! (Yes I Can!) yang istimewa.

Portfolio rangkaian jenama Radisson termasuk Radisson Collection, art'otel, Radisson Blu, Radisson, Radisson RED, Radisson Individuals, Park Plaza, Park Inn by Radisson, Country Inn & Suites by Radisson dan Prize by Radisson yang disatukan di bawah satu jenama naungan komersial Radisson Hotels.

 ialah program kesetiaan Radisson Hotel Group yang memberikan pengalaman yang lebih tinggi yang membuatkan Setiap Detik Penting, merangkum lebih daripada 20 juta ahli. Sebagai program yang paling diperkemas dalam sektor ini, ahli-ahli dapat menikmati kelebihan yang luar biasa dan boleh mengakses faedah-faedahnya mulai hari pertama merentas rangkaian hotel yang luas di Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia Pasifik.

 menyediakan penyelesaian yang disesuaikan untuk sebarang acara atau mesyuarat, termasuk penyelesaian hibrid yang menjadikan tetamu serta keperluan mereka sebagai nadi tawarannya. Radisson Meetings dibina berkisarkan tiga komitmen perkhidmatan yang kukuh: Peribadi, Profesional dan Tidak Dapat Dilupakan, sekali gus melaksanakan asas-asas cemerlang dan mencapai Karbon Terkompensasi yang unik.

Di Radisson Hotel Group, kami serta bermatlamat untuk mencapai Sifar Bersih menjelang tahun 2050 berdasarkan Science Based Targets yang diluluskan. Dengan penyelesaian unik seperti Radisson Meetings karbon terkompensasi, kami menjadikan penginapan hotel yang lestari sesuatu yang mudah. Bagi mempermudah pilihan perjalanan yang lestari, semua hotel kami disahkan menurut Hotel Sustainability Basics.

Kesihatan dan keselamatan tetamu serta ahli pasukan tetap menjadi keutamaan tertinggi Radisson Hotel Group. Semua hartanah dalam seluruh portfolio Kumpulan ini tertakluk kepada keperluan kesihatan dan keselamatan, seterusnya memastikan kami sentiasa menitikberatkan tetamu dan ahli pasukan kami.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi kami. Atau berhubung dengan Radisson Hotels di:

 |  |  |  |  |  

LATAR BELAKANG RADISSON 

Radisson ialah jenama hotel kelas tinggi yang menawarkan hospitaliti berinspirasikan Scandinavia yang membolehkan tetamu memperoleh lebih keharmonian dalam pengalaman kembara mereka. Dengan persekitaran semula jadi dan keseronokan yang tidak diduga, Radisson memberi inspirasi kepada seni menghayati saat ini bagi membantu tetamu mencari keseimbangan yang tepat untuk penginapan mereka dan membolehkan mereka menepis gangguan dan berehat. Hotel-hotel Radisson boleh ditemui di destinasi senggang, kawasan pinggir bandar dan bandar, serta berhampiran lapangan terbang. Tetamu dan rakan niaga profesional boleh meningkatkan pengalaman mereka bersama Radisson dengan mengambil bahagian dalam Radisson Rewards, iaitu program kesetiaan antarabangsa yang menawarkan faedah serta ganjaran yang luar biasa.

Radisson merupakan sebahagian daripada rangkaian jenama Radisson, yang turut merangkum Radisson Collection, art'otel, Radisson Blu, Radisson RED, Radisson Individuals, Park Plaza, Park Inn by Radisson, Country Inn & Suites by Radisson dan Prize by Radisson yang disatukan di bawah satu jenama naungan komersial Radisson Hotels.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, kunjungi kami. Atau berhubung dengan Radisson di:

 |  |  |  |  |  

Radisson Hotel Don Mueang Bangkok_Suite
Radisson Hotel Don Mueang Bangkok_Suite

 

 

 

 

Source: Radisson Hotel Group
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel