亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Hisense Tersenarai 10 Teratas dalam Kantar BrandZ Chinese Global Brand Builders 2025 Tahun Kesembilan Berturut-turut

Hisense
2025-07-10 14:15 38

QINGDAO, China, 10 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Hisense, peneraju bertaraf global bagi barangan elektronik pengguna dan peralatan rumah, sekali lagi dinamakan antara 10 jenama Cina paling global teratas dalam Kantar BrandZ Chinese Global Brand Builders 2025 yang baru dikeluarkan, diterbitkan secara bersama oleh Google dan Kantar. Hisense menduduki tempat No. 8 secara keseluruhan, mengekalkan kedudukannya dalam senarai 10 teratas untuk tahun kesembilan berturut-turut dan kekal sebagai jenama TV yang mencapai kedudukan tertinggi dalam senarai ini.

Pemeringkatan BrandZ menilai kekuatan global jenama-jenama Cina menggunakan metodologi komprehensif yang mempertimbangkan prestasi kewangan, persepsi pengguna, kuasa jenama dan kehadiran antarabangsa. Momentum global Hisense yang berterusan mencerminkan pelaburan jangka panjangnya dalam operasi penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan dan pemasaran setempat merentas pelbagai pasaran antarabangsa — ketika ini terdiri daripada 31 pusat R&D, 36 taman industri dan pangkalan pengeluaran, serta 64 pejabat luar negara di seluruh dunia.

Strategi pemasaran sukan Hisense terus menjadi pemacu utama bagi ekuiti jenama globalnya. Semasa berlangsungnya UEFA EURO 2024?, jenama ini melancarkan kempen video pelbagai aspek melalui YouTube yang menggabungkan penceritaan beremosi dengan integrasi produk. Kempen ini berjaya melibatkan khalayak yang pelbagai daripada sektor sukan, teknologi dan hiburan rumah di serata dunia. Usaha ini menjurus kepada Hisense diberi penghormatan menerusi YouTube Works Awards China 2025 yang menonjolkan keupayaan jenama ini dalam mencipta kandungan yang membawa impak serta relevan dari segi budaya pada skala antarabangsa.

Tatkala FIFA Club World Cup? 2025 bermula, Hisense mengukuhkan lagi kehadirannya di pentas sukan global. Bermula daripada papan perimeter stadium yang dihiasi dengan TV "Hisense 100", No.1 Global" hinggalah pengalaman menonton imersif yang dikuasakan oleh teknologi paparan ULED X dan TriChroma Laser yang canggih, jenama ini memaparkan inovasi teknologi dan juga naratif pemasaran global yang konsisten.

Dengan menggabungkan inovasi produk termaju dengan penajaan sukan berprofil tinggi, Hisense mewujudkan model yang teguh bagi tujuan pembinaan jenama bertaraf global. Menurut Ipsos, kesedaran jenama luar negaranya telahpun meningkat daripada 30% pada tahun 2018 kepada 56% pada tahun 2024, lantas menunjukkan peningkatan yang ketara dari segi pengiktirafan dan kepercayaan pengguna di peringkat antarabangsa.

Penyenaraian Hisense dalam pemeringkatan Kantar BrandZ Chinese Global Brand Builders 2025 mengesahkan lagi statusnya sebagai jenama global dinamik yang terus-menerus berkembang melalui inovasi, pemasaran strategik serta hubungan yang bermakna bersama pengguna di serata dunia.

Latar Belakang Hisense

Hisense, ditubuhkan pada tahun 1969, ialah peneraju yang diiktiraf di peringkat global bagi peralatan rumah dan barangan elektronik pengguna dengan operasi di lebih 160 negara, mengkhusus dalam menyampaikan produk multimedia berkualiti tinggi, peralatan rumah dan penyelesaian IT pintar. Menurut Omdia, Hisense menduduki kedudukan No. 2 di seluruh dunia bagi jumlah penghantaran volum TV (2022-2024) dan No. 1 di peringkat global dalam segmen TV 100-inci dan lebih (2023- S12025). Sebagai rakan kongsi rasmi pertama FIFA Club World Cup 2025?, Hisense komited terhadap perkongsian sukan global sebagai cara untuk berhubung dengan khalayak di seluruh dunia.

 

 

Source: Hisense
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Survey, Polls & Research