亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Birkin International Hotel Bernilai RM 1 billion Dibuka Secara Rasmi di Melaka, Menampilkan Kemewahan Dengan Penjagaan Alam Sekitar untuk Pengembara Moden

Birkin International Hotel
2025-07-11 19:16 42

MELAKA, Malaysia, 11 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Birkin International Hotel, yang merupakan mercu tanda baharu dalam segmen hospitaliti mewah dan lestari alam sekitar, telah dibuka secara rasmi pada 9 Julai dengan majlis perasmian gilang-gemilang, disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.

Pelancaran Birkin International Hotel oleh (dari kiri ke kanan): Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka YB Dato’ Azhar Bin Haji Arshad, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka YB Datuk Wira Haji Ibrahim Bin Durum, Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Yang di-Pertua Negeri Melaka TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Presiden YeaShin International Development Co. Ltd. Yao Lien Ti, Pengurus Besar Birkin International Hotel Simon Tan, Ahli Legislatif Yuan Taiwan Chiu Chih-Wei, dan Ahli Majlis Bandaraya New Taipei Chen Mingyi.
Pelancaran Birkin International Hotel oleh (dari kiri ke kanan): Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka YB Dato’ Azhar Bin Haji Arshad, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka YB Datuk Wira Haji Ibrahim Bin Durum, Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Yang di-Pertua Negeri Melaka TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Presiden YeaShin International Development Co. Ltd. Yao Lien Ti, Pengurus Besar Birkin International Hotel Simon Tan, Ahli "Legislatif Yuan" Taiwan Chiu Chih-Wei, dan Ahli Majlis Bandaraya New Taipei Chen Mingyi.

Pembukaan ini menandakan detik penting dalam landskap pelancongan negara dan mencerminkan komitmen Melaka untuk menjadi destinasi utama bagi pelancong berprofil tinggi yang mementingkan penjagaan persekitaran alam semulajadi.

Pelancaran diserikan dengan ucapan aluan oleh Presiden YeaShin International Development Co. Ltd yang berpangkalan di Taiwan, Encik Yao Lien Ti, bersama Pengurus Besar Birkin International Hotel, Encik Simon Tan. Kedua-dua pemimpin ini berkongsi visi untuk mewujudkan destinasi yang menggabungkan kemewahan, kelestarian dan budaya yang harmoni.

Dengan pelaburan bernilai RM1 bilion, pembangunan berkonsepkan resort ini terletak di persisiran pantai Klebang, hanya 12 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka. Hotel ini menawarkan 526 suite eksklusif, setiap satu dengan balkoni yang menghadap panorama Selat Melaka, menjanjikan pengalaman percutian yang penuh istimewa dan menyegarkan.

Birkin International Hotel bukan sekadar tempat penginapan—ianya satu pengalaman menyeluruh. Direka khas untuk pengembara moden yang peka terhadap alam semulajadi, hotel ini menggabungkan elemen warisan yang kekal dengan sentuhan reka bentuk kontemporari. Terletak jauh dari kesibukan kota, hotel ini menawarkan suasana yang tenang dan mendamaikan—memberikan ruang istirehat yang penuh bermakna serta pengalaman yang tidak mungkin dilupakan.

Antara tarikan utama hotel ini termasuk:

  • Pengalaman Gastronomi: Enam pilihan restoran dan bar - Birkin Kitchen, Mirage Garden Bar berkonsepkan taman, Blu Bar dengan pemandangan panorama, restoran mewah Nalu, dan Sunset Grill yang santai.
  • Kesihatan & Rekreasi: Kolam infiniti menghadap laut, Tranquility Spa & Wellness, serta gimnasium dengan peralatan bernilai RM 1.8 juta.
  • Kemudahan Korporat & Sosial: Dewan utama berkapasiti 600 orang, bilik mesyuarat eksekutif, ruang mesyuarat fleksibel, dan ruang esklusif perniagaan.
  • Pengalaman Mesra Keluarga: Kelab Kanak-Kanak Birkin, trek pemanduan mini untuk kanak-kanak, taman permainan terbuka, dan kedai serbaneka yang unik.
  • Komitmen Alam Sekitar: Inisiatif hijau seperti sistem pengumpulan air hujan, stesen pengecas EV, sistem penapisan RO untuk air minuman, dan program bank makanan yang dikendalikan oleh pihak hotel—diserlahkan melalui landskap hijau bernilai RM 4.3 juta.

Terletak hanya beberapa minit dari tapak warisan dunia UNESCO seperti Jonker Street, A Famosa dan Stadthuys, Birkin International Hotel menawarkan akses kepada warisan budaya Melaka dengan keselesaan bertaraf lima bintang dalam suasana yang bermakna.

Sempena pembukaan rasmi, hotel ini menawarkan Pakej Perkahwinan Istimewa bermula dari MYR 2,388 untuk setiap meja (10 orang) di Dewan Utama. Pakej termasuk:

  • Susun atur dewan eksklusif
  • Resepsi sebelum makan malam
  • Suite pengantin percuma
  • Kadar bilik istimewa untuk tetamu perkahwinan

Untuk pertanyaan berkaitan perkahwinan atau tempahan berkumpulan, sila hubungi +6012-558 7026 atau e-mel .

Tempah penginapan anda hari ini: Layari , hubungi + atau e-mel .

Mengenai Hotel Birkin International
Hotel Birkin International (BIH) merupakan tempat percutian baharu di pesisiran pantai Klebang, Melaka. Sama ada untuk percutian mahupun urusan perniagaan, BIH adalah destinasi pilihan untuk pengembara yang mementingkan kualiti dan nilai. Berpandukan kepada nilai kecemerlangan, inovasi dan tanggungjawab sosial, Hotel Birkin International komited dalam menyediakan pengalaman penginapan luar biasa serta membina hubungan bermakna dengan komuniti setempat.

Source: Birkin International Hotel
Keywords: Hotels and Resorts Travel New products/services